ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 October 2010

orang luar barua UMNO CILANAT jadi penjarah menangguk di air keruh....!!!!

Orang luar menyamar ahli DAP buat demonstrasi sokong Kulasegaran?



Sudah menjadi trend dan amalan di negara ini. Jika ada sedikit perselisihan dalam Pakatan Rakyat (PR), maka tidak pelik jika ada kumpulan tertentu di luar sana akan mengambil kesempatan di atas kejadian perselisihan yang berlaku.

Pengalaman mengajar kita dan memberi tahu kita angkara siapkah itu. Semalam PKR telah pun mengeluarkan senarai siapakah dalang atau yang terlibat mengkucar-kacirkan kekecohan yang berlaku ketika pemilihan cabang PKR.

Sebelum ini, PAS dah banyak kali kena dengan permainan sebegini. Cuba lihatlah gimik sumbangan replika RM4 bilion yang tak pasal-pasal diberikan kepada PAS Kelantan. Apakah tujuannya itu. Fikirlah sendiri jika orang yang dekat dengan BN boleh bermurah hati memberi sumbangan kepada PAS. Kan pelik bunyinya tu.

Sekarang DAP pulak terkena permainan itu. Bila DAP Perak berhadapan sedikit krisis antara pengerusi dan timbalannya, maka sudah pasti ada pihak lain yang cuba mencucuk jarum dan menaburkan minyak supaya lebih besar lagi api terbakar.

Helah ni semua sudah boleh dibaca oleh Pakatan Rakyat. Modus operandi untuk merosakkan PR akan terus menerus berlaku supaya kekuatan PR akan dapat dileraikan.

Sinar Harian - Orang luar dakwa ahli DAP berdemo sokong Kulasegaran

IPOH: Demonstrasi aman melibatkan 30 pemuda mendakwa mereka sebagai ahli DAP Cawangan Buntong yang menyatakan sokongan terhadap Timbalan Pengerusi DAP, M Kulasegaran disifatkan sebagai palsu.

Naib Pengerusi, A Sivanesan berkata, pemuda itu boleh mengaku mereka ahli DAP, sedangkan beliau tidak kenal dan tidak pernah nampak pun wajah mereka dalam parti sebelum ini.

Menurutnya, ini semua hanya wayang dan propaganda individu serta kumpulan tertentu yang bermotifkan politik untuk memperlihatkan kepada masyarakat kononnya DAP sedang mengalami krisis kepimpinan.

“Tindakan sekumpulan pemuda ini jelas bertentangan dengan pendirian parti yang penyokong atau pemimpin tidak boleh jadi musuh kepada parti DAP.

“Kalau melihat senario dalam parti-parti lain pun turut mengalami masalah yang sama, tapi bila terkena pada kami, ia diperbesarkan seolah-olah krisis meruncing melanda DAP,” katanya kepada pemberita di Wisma DAP di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan 30 pemuda menganjurkan demonstrasi aman di perkarangan Wisma DAP, di sini, semalam kononnya mengaku penyokong kepada M Kulasegaran.

Sivanesan berkata, realitinya tiada sebarang krisis yang timbul dalam parti tapi hanya perselisihan faham kecil di antara pemimpin tertinggi.

Katanya, Kulasegaran sendiri telah bertemu dengan beliau sebelum berlepas ke Nepal menyatakan pendirian tidak akan berundur, mahupun melepaskan sebarang jawatan dalam parti, sebaliknya akan terus bekerjasama dengan semua kepimpinan DAP.

“Apa yang mencurigakan, penganjuran demonstrasi ini besar kemungkinan melibatkan pihak ketiga kerana kelihatan seorang bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlegar-legar di perkarangan wisma DAP.

“Ini jelas menunjukkan bahawa ada orang luar yang cuba memecahkan belah pemimpin DAP,”katanya.

No comments:

Post a Comment