ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 June 2010

Mahafiraun bersabda dalam keadaan nyanyuk....Penggubalan Akta Anti Lompat Parti tidak diperlukan



Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu menggubal Akta Anti Lompat Parti hanya kerana desakan Pengerusi DAP Karpal Singh. Dr Mahathir berkata Akta terbabit tidak diperlukan kerana pihak pembangkang tidak pernah bersuara semasa wakil rakyat Barisan Nasional lompat parti.

Isu Akta Anti Lompat Parti mendapat perhatian selepas Karpal mendesak kerajaan untuk menggubal akta terbabit sebagai langkah untuk memastikan wakil yang lompat parti mengosongkan kerusi sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri dari parti tertentu.

Hal ini berikutan pemgumuman ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh yang keluar dari parti DAP untuk menjadi wakil rakyat bebas dan menunjukkan sokongan terhadap BN. Selain Dr Mahathir, anggota parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali juga menegaskan bahawa Akta tersebut tidak diperlukan.

Ini kerana penggubalan akta terbabit becanggah dengan sistem demokrasi di negara ini. Ibrahim berpendapat bahawa wakil rakyat yang keluar dari parti tertentu adalah kerana ketidakpuasan dan bukan sogokan sebagaimana yang dikatakan oleh pihak pembangkang.



penyapu sial


Inilah orang-orang hipokrit dalam Umno dan bebas iaitu Dr Mahathir dan Ibrahim Ali. Bagi mereka Akta Anti Lompat Parti tidak diperlukan kerana tidak relevan dengan Umno/Bn dan konsesus bebas. Yang duk lompat parti sekarang adalah MP dan Adun dari PKR dan DAP iaitu dari Pakatan Rakyat. Andainya jika ada walau seorang pun daripada MP atau Adun Umno/Bn baharulah Dr Mahathir atau Ibrahim Ali akan kata inilah masanya Kerajaan Umno/Bn mesti gubal dan luluskan Akta Anti Lompat Parti. Mithalnya apabila Ketua Pembangkang mewarwarkan beberapa MP Umno/Bn akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Pusat (Persekutuan) maka cemaslah suku-sakat Umno dan ada suara-suara gusar meminta Kerajaan menguatkuasakan Akta Anti Lompat dan maka suku-sakat ini atau mana-mana MP atau Adun Umno yang ingin melompat akan diberi kata dua, amaran atau tindakan menghukum yang drastik seperti membankrapkan mereka serta-merta bagi mana-mana yang bermasalah kewangan atau berhutang besar kepada bank dan macam-macam ancaman.

Maka gagallah rancangan Anwar untuk menakluk Putrajaya. Khabarnya Anwar hanya ingin membuat gimik supaya pemimpin Umno/Bn melatah sakan. Namun menjadi senjata ampuh untuk Umno/Bn membalas dendam. Cara balas dendam ini ialah dengan mempengaruhi dan membeli MP dan Adun Pakatan Rakyat yang banyak masalah kewangan dan peribadi ini. Maka jadilah satu senerio di Perak. Umno/Bn dapat beli 3 Adun katak maka tumbanglah Kerajaan Pakatan Rakyat pilihan rakyat. Lepas tu Umno mengganas lagi dapat tundukkan beberapa ekor katak lagi daripada MP PKR ini. Kat Selangor dan Kedah agen Umno ini dapat beli Adun dan terakhir seekor katak lagi dari Malim Nawar. Bab membeli dan mencuri MP/Adun Pakatan rakyat maka Umnolah juaranya. Bukan lagi tersembunyi malah dibuat cara terang-terangan. Perkembangan terkini makhluk bernama "Hamidah" didakwa oleh saksi menjadi talibarut untuk menjayakan rancangan beli dan curi ini.

Penyakit membeli, mencuri dan merasuah ini sudah semakin parah dan tidak boleh dihentikan kecuali ada Akta Anti Lompat digubal di Parlimen. Jika ISA digunakan oleh Kerajaan ini sewenang-wenangnya untuk menumbangkan musuh-musuh politik maka penggubalan Akta Anti Lompat boleh menakutkan MP dan Adun PKR yang bakal melompat untuk masuk senarai "jutawan segera." Saya rasa MP dan Adun Umno tidak akan melompat parti jika mereka melompat sekali pun bukan Akta Anti Melompat yang mencari mereka tetapi bank, pemegang harta, SPRM dan ISA yang akan mencari mereka. Sebab itulah rancangan 16 September gaal kerana tidak mendapat sokongan daripada MP Umno yang kita sifatkan dayus, pondan dan pengecut untuk menyatakan kebenaran dan bangkit dari lena disuap berbagai kemewahan melalui projek kroni dan wang gelap. Justeru itu pandangan Mahathir dan Ibrahim menepati citarasa Umno sendiri bahawa Akta Anti Lompat tidak diperlukan. Saya nak cabar ada tak MP dan Adun Umno yang nak melompat hari ini? Kalau ada simpanlah dahulu. Sebaiknya zahirkan "undi tidak percaya kepada PM Najib dan MB Zambry terlebih dahulu sebagai satu ujian adakah dengan cara ini deiklarasi 1Malaysia telah bangkit. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment