ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 October 2010

pedajjal kan busana islam....Asri, Pemuda PAS gesa penganjur termasuk isteri PM minta maaf

Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran Festival Busana Islam (IFF) di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk isteri Perdana Menteri yang dipertikaikan Pakatan Rakyat dan NGO Islam, agar memohon maaf kepada umum.

Bekas mufti Perlis itu juga meminta agar mengisytiharkan program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah ‘Islamik’.

Sehubungan itu beliau menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu.

Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi.

Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan.

Pada 9 Oktober lalu, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung IFF merasmikan satu Festival Fesyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2010 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Melaka, Melaka.

Dalam capannya, Rosmah berkata, usaha lebih gigih perlu dilakukan oleh pereka fesyen dan usahawan busana Muslim di rantau ini bagi memperkembangkan lagi industri fesyen dengan bertunjangkan kepada kreativiti dan inovasi.

Bagaimanapun Pemuda PAS dan beberapa NGO mempertikaikan majlis Ogos lalu.

Menurut Asri, penganjuran itu akan memberi mesej Islam salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

“Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya Muslim,” kata beliau yang kini berada di Qatar dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Justeru, Asri beliau mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘fesyen Islamik’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” kata beliau.

Asri memberitahu berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka ‘Islamic design’ dan ‘Islamic fashion’ hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri,” kata beliau.

Asri juga menambah, penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

Asri mengeluarkan kenyataan ketika Dewan Pemuda PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan Perhimpunan Aman Membantah Festival Busana Islam (IFF) di beberapa bahagian di Semenanjung

Bagaimanapun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membatalkan tindakan mereka yang sepatutnya diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat tadi.

Sebaliknnya, Dewan Pemuda Wilayah berrcadang mengambil pendekatan lain selain perhimpunan, kata Ketua Penerangannya Fadhil Osman dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun perhimpunan aman diteruskan di negeri-negeri lain iaitu di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka.



Demonstrasi anjuran Dewan Pemuda PAS di pekarangan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu hari ini.

Baru-baru ini, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) melahirkan rasa kesal dengan penglibatan Rosmah sebagai penaung kepada IFF.

ILMAM menyeru kepada seluruh umat Islam membantah dan mencela IFF.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman berkata, pihaknya merasa kecewa kerana penganjur langsung tidak menjaga sensitiviti agama Islam khususnya penganut agama Islam.

“Kalaulah niat dan tujuannya untuk menonjolkan syiar dan syariat Islam, mengapa perlu peraga-peraga fesyen memakai pakaian yang menjolok mata.

“Sedangkan Islam secara tegas menjaga persoalan aurat umatnya khususnya golongan wanita.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mempersoalkan, apakah nilai Islam yang hendak ditonjolkan hasil dari IFF itu,” kata beliau.

Beliau menambah apakah mesej yang hendak disampaikan khususnya kepada golongan anak-anak muda di Malaysia selain memberi kesan negatif terhadap gejala sosial yang semakin parah.

“Lebih dikesalkan lagi, ada model yang memakai baju yang bertulis nama Rasulullah SAW dalam keadaan terbalik dan diletakkan di dada wanita yang tidak menutup aurat.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasakan ada tujuan dari pihak tertentu yang mahu menghina Rasulullah SAW dan agama Islam itu sendiri.

“Lebih menyedihkan, ia dilakukan di dalam negara umat Islam seperti Malaysia dan direstui oleh isteri Perdana Menteri sendiri,” kata Fadhil lagi.

Kata beliau, pihaknya meminta penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berhubung penganjuran festival ini.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah juga mendesak Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung festival ini bertanggungjawab dan meminta maaf kepada semua umat Islam di Malaysia di atas penganjuran festival maksiat ini.

“DPPWP juga memberi amaran kepada pihak kerajaan khususnya yang menjaga hal ehwal umat Islam agar perkara sebegini tidak berlaku di masa-masa akan datang,” katanya



penyapu sial

Banyak lagi orang Islam yang melakukan perkara-perkara yang membelakangkan Islam itu sendiri, maka bantahlah kepada sesiapa jua yang berbuat demikian tak kira dari mana datangnya........kalau yang buta Islam itu, boleh dimaafkan dan tak payah mohon maaf tetapi yang mengaku pandai Islam pun berbuat demikian, maka sewajarnya mereka ini memohon maaf malah bertaubat nasoha

Yang berkuasa jangan ingat kita pandai semua tanpa bertanya bijakpandai......yang mengampu pula jangan lah asyik nak mengikut sahaja..........kata kan benar walaupun pahit......teruskan saudara Asri bersuara lantang agar batu yang keras akan lebur dengan titisan berterusan air.....

kalau nak buat festival yg terdedah sana sini...tukar nama ! jangan guna nama islam.

No comments:

Post a Comment