ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 June 2010

BISA SAJA KALAU ADA TELOQ....BN ARAH SPEAKER KOSONGKAN PARLIMEN BATU....

SECARA tektikal dan perundangan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau tidak terletak di tangan Speaker Parlimen, Pendikar Amin Mulia. Itulah peruntukan undang-undang seperti mana dimaktubkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Negara. Tetapi hakikatnya keputusan itu bergantung kepada budibicara Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Najib Razak.

Mengikut proses mahkamah sudah jelas kerusi itu menjadi kosong bilamana wakilnya, Tian Chua (foto) sudah dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh mahkamah. Seperti mana kata Karpal Singh jelas menurut perlembagaan hukuman RM2,000 atau lebih menyebabkan Tian Chua hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.

Beliau merujuk kepada kes yang menimpa Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 yang dijatuhi denda RM2,000 ekorana kesalahan di bawah Akta Hasutan menyebabkan Fan Yew hilangan kelayakan.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya tidak berani membuat apa-apa kenyataan berhubung keputusan mahkamah itu. Ini tidak seperti biasa selalunya SPR cepat dalam membuat ulasan dan pendiriannya. Kali ini SPR menyerahkan kepada Speaker Parlimen. Apakah ini menggambarkan SPR yang selama ini dilihat condong kepada parti memerintah kurang berani dan bersemangat?

Kita maklum kenapa sebabnya. Keadaan berlaku mungkin kerana kawasan Batu bukan kawasan selamat untuk BN kalaupun diadakan pilihan raya kecil. BN mungkin merasa 'rohok' untuk menang. Dalam pilihan raya lalu Tian Chua yang bertanding atas tikit PKR menang dengan majoriti 9455  Beliau dapat memperolehi 29,785 mengalahkan Lim Sin Pin (BN) yang meraih sebanyak 20,330.

Walaupun kuasa memutuskan kedudukan Tian Chua itu terletak kepada Speaker,  kalau ia tidak dirujuk kepada Perdana Menteri. Kini terpulang kepada PM. Kalau beliau yakin dengan kajian Merdeka Centre yang beliau kini mendapat sokongan 72% tidak ada sebab untuk Najib tidak menasihati Speakar agar mengistyharkan kerusi itu kosong.

Tetapi Najib harus ingat berdepan dengan kawasan Parlimen Batu, bukan sama dengan Hulu Selangor atau Kuala Terengganu, apa lagi Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Batu adalah kawasan bandar di mana sikap pengundinya sukar dibentuk.

Jadi jalan selamat dan untuk tidak memenatkan badan elok kalau Najib menasihati Speaker supaya jangan istyharkan kerusi Parlimen Batu kosong dan biarlah Tian Chua kekal sebagai anggota dewannya. Sebaliknya kalau Najib teringin mengujui sejauh mana penerimaan rakyat terhadap pentadbirannya di Batu silakan.... bisa saja!


mso

No comments:

Post a Comment