ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 June 2010

Umno Dalang Johor Tarik Balik ‘Datuk’



Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng mengulangi bahawa Umno sebagai dalang di sebalik tindakan Istana Johor menarik balik pingat kebesaran yang membawa gelaran “Datuk”.Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR Julai lalu menyifatkan ia sebagai tindakan intimidasi politik.“Saya pasti sekarang Umno amat menyesal dengan perkiraan salah mereka mengintimidasi saya,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini.

Chua (gambar) berkata ini kerana dalam beberapa hari sahaja rakyat dari seluruh negara menyatakan sokongan moral bukan sahaja kepada beliau, juga kepada Pakatan Rakyat dalam isu terbaru ini.

Selain itu, Chua juga mendedahkan beliau telah diminta oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli supaya mengembalikan Pingat Sultan Ibrahim (PIS) yang tidak membawa sebarang gelaran.

“Apabila Datuk Rahim menelefon saya, saya mengingatkan beliau bahawa saya mempunyai pingat ketiga, Pingat Ibrahim Sultan. Beliau juga meminta saya memulangkan pingat itu,” kata beliau pada sidang media di sini.

Pada 11 Jun lalu, Rahim mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran “Datuk” terhadap Chua tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik.

Rahim berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah “melampaui politik.”

“Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu.

“Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini,” kata beliau.

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.

Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda.

Chua berkata meskipun tiada alasan diberikan berhubung tindakan Istana Johor, beliau akan mengembalikan ketiga-tiga pingat.

Chua juga mengesahkan beliau menerima surat makluman rasmi dilucutkan gelaran “Datuk” Selasa lalu.

Diminta mengulas lanjut mengenai pembabitan Umno, Chua berkata, perkara itu sangat jelas.

“Tidak perlu tanya saya apa yang saya fikirkan, tanya rakyat, ia sangat ketara,” katanya.


MI

No comments:

Post a Comment