ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 October 2010

Pembebasan Ketua Pengarah Imigresen yang memalukan....!!!!!



Pembebasan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don (gambar) daripada pertuduhan rasuah, Jumaat lalu, sesuatu yang boleh memalukan pejabat Peguam Negara sebagai pendakwa raya.

Sehubungan  dengan itu kita mengesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi mengenal pasti punca kekalahan banyak kes membabitkan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam kes berkenaan, Wahid dituduh menerima suapan sebanyak RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada pekerja asing.

Oleh itu, Peguam Negara perlu memberi penjelasan terhadap kegagalan pihaknya supaya rakyat tidak terkeliru dan kita juga berharap Peguam Negara memandang serius perkara ini...

Kita juga melahirkan kebimbangan kerana sejak kebelakangan ini banyak kes yang dikendalikan pejabat Peguam Negara kalah di mahkamah dan ia boleh memberi imej negatif terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah.

Kkegagalan pendakwaan turut mengundang keresahan di kalangan rakyat, selain mengakibatkan pelabur asing hilang keyakinan terhadap badan kehakiman negara.

Kekalahan kes rasuah dan salah guna kuasa juga akan menyebabkan tanggapan negatif dilemparkan terhadap SPRM sebagai badan penyiasat.

Rakyat hendak tahu sama ada Peguam Negara sudah melakukan siasatan menyeluruh dengan memastikan segala bukti lengkap dikumpul dan diletakkan di hadapan sebelum dibawa ke mahkamah.

Kita  harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan itu mencari jalan penyelesaian segera bagi masalah ini.

Sementara itu, SPRM memfailkan rayuan terhadap pembebasan Wahid, semalam.

Ketua Pendakwa SPRM, Datuk Abdul Razak Musa (gambar) ketika dihubungi BERNAMA, mengesahkan rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, pagi semalam.

Wahid, 57, dilepas dan dibebaskan tuduhan menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Seri Low Chang Hian bagi mempercepatkan kelulusan 4,337 visa untuk pekerja Bangladesh pada 10 Julai 2008.

Dalam satu kenyataan akhbar segera selepas keputusan mahkamah itu, SPRM berkata ada ‘alasan kukuh’ bagi suruhanjaya itu mengemukakan rayuan..


Terkini





Bekas Timbalan KP Imigresen Diperintah Bela Diri Kes Rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa memerintahkan bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen Yusof Abu Bakar membela diri terhadap 14 tuduhan menerima rasuah bagi meluluskan lanjutan pas warganegara China.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yusof, 56.

Pada 15 Okt lepas, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan menerima rasuah melibatkan wang berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh. - BERNAMA


Apa tidaknya SPRM sentiasa kalah di dalam kes rasuah. Tumpuan hanya diberikan untuk membela kesalahan SPRM di dalam inkues Teoh beng Hock, dengan memandang ringan kes-kes rasuah berprofil tinggi. Diperburukkan oleh pentadbiran negara di bawah pemerintahan Najib yang tidak serius menangani gejala rasuah, malah dalam banyak ketika menyemarakkannya.

Pagi ini baru terhegeh-hegeh mahu mendakwa semula Ketua Pengarah Imigresyen tersebut dengan tiba-tiba hakim menyatakan pada pagi ini ada kes prima facie terhadap Yusof yang sebelum ini dinafikan.

Flip-flop flip-flop flipflop

Itulah yang dapat dinyatakan dari perspektif rakyat.

No comments:

Post a Comment