ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 October 2010

timbalan menteri cokia hina peneroka....lebih 40 peneroka buat laporan polis....!!!



Lebih 40 peneroka Felda dari Negeri Sembilan telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kerana didakwa menghina peneroka Felda baru-baru ini.

Diketuai oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman; peneroka terbabit membuat laporan di balai polis Seremban 2 dengan mendakwa Ahmad menghina mereka dalam laporan akhbar Harian Metro bertarikh 8 Oktober 2010.

Menurut Mazlan, terdapat 14,882 peneroka dari seluruh negara yang masih belum mendapat semula wang tanam semula mereka berjumlah RM17,000 setiap seorang.

"Bagaimanapun Ahmad dalam laporan akhbar tersebut berkata Felda tidak memberi wang tanam semula kepada peneroka bagi mengelak ianya disalahguna.

"Beliau berkata jika wang itu diberikan kepada peneroka, mereka akan membelanja duit itu untuk membeli motor, baiki rumah dan beli kereta.

"Beliau juga menghina peneroka dengan berkata kebun peneroka akan bertukar menjadi hutan dan dipenuhi dengan babi hutan, ular sawa dan tikus," kata Mazlan.

Sehubungan itu, beliau menuntut Ahmad menarik balik kenyataannya "yang mengguris perasaan dan bersangka buruk terhadap peneroka".

"Beliau mesti meminta maaf atas ungkapan yang berunsur penghinaan terhadap peneroka.

"Sebagai satu pengajaran, hari ini saya bersama wakil peneroka di Negeri Sembilan membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap beliau," tambahnya.

Mazlan turut menjelaskan bahawa wang tanam semula adalah hak peneroka, di mana wang tersebut dicarum melalui potongan bulanan, hasil daripada pendapatan peneroka selama 20 tahun sebelum ini.

Oleh itu, tegasnya, adalah tidak munasabah untuk mempersoalkan penggunaan wang tanam semula oleh peneroka.

Turut hadir menemani peneroka membuat laporan polis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamed Omar.

1 comment:

  1. Ahmad Maslan mesti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Beliau harus ingat warga FELDA sudah semakin bijak menilai ditambah lagi banyak pihak sudah memainkan peranan untuk memandaikan warga FELDA.

    Tapi, dalam masa yang sama agar warga FELDA jgn cepat melatah dengan kenyataan itu. Mungkin ada benarnya juga.

    Kita tidak mahu ada warga FELDA juga yang cepat lupa dan hilang pertimbangan bila mereka sudah menjadi kaya.

    Mungkin mereka boleh sabar dengan ujian kesusahan, tapi sukar bagi mereka menempuh ujian kesenangan. Sejarah telah merekodkan semua itu.

    ReplyDelete