ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 October 2010

najib cilanat ugut orang bukan melayu dalam masa yang sama cuba 'mengurat' orang melayu

TEGAS Mohd Najib Razak kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang termaktub dalam perlembagaan tidak akan terusik kerana ianya terkunci kemas. Sesiapa yang cuba memindanya tidak akan terusik walaupun setitik. Apa-apa perubahan yang hendak dibuat mestilah kena persetujuan majlis Raja-Raja Melayu, katanya.

Memahami penegasan Najib itu bermakna orang Melayu tidak perlu rungsing tentang kuasa dan juga hak keistimewaan Melayu. Ia tidak akan hilang selagi Raja-Raja Melayu ada.

Kalau takdir Pakatan Rakyat mendapat kuasa majoriti dan memerintah negara ini, kerajaan baru itu tidak akan dapat mengubahnya. Ertinya orang Melayu dalam keadaan status quo kuasanya. Tidak perlu walang dan tidak perlu cemas.

Bahawa Raja-Raja Melayu menjadi kunci dan benteng kepada kedudukan hak istimewa orang Melayu itu. Mudah faham, pertahankan raja maka kekalkan kuasa orang Melayu?

Jadi kalaulah benar begitu kenapa Umno harus susah payah hendak mempertahankan kerajaan. Mengusik dan memomokkan orang Melayu kononnya kalau Umno pupus dan kalah kuasa Melayu akan hilang? Melayu akan hina dina di negeri sendiri. Ada kepelikan dan kegajilan mengenai pengegasan Najib ini dengan hakikat yang ada dan tersurat itu. Semacam kontradik saja.

Soalnya apakah penegasan Najib itu benar? Sejauh manakah perlembagaan itu suci dan tidak akan terganggu oleh kuasa politik? Bukankah apa yang difahami sekarang ini Raja-Raja Melayu bukan mutlak dan mereka adalah raja berperlembagaan? Tidakkah hak ataupun keistimewaan raja-raja (imuniti) telah dirampas sendiri oleh Umno? Kita telah saksikan kejadian bagaimana raja-raja Melayu diaibkan oleh Umno di zaman Mahathir Mohamad.

Justeru bagi saya kata-kata Najib itu satu ancaman dan peringatan, tidak lebih dari itu. Ancaman kepada bukan Melayu manakala ingatan kepada orang Umno. Najib cuba memberi mesej kepada bukan Melayu bahawa usahlah berusaha untuk merampas hak Melayu kerana ia sia-sia saja. Manakala kepada orang Melayu pula diingatkan kononnya selagi ada Umno Melayu akan ada dan dalam pada itu Umno perlu dikekalkan.

Sekiranya kata-kata Najib itu benar dan terhakikat begitu nampak sangat Najib telah menggunakan kuasa keramat yang tidak perlu dipermainkan oleh sesiapa itu untuk kepentingan Umno. Najib tidak harus menggunakan kuasa keramat yang ghaib itu untuk dijadikan sandaran agar orang Melayu terus menyokongnya? Itu satu kebodohan rasanya.

No comments:

Post a Comment