ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 June 2010

Politik Adu Domba Umno Melaga-lagakan Islam dan Bukan Islam

Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam adalah sangat dikesali.

Kenyataan tersebut menunjukan satu pakatan politik jahat antara Umno / Barisan Nasional (BN) dan Polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam.



(Gambar - tiada pengganas di Batu Caves! tetapi 'Najib' pernah mengganggu
ketenteraman awam di Batu Caves tidak lama dulu)


ia sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS, Parti Politik Islam yang kini mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Umno mengharap bantuan Tan Sri Musa Hassan serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakkan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan kearah Malaysia baru yang lebih maju,

Mensensasikan isu serangan pengganas merupakan antara talian hayat terakhir Umno.

ekoran kenyataan Tan Sri Musa, sudah pasti akan disusuli dengan penahanan dibawah ISA keatas individu yang dituduh terlibat dengan keganasan.

Tindakan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bilamana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno

isu ‘kalimah Allah’ tersebut berakhir dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat.

semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno.

Kini sekali lagi Umno / BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (KESBAN),

Umno ternyata masih tidak berubah dalam usaha ‘terakhirnya’ mempertahankan kuasa, sedang pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno.

Rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara. Tetapi Umno / BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi

Justeru itu , rakyat perlu menghentikan perbuatan ‘adu domba’ Umno, melaga-lagakan rakyat pelbagai kaum dan agama dinegara ini.

Rakyat mesti menunjuk jalan keluar kepada Umno untuk meninggalkan politik negara, supaya Pakatan Rakyat dapat melaksanakan pembaharuan kepada urus tadbir negara ini yang lebih telus, berintegriti dan berakauntabiliti serta memacu kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.

No comments:

Post a Comment