ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 June 2010

Candu Wala’ Dimain Lagi Dalam Muktamar PAS.....

Ianya disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden. Presiden dilaporkan berkata:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.



Malahan perwakilan dari Kedah, Ahmad Izzat Shauqi dilaporkan berkata:

Sambil menekankan sudah wujudnya elemen-elemen mempertikaikan pendirian kepimpinan Hadi khususnya pandangan menerusi blog, Ahmad Izzat Shauki berkata, beliau memberikan peringatan ini sebelum keadaan menjadi serius nanti.
“Ada yang menyerang presiden menggunakan blog-blog... kita kena wala’,” katanya lagi.



Soalan saya pula, apabila para perwakilan PAS telah menolak Ucapan Dasar YDP Agung PAS, Dato Asri Haji Muda pada Muktamar PAS 1978, adakah itu satu petanda yang perwakilan PAS tidak wala’?

Bukankah Presiden PAS yang ada sekarang ini antara yang terlibat mahu menjatuhkan Dato Asri sebelum peristiwa 1978 bersama-sama Nakhaie, Mustafa Ali dsbnya?
Bukankah tindakan Mustafa Ali memimpin segerombolan perwakilan mem boo Dato Asri satu masa dahulu satu bentuk tindakan yang tidak wala’?

Dari kenyataan di atas, jelas baik Ucapan Dasar mahupun ucapan Ahmad Izzat Shauqi, mahu meletakkan taraf “maksum” pada Presiden dan kepimpinan parti.

Soalan saya yang lagi satu adalah, sebelum pilihanraya 2004, semua di dalam PAS telah wala’ kepada Presiden PAS dan tidak menentang Presiden melalui blog-blog. Mengapa PAS kalah begitu teruk sekali dalam Pilihanraya 2004?

Mungkin perwakilan Kedah, Ahmad Izzat Shauqi boleh memberi jawapan. Mungkinkah Ahmad Izzat Shauqi boleh bercakap terus dengan Allah SWT dan mengetahui dengan jitu betapa Allah SWT akan menurunkan kemenangan sekiranya kita wala' pada kepimpinan. Oleh sebab itu, seharusnya kita telah menang pilihanraya 2004 kerana kita telah wala' sepenuhnya pada kepimpinan dan menyokong keluarkan "Dokumen Negara Islam".

Bukankah dahulu pernah cakap Mursyidul Am melarang berjumpa UMNO dalam gelap telah tidak dilayan. Bukankah itu juga satu tindakan tidak wala’ kepada pimpinan juga?

Bagi saya, kita kembali pada aqidah islamiyyah yakni tiada siapa yang maksum kecuali Nabi SAW. Lain dari Nabi, mereka tidak maksum. Sesiapa sahaja boleh menegur, tidak kira dia ahli biasa atau kepimpinan

Bagi saya, cakap-cakap dari Ahmad Izzat Shauqi ini mengandungi unsur-unsur syirk kerana dalam akidah Ahlus Sunnah, hanya Nabi SAW sahaja yang maksum. Lain dari Nabi SAW boleh ditegur dan boleh diperbetulkan.

Bukankah Imam Malik sendiri pernah berkata:

Pendapat aku dan pendapat sesiapa sahaja boleh sahaja betul atau boleh sahaja salah kecuali yang datang dari tuan kubur ini (sambil Imam Malik menunding kepada kubur Nabi SAW)



Adakah Ahmad Izzat Shauqi mahu mengatakan kepimpinan PAS sekarang ini lebih hebat dari Imam Malik?

Kita wala’ kepada pimpinan selagi pimpinan berada di jalan yang betul. Apabila pimpinan tersesat, wajib kita tegur pimpinan. Kalau tidak, hasilnya yang akan menanggung bala dan kesusahan adalah jemaah sendiri.

Budaya PAS Terengganu hendak diterap dalam PAS dan platform Ucapan Dasar digunakan untuk membawa budaya PAS Terengganu yang telah menggagalkan PAS Terengganu selama ini.

Tulang Besi

ps. Masa Suyuti guna akhbar Siasah untuk memfitnah Husam Musa, tiada siapa pun yang bercakap pasal Wala’. Malahan, Suyuti tetap dibayar gaji dengan menggunakan duit PAS.
Ini semua candu yang sedang diberi kepada perwakilan PAS supaya perwakilan PAS jadi mamai dan tidak berani menegur segala kesilapan dan kemungkaran yang dilakukan oleh kepimpinan PAS.

Memang inilah sebenarnya budaya PAS Terengganu. Atas sebab inilah mereka terus menerus menghadapi kekalahan.

No comments:

Post a Comment