ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 October 2010

WAYANG KULIT DI PRK GALAS



Suasana pilihanraya kecil Galas adalah lebih hangat jika hendak dibandingkan dengan Batu Sapi.Hal ini kerana pertembungan Pas-UMNO sememangnya sebuah pertembungan tradisi yang menarik perhatian.Tatkala tempoh berkempen mula masuk hari ketiga,sketsa wayang kulit mula dimainkan di Galas.


Kebiasaannya,dalam cerita wayang kulit ini,pasti ada irama dan dalangnya.Namun siapa yang menjadi Tok Dalangnya itu,tidak pula penulis ketahui.Alkisah cerita wayang ini bermula dengan kisah calon Pas,Dr.Zulkefli ditangkap khalwat bersama isterinya,Ramelah Mat Jusoh puluhan tahun lalu.Tapi mungkin kerana dalangnya sudah nyanyuk,terbongkar juga cerita rekaannya apabila dia tersalah tulis nama isteri Dr.Zul di mana nama sebenarnya adalah Zainab Jalar.Nampak gayanya Dr.Zul ini telah berkhalwat bersama ibu beliau sendiri.Inilah fitnah ter"kurang cerdik" yang penulis pernah dengar sepanjang hidup penulis.




Adakah wanita bertudung labuh sebegini

kita mahu tuduh berkhalwat?masyaallah...



Gaya hidup sederhana Dr.Zul.Bagaimana agaknya

rumah Aziz Limau?


Setelah fitnah itu reda sedikit,calon UMNO pun diumumkan.Namanya Abdul Aziz Yusof@Aziz Limau.Dalam mereka sibuk memburukkan wibawa calon Pas,calon mereka sendiri sudah rendah wibawanya.Rupa-rupanya beliau cuma ada sijil SPM,Sijil Penjihad Melayu.Ingatkah lagi kita kisah di Manek Urai dahulu?Calon Pas Abang Uji dihina dan diejek-ejek sebagai peraih ikan,tidak mampu menjadi wakil rakyat.Kini,ejekan mereka sudah kena ke batang hidung mereka sendiri.Adakah UMNO kata layak seorang pemegang sijil SPM menjadi ADUN sekiranya kelayakan ikhtisas menjadi sandaran UMNO selama ini?Bagi menutup kelemahan tersebut,mereka cuba menutup kelemahan tersebut dengan membawa imej Aziz Limau sebagai seorang yang dekat dengan rakyat.Tetapi,bagi penulis,ianya bukan satu kelebihan buat beliau kerana kalau hendak diikutkan,Dr.Zulkifli lebih dekat dengan rakyat.Kliniknya di Chiku sentiasa terbuka dan beliau secara tidak langsung lebih kerap bertemu penduduk di Galas berbanding Aziz Limau yang bekerja di dalam pejabat KESEDAR.


Oleh itu,UMNO telah mencari jalan lain untuk memburukkan calon Pas.Terbaru,beliau diejek sebagai gemuk dan obes.Tindakan calon UMNO itu sendiri seperti seorang budak sekolah yang mengejek bentuk fizikal dan nama ayah,langsung tidak menunjukkan kematangan.Adakah beliau ini layak menjadi seorang Adun dengan mentaliti SPM sebegitu berbanding Dr.Zul pelajar lepasan Universiti Malaya?Sekurang-kurang Abe Uji peraih ikan pun,beliau memiliki ilmu agama,dan Aziz Limau ini,apa kelebihan ilmunya?Perkara ini sepatutnya perlu diperhatikan oleh pengundi di Galas dalam memilih calon terbaik selepas ini.


Semua orang tahu bahawa UMNO Gua Musang berkrisis dalam memilih calon.Aziz Limau adalah bayangan Ku Li di Galas.Bagi menutup kelemahan mereka di sana,maka sebab itulah mereka cuba menyerang Pas.Terbaru,isu bunting yang memburukkan Pas dan DAP yang ditulis sebagai kafir harbi di mana mempersoal kerjasama Pas dengan DAP yang dituduh anti Islam.Tiada pihak yang bertanggungjawab atas bunting tersebut seperti yang dipersyaratkan SPR dalam kempen pilihanraya,namun penulis blog UMNO sendiri mengatakan bahawa ianya ditulis oleh UMNO Selangor.Nampaknya,adalah tidak benar sama sekali hasrat Ku Li yang mengatakan bahawa pertandingan di Galas bersikap setempat di mana isu nasional turut dibawa bersama.Inilah apa yang dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.




Ketika penamaan calon baru-baru ini,Ku Li dikatakan hilang ketika pengumuman calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya.Ketiadaan beliau menimbulkan desas-desus bahawa Ku Li mungkin tidak merestui Aziz Limau tetapi beliau kemudiannya menafikannya.Penulis juga tidak bersetuju dakwaan tersebut.Mana mungkin Ku Li hendak memboikot orang kuat beliau sendiri.Ingat Setiausaha Bahagian adalah lantikan Ketua Bahagian,dan kita perlu ingat Aziz adalah setiausaha dan Ku Li adalah ketua.

Sudah tentu Aziz akan bersetia dan berusaha kepada Ku Li.Malah,penulis berani kerat kuku jari sekiranya Ku Li akan kekal menjadi pengarah pilihanraya jika Aziz Limau tidak bertanding.Perletakan Aziz sebenarnya mencerminkan sikap Ku Li yang takut untuk bertanding.Beliau takut tewas.Oleh itu,untuk mengambil jalan selamat,beliau meletakkan ayam sabungnya di Galas.Mengenai dakwaan Ku Li menghilang,penulis rasa bukan soal merajuk tetapi meluat dengan Tok Empat UMNO,Mustapha Mohamad yang hipokrit di Kelantan.Malah,kita semua tahu bagaimana Ku Li dan Mustapha adalah dingin termasuk dalam soal isu royalti di Kelantan.Malah,bagi Mustapha,Ku Li adalah musuh politik beliau.Hal ini kerana,jika Ku Li menguasai UMNO Kelantan,Mustapa sudah lama ditendang keluar.




Para Puteri UMNO bakal keluar parti dan tidak menyokong Aziz Limau.Mereka tidak mahu UMNO, mereka mahukan parti Ku Li.Parti Ku Li bukankah SEMANGAT 46?

Pergolakan UMNO di Galas bermula seawal perlantikan Ku Li sebagai pengarah pilihanraya.Muhyiddin Yassin sudah cuci tangan dalam PRK Galas di mana sekiranya UMNO tewas,nama Ku Li yang bakal buruk, bukannya namanya.Malah,semasa penamaan calon tempoh hari,Muhyiddin lebih rela mengiringi calon PBS di Batu Sapi daripada mengiringi Aziz Limau walhal yang bertanding di Galas adalah parti beliau sendiri iaitu UMNO.Malikul sembab ini Timbalan Presiden UMNO atau PBS?Itu perlu pencerahan.


SKETSA MEE SEGERA 1 GALAS




UMNO kata tiada projek mee segera,tiada projek jambatan di Galas. Kalau ada itu kebetulan.Projek telah lama diluluskan,cuma tunggu Allahyarham Che Hashim meninggal baru diumumkan.Hari ini projek masih dan sedang ditawar menawar.Setakat ini projek rumah rakyat dan Kampung Wifi sudah diluluskan.Ini belum dikira projek semerta yang lain.Sekarang,para pemuda Galas bersungut kurang tempat untuk beriadah.Tunggulah empat lima hari lagi,adalah nanti kampit-kampit simen dan pasir di padang untuk dibuat gelanggang futsal.Ternyata Ku Li sudah dikencing-kencing oleh UMNO sendiri.Signal beliau supaya ditiadakan projek segera dihina-hina semula oleh pemimpin UMNO.Mungkin bagi UMNO,strategi Ku Li itu mahu melingkupkan peluang mereka di Galas sahaja.





Selain isu pembangunan mee segera,isu-isu menyerang Pas mula dimainkan.Isunya adalah mengenai Projek Ladang Rakyat di mana kerajaan Kelantan didakwa merampas tanah penduduk dan diberikan kepada syarikat swasta.Malah,mereka sanggup mengaibkan Allayarham Chek Hashim yang dikatakan telah menipu tanah penduduk di Galas.Begitulah jahatnya mereka menabur fitnah terhadap Pas.





Ini tanah yang didakwa dirampas Chek Hashim.Mana bukti?Sekadar tanah kosong,penulis pun boleh gunakan gambar ini mengatakan Aziz Limau merampas tanah penulis.

UMNO mendakwa projek Ladang Rakyat tersebut telah mencemarkan alam sekitar,merampas tanah orang asli dan mengeruhkan keadaan sungai di Galas,Malah perkataan "towkay China" digunakan bagi membangkitkan sentimen perkauman dalam pengundian kali ini.Sebenarnya,bagi penulis bukan isu alam sekitar yang membimbangkan mereka,tetapi lebih daripada itu,mereka bimbang pembangunan berterusan di Galas akan mencabar kedudukan Cameron Highlands sebagai pusat penanaman sayur di Malaysia.Kalau benar isu ladang rakyat zalim,Pas sudah ditolak di Galas tahun 2008 yang lalu,bukannya sekarang.Apapun, nama pun UMNO,memburukkan Pas adalah wajib bagi mereka.Tapi apa yang pelik,dalam masa yang sama, masih ada hati mahu melaksanakan agenda perpaduan Melayu.

Inilah yang dinamakan perangai loklak,makngal dan sedor.


propartiislammalaysia.blogspot.com

No comments:

Post a Comment