ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 June 2010

celaka punya UMNO....guna JI untuk paksa ulamak jadi ular dalam semak BN....!!!!

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional dipercayai menggunakan Jemaah Islamiah untuk menekan bekas Mufti Perlis Dr Muhd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang memaksa mereka supaya tunduk pada pemerintah.

Kita  mengesyaki usaha Institut Latihan Islam Malaysia yang berada di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengaitkan kedua tokoh agama itu kepada gerakan pengganas adalah strategi untuk menakutkan mereka dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Spekulasi sebelum ini kuat mengatakan Asri akan memasuki parti pemerintah itu bersama beberapa golongan ulama, dalam usaha Umno untuk menarik sokongan penganut Islam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Pemerhati politik bagaimanapun berpendapat ulama berfahaman moderan itu tidak mungkin memasuki Umno, yang bertanggungjawab meluluskan kegiatan undi sukan dan ketegangan agama sekitar isu Kalimah Allah.

Tindakan kerajaan mengaitkan bekas Mufti Perlis itu kepada gerakan pengganas dipercayai strategi untuk memaksa Asri masuk Umno.

Kita juga  percaya ada satu sikap yang jelas kepada Umno bahawa dia tidak akan sertai Umno, dia tidak mahu sertai Umno dan ini mungkin sebagai satu tekanan kepada beliau, bagi satu tekanan besar kepada dia dan mungkin dia akan menyertai Umno.

 Apabila Dr.Asri dilabelkan dengan isu keselamatan, maka yang dibayangi untuknya ialah ISA

Selain dari Asri, Mufti Perlis Sahibus Samahah Juanda Jaya dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang turut dikaitkan kepada gerakan Jemaah Islamiah.

Juga kita  mengesyaki ada usaha untuk menjerat Abdul Hadi Awang yang tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno-Barisan Nasional di Muktamar Tahunan Pas ke-56 awal bulan ini.

Ini satu yang cuba untuk diselewengkan oleh isu yang sebenarnya. Sebagaimana yang kita bimbangani ini adalah merupakan satu konspirasi cara terancang yang melibatkan golongan agama cuba untuk menjustifikasikan matlamat mereka.

Dalam pada itu kita juga  mengecam tindakan kerajaan Umno-BN mengaitkan tokoh agama dan politik pembangkang dengan gerakan pengganas.

Umno-BN terdesak cuba  membendung mana-mana pemimpin masyarakat yang berpotensi menggugat kuasa mereka, termasuk mendorong orang-ramai membenci agamawan seperti Asri, Hadi, dan Juanda Jaya.

Sebagaimana yang diketahui ISA sedang diusahakan untuk dimansuhkan maka kita sudah tengok isu JI ini telah disengajakan wujud dari minggu lepas lagi.

bagaikan  ada satu arah dan hala tuju berkenaan dengan isu ini dan sekarang ini kita tengok ada dikaitkan dengan pimpinan-pimpinan Islamik. Ini merupakan satu yang tidak berasas dan ianya merupakan satu plotik kotor untuk membendung pemimpin-pemimpin politik yang menggugat keselamatan kerajaan Bn.

Politik cara ini dan propaganda cara ini mesti kita tolak habis-habisan, kita ingin menegaskan ini adalah taktik kotor Bn dan kita mesti tentang habis-habisan,

Demikian sebenarnya. UMNO BN menggunakan taktik mengugut sesiapa sahaja untuk menyertai UMNO BN. JI digembar-gemburkan untuk memaksa Dr. Asri, Ustadz Hadi dan ulamak-ulamak muda menyertai UMNO BN setelah kredibiliti UMNO BN begitu hanyir selepas isu lesen judi.

UMNO di era Najib adalah UMNO yang tidak menghormati ugama. Soal hukum halal-haram tolak tepi. Prinsip haiwaniah Machievilisme "matlamat menghalalkan cara" digunakan sepenuhnya.
Najib melakukan apa saja cara untuk memulihkan UMNO termasuk mengugut dengan pelbagai cara disamping menaburkan habuan jutaan ringgit (hasil pemberian dari tokeh judi?) bagi memancing mereka yang dilihat berpotensi menggilap semula UMNO yang telah koyak rabak.

Usaha Najib disambut oleh rakyat dengan jeritan "Go to hell UMNO!".

No comments:

Post a Comment