ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

29 June 2010

jerat dah makan tuan beb....padan muka...!!!!



Kecoh media dan pimpinan UMNO-BN dengan usaha memasukkan ulama secara beramai-ramai bersama dengan perjuangan UMNO. Ia menjadi isu apabila dikaitkan bahawa Dr Asri yang juga bekas mufti Perlis yang sentiasa kontroversi itu turut akan bersama-sama menyeberang kepada parti UMNO.. Ia silih berganti dengan suasana panas berkait dengan isu wahabi,

JI dengan pertembungan terbuka dikalangan agamawan di media antara Dr Asri dan Ustaz Zamihan. Bahkan turut terpalit Tuan Guru Presiden dengan isu keganasan. Tetapi apabila Dr Asri menafikan untuk masuk UMNO-BN, ia agak mengecewakan pihak UMNO.

Hasrat UMNO itu untuk membuktikan adalah ulama yang ingin bersekongkol dengan mereka tidak kesampaian. Dikatakan hanya 39 orang sahaja yang menyerahkan borang untuk bersama UMNO dan yang hadir dalam majlis penyerahan tersebut hanya 16 orang sahaja. Itupun anak-anak muda yang masih mentah dengan dunia politik. Mungkin anak-anak muda Kelab UMNO dari Mesir ataupun Jordan. Yang masih tinggi serta berkobar-kobar semangat untuk berdakwah. Tetapi apabila maklumat yang diperolehi bahawa kemasukan ustaz muda itu diketuai oleh menantu Shahidan Kassim, penulis hanya mampu tersenggih sahajalah. Apatah lagi salah seorang daripada dua anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin yang merupakan bekas mufti sebelum Dr Asri.

Anak Datuk Mat Jahaya iaitu Fathul Bari dan Mohd. Khairi mengumumkan kemasukan mereka dalam UMNO. Sedangkan sebelum ini Fathul bari pernah ditahan di Negeri Sembilan kerana mengajar tanpa tauliah. Masih lagi berlegar dengan isu wahabi. Apakah dengan cara masuk UMNO-BN ini akan memberi kebebasan kepada Fathul Bari menyebarkan doktrinnya? Tidakkah sekarang ini akan timbul masalah dalaman didalam UMNO-BN apabila dikatakan UMNO diresapi fahaman Wahabi. Tidakkah ini akan mengaitkan UMNO-BN sebagai paksi keganasan?

Tidakkah nanti golongan ahli sunnah wal jamaah, golongan pendokong asya’irah, orang yang mendapat pengajian dari pondok-pondok akan menentang UMNO-BN? Kerana UMNO-BN menjadi tempat golongan wahabi berkembang biak? Usaha selama ini untuk melabelkan Pas sebagai Wahabi akan gagal? Usaha untuk membangkitkan penentangan orang pondok kepada Pas akan gagal? Sebab sentiasa diungkitkan bahawa Pas wahabi. Tok Guru Nik Aziz wahabi! Tok Guru Haji Hadi Wahabi. Kena sokong UMNO-BN agar kita boleh menghapuskan wahabi di Malaysia. Last-last pendokong wahabi disebalik Shahidan Kassim pulak masuk UMNO-BN. Nampaknya jerat telah makan tuan. Perancangan untuk mengalihkan pendokong pondok di Kelantan, Kedah dan Terengganu supaya tidak menyokong Pas nampaknya akan gagal.

Sebab itulah dalam melihat perjalanan politik tanah-air, UMNO-BN cukup bijak mengalihkan isu-isu yang membebankan mereka, apatah lagi ketika mereka ingin menggarap mood kearah hampirnya pilihanraya. Cuma kadang-kadang tersadung juga. Hakikatnya sebenarnya adalah cubaan mereka untuk mengalih isu besar yang melanda UMNO-BN khususnya isu APCO dan Judi Bola yang meletakkan UMNO-BN terperosok dari segi politiknya. Itulah kenyataan PM yang telah menanguhkan lesen judi bola kerana desakan agama dan maslahah politik.

Tindakan ini memalukan UMNO-BN dan menggambarkan betapa jahilnya pemimpin mereka dengan agama. Sehingga terbelakang berbanding dengan pemimpin DAP dan bukan Islam lain. UMNO perlu memulihkan imej mereka khususnya dengan suasana pilihanraya ke-13 yang semakin hampir. Apatah lagi gelombang dan mood rakyat untuk memartabatkan PR ke Putrajaya semakin mendesak. UMNO-BN hari ini cukup tertekan dan terdesak sehingga cuba mencari alternatif untuk mengekalkan sokongan dan kuasa khususnya dikalangan orang melayu dan Islam. Usaha untuk menonjolkan imej Islam ini sudah lama. Mereka cuba mewar-warkan sokongan ulama kepada mereka untuk meraih sokongan masyarakat awam tetapi dengan sokongan hanya beberapa kerat ustaz muda ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada UMNO-BN. apatah lagi jika mengetahui latarbelakang cerita disebalik kemasukan ustaz muda itu.

Ini bukan perkara baru kerana semenjak penulis berada di bumi Mesir lagi akhir 80-an, sudah wujud kelab UMNO yang mendapat tajaan kerajaan dengan biasiswa serta sekali sekala dengan tiket penerbangan untuk lawatan dan pulang ke Malaysia untuk menghadiri mesyuarat ataupun ke perhimpunan agung UMNO setahun sekali. Pelbagai kemudahan oleh pihak kerajaan kepada ahli kelab meskipun semua mahasiswa di universiti dilarang berpolitik dengan pelbagai akta seperti AUKU dan sebagainya tetapi tidak di Timur Tengah. Politik pembangkang sahaja dilarang tetapi Kelab UMNO mendapat tajaan sepenuhnya. Itupun hanya beberapa kerat yang berkepentingan termasuk yang bermasalah dalam pendidikan ataupun terdiri dikalangan ibu-bapa yang kuat pendokong UMNO ditanahair.

Majoriti dikalangan pelajar yang memahami keilmuan Islam sudah pasti akan bersama dengan Pas dan kepimpinan ulamanya. Banyak siri debat dan hujah yang tidak bersedia dikalangan pelajar kelab UMNO yang tidak mampu atau bersedia untuk berhujah mempertahankan tindakan mereka bersama dengan UMNO kecuali hujah dan jawapan cari makan, nak hidup dan sebagainya. Apatah lagi kita sedia maklum bahawa ramai kalangan ulama terkenal dan ternama di Malaysia bersama dengan perjuangan Pas.

Apatah lagi dengan wujudnya Dewan Ulama Pas yang membariskan ramai kepimpinan ulama berserta generasi ulama pelapis dikalangan ulama muda yang bergiat aktif di cawangan, kawasan maupun di negeri hatta diperingkat nasional. Ramai calon-calon yang dikemukan merupakan dikalangan besarnya merupakan tokoh-tokoh ulama. Mereka diberi ruang untuk berdakwah dan bekerja untuk Islam seluas-luasnya. Tidak timbul dikalangan penyokong Pas dan mereka yang aktif berkarier terhalang untuk menyampaikan amanah dan risalah Islam. Tidak seperti UMNO-BN yang penuh dengan pelbagai rintangan dan halangan, politik cantas mencatas dan akhirnya ulama berada dipelosok dan penjuru serta bertugas sekadar pembaca doa perasmian majlis sahaja. Apatah lagi kepmpinan dalam UMNO yang gagal menunjukkan contoh yang terbaik kearah pengamalan Islam. Munasabahlah dengan dasar secular dan kebangsaan yang menjadi teras perjuangan mereka.

Mereka yang ingin berjuang didalam UMNO kononnya untuk keluasan berdakwah sebenarnya salah. Bahkan penglibatan mereka dengan UMNO itu menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat awam yang kontra dengan tindakan kebanyakan ulama ditanah-air sendiri. Mereka seolah-olanh penghalang dan pembantut sokongan orang-ramai kepada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Sama seperti kemasukan Anwar Ibrahim dahulunya bersama UMNO bahkan Pas menjadi sibuk berhujah sesame sendiri daripada kerja sebenarnya.

Sepatutnya apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim sudah cukup untuk member pengajaran agar cukuplah mencuci UMNO dari dalam sebagaimana yang pernah dikatan oleh Dato Fadhil Noor. Hendaklah mencuci tong taik dari luarnya sahaja. Bahkan kita lihat ramai lagi tokoh-tokoh ulama yang terkenal yang bersekongkol dengan UMNO-BN telah gagal melakukan sesuatu untuk berdakwah kepada UMNO-BN. Datuk Nakhaei, Datuk Masyitah, Dr Yusof Noor, Datuk Wan Mokhtar, Tan Sri Hamid Osman, Ustaz Firdaus dan yang terakhir Datuk Jamil Khir baharom yang menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri. Hakikatnya mereka sekadar terompah dan ‘kayu ngelong’ semata-mata untuk menghalang dan membantutkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Apatah lagi tugas ini ingin dibawa oleh 16 ustaz muda yang hingusan dalam politik ini. Tugas pertama mereka adalah berdakwah agar Datin Rosmah menutup aurat setelah semua ulama UMNO gagal untuk memastikan semua isteri-isteri PM pertama sehingga isteri DR Mahathir tidak menutup aurat.

Ingatlah juga apabila mereka terlibat dengan pemerintahan nescaya mereka tidak terlepas daripada bebanan fitnah. Ini sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah Saw:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ سَكَنَ الْبَادِيَةَ جَفَا وَمَنْ اتَّبَعَ الصَّيْدَ غَفَلَ وَمَنْ اتَّبَعَ السُّلْطَانَ افْتُتِنَ
Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah Saw bersabda: “ Barangsiapa tinggal dipadang pasir manjadi kasar, barangsiapa mengikuti buruan menjadi lupa dan barangsiapa mengikuti pemerintah akan difitnah”

Ulama juga perlu mahir sepak teranjang politik ini kalau tidak akan menjadi mangsa dan tertipu. Lihatlah bagaimana kebijaksanaan Amr ibn al-`As dalam peristiwa majlis tahkim memperdayakan kelimuan Abu Musa al-`Asy’ari.

Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan yang memberi kebebasan untuk memilih dan mengikuti parti politik yang diinginkan. Tiada larangan undang-undang untuk ustaz muda itu memilih UMNO-BN tapi berhati-hati dan berjaga-jagalah. Rasulullah Saw melarang menjadi kambing yang berkeseorangan dibimbangi akan dibaham serigala. Tetapi 16 ulama muda ini lagi canggih.

Mereka berazam untuk berdakwah. Teringat penulis dengan kisah anak kambing dengan serigala yang diceritakan orang dahulu kala. Semoga ustaz muda ini sukses menjadi kambing generasi baru yang masuk dalam pagar serigala untuk berdakwah agar jangan memakan kambing dan bertukar menjadi seperti kambing supaya memakan rumput sahaja. Mampukah sifat serigala UMNO yang haiwan maging itu ditukar menjadi haiwan maun? Diharap anak-anak kambing muda ini bertanyalah dahulu nasihat kambing-kambing tua seperti Hamid Osman, Nakhaei yang pernah berdakwah lebih dahulu daripada mereka tentang petua-petuanya. Semoga berjaya!


CyberSniper

No comments:

Post a Comment