ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 June 2010

patut pun negara bakal bangkrap... kerajaan najib bazirkan RM 7.3 Billion Untuk Sepasang Kapal Selam Yang Tidak Boleh Menyelam....!!!

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - mkini


Mengikut jawapan bertulis dari parlimen, lebih daripada setengah bilion telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai upah konsultasi urusniaga multi-bilion ini. RM 570 juta bukanlah satu jumlah yang sedikit tetapi jumlah ini jugalah yang menjadi komisyen bagi kejayaan sebuah urusniaga.

Dari dulu telah  kita semua telah  persoalkan, tidakkah Kerajaan Malaysia mempunyai kumpulan-kumpulan profesional yang berkelayakkan dan mampu untuk menjadi perunding bagi urusniaga ini. Adalah memadai sekiranya Kementerian Pertahanan membangunkan sebuah badan ataupun suruhanjaya dari kumpulan profesional kementerian itu sendiri, untuk melaksanakan urusniaga pembelian kelengkapan pertahanan negara lantas menjimatkan berbilion wang rakyat, khususnya menjimatkan RM570 juta sepertimana dalam urusniaga scorpene. ia jauh lebih baik daripada melantik sebuah syarikat sendirian berhad bagi menguruskan ketentuan output kewangan negara.

Untuk menjadi konsultan yang diamanahkan, apakah modal yang perlu untuk menjadi konsultan membeli kapal selam? ada di antara kita tidaklah begitu pandai untuk elaborate kertas kerja konsultansi bagi urusniaga pembelian kapal selam, namun ada juga di antara kita  tidaklah begitu bodoh untuk berfikir secara logik.

Antara modalnya ialah sebuah syarikat dua ringgit, tiket kapal terbang untuk beberapa sesi pergi-balik ke perancis, beberapa pekerja mahir IT untuk menyiapkan kertas kerja yang telah di draf, sebuah mesin fax serbaguna yang boleh scan, photostat dan print, bayaran untuk peguamcara bagi proses-proses perundangan dan akhir sekali seorang juru alih bahasa yang bertaraf model. Melalui kementerian pertahanan, empunya syarikat iaitu Razak Baginda tidak perlu bersusah payah untuk melobi bagi mendapatkan tender konsultasi pembelian kapal selam scorpene.

Dengan modal-modal di atas, mereka menghasilkan sejumlah wang yang berupa separuh bilion. Satu jumlah yang boleh menampung pelbagai subsidi untuk dinikmati rakyat secara bersama. Bukan sekadar segelintir terlibat itu kaya secara serta merta!

Difahamkan juga, antara pakej spek pembelian kapal selam ini adalah termasuk sistem peluru berpandu yang berharga RM1.1 bilion daripada jumlah keseluruhan pembelian kapal selam ini, RM7.3 bilion. Jika inilah spek perbelanjaan negara, maka memang wajarlah negara Malaysia dijangkakan muflis pada tahun 2019, iaitu setahun sebelum memasuki tahun wawasan.

Menghabiskan sejumlah RM7.3 bilion untuk sepasang kapal selam yang tidak boleh menyelam amatlah berbaloi untuk mereka-mereka yang terlibat dalam membankruptsikan negara!

No comments:

Post a Comment