ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 June 2010

RMK10 satu retorik – Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengumuman Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tidak lebih dari pengumuman yang berjumlah berbilion ringgit. Beliau berkata rancangan tersebut tiada beza dengan rancangan sebelum ini walaupun Malaysia kini berada di persimpangan jalan. Beliau menegaskan rancangan yang menelan perbelanjaan RM260 bilion itu sepatutnya bukan sahaja berfungsi untuk memulihkan ekonomi malah mengeluarkan ekonomi daripada kebuntuan yang sekian lam dialami.

Beliau berkata semua strategi gagal meyakinkan pasaran saham, dengan hanya hanya 0.1 peratus ditutup iaitu 1,231 mata. Anwar turut menyatakan kerajaan selalu membuat unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 6 peratus.



penyapu sial


RMK-1 hingga RMK-9 telah dilancarkan dan kesudahannya seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) hilang fokus untuk memertabatkan ekonomi Melayu. Jangankan 30% hingga kini 15% pun tidak tercapai. Akhirnya DEB dimansuhkan dan kini diperkenal Model Ekonomi Baru (MEB) bersama RMK-10. Betul kata Ketua Pembangkang yang pernah menjadi Menteri Kewangan Kerajaan Umno/Bn bahawa kewujudan RMK-10 satu lagi babak retorik yang tidak kesampaian kepada golongan bawahan seperti rakyat yang sabar menunggu nasib ekonomi mereka berubah selepas 52 tahun Malaysia merdeka. Kakitangan awam tidak mendapat gaji baru kerana lebih 5 tahun gaji tidak disemak.

Ramai kakitangan awam sudah mencapai gaji maksima sejak 5 tahun dahulu. Dengan gaji dan elaun tidak dinaikkan begitu sukar kakitangan awam ini untuk terus fokus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada kerajaan dan rakyat. Akhidnya sistem penyampaian baik kerajaan terkambus dengan dasar-dasar semasa yang mencengkam kehidupan rakyat jelata. Rancangan Malaysia (RMK) dan DEB telah melahirkan kelompok (kroni/suku-sakat) yan sudah kaya bertambah kaya, perompak wang rakyat dan ahli politik pemerintah yang putar alam dan rasuah. Kini MEB yang ingin diperkenalkan adalah satu lagi perangkap maut untuk rakyat terjerumus ke dalam jurang kemiskinan dan kepalsuan yang semakin parah.

No comments:

Post a Comment