ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

16 October 2010

Majoriti orang melayu tidak peduli halal haram...asal mereka dapat mereka tibai....

Rata- rata orang Melayu tidak berapa marah dan benci dengan korupsi. Walaupun mereka ada yang benci dengan UMNO namun apabila ditanya berkaitan dengan amalan2 korupsi, mereka boleh menerima dengan tiada rasa takut ataupun rasa takut akan halal atau haram.

Kita juga membuat andaian  bahwa rata-rata orang Melayu tidak menjadikan Islam sebagai panduan sangat dalam masaalah korupsi, salah guna kuasa, nepotisma dan kronisma. Bagi mereka dalam bab memakan harta rakyat ataupun mengkayakan diri dengan menyalah guna harta rakyat, itu bukan perkara yang ada kaitan dengan halal ataupun haram.

Orang Melayu sudah begitu lama duduk di bawah UMNO menyebabkan majoriti orang Melayu tidak peka dalam masaalah besar seperti ini...

Sebagai contoh, ini di ceritakan kawan saya kepada saya...bagaimana  kawan saya bertemu dengan beberapa orang Melayu dan makan bersama. Kawan saya membuka cerita bagaimana beliau  mendapat maklumat seorang ahli lembaga pengarah salah sebuah anak syarikat GLC mendapat gaji puluhan ribu sebulan. Beliau berjaya mendapat gaji sebanyak itu kerana bapanya adalah salah seorang Lembaga Pengarah GLC tersebut walaupun umurnya belum sampai 40 tahun.

Salah seorang yang makan dengan kawan saya itu berkata kalau beliau mendapat peluang beliau pun akan membantu anak beliau sebegitu.

Kawan saya tidak membalas, tapi saya hairan, tidakkan orang Melayu risau rezeki yang diberikan kepada anak cucu mereka samada rezeki itu haram atau halal? Masyarakat Melayu tidak kesah halal haram dalam perkara berkaitan amanah, perlantikan, gaji dan juga kontrak. Yang penting dapat gaji, dapat pangkat, dapat darjat. Halal dan haram nombor dua.

Ungkapan2 seperti "kalau aku dapat peluang, aku pun ambik" adalah sangat biasa didengari di kalangan orang Melayu.

PENGARUH UMNO MASIH MENEBAL DALAM MASYARAKAT MELAYU

UMNO sedari mula kewujudan mereka sudah mencampur adukan halal dan haram. Sudahkah kita lupa aktiviti ekonomi UMNO yang pertama adalah Loteri UMNO 1951? Ertinya, semenjak 1951 lagi UMNO telah melatih orang MElayu tidak memperdulikan halal haram dalam perkara berkaitan mata pencarian atau sumber pendapatan.

YAng penting, ada sumber wang masuk tidak kira wang tersebut halal atau haram.

Jadi, tak hairanlah amalan korupsi begitu berleluasa di kalangan orang Melayu dan Islam. Secara tidak sedar, setelah dipimpin UMNO sedari lima puluh tahun dahulu, orang Melayu telah kabur perbatasan antara halal dan haram.

Amalan2 haram di dalam mencari sumber pendapatan dilihat sebagai PELUANG KEEMASAN dan bukannya dibenci sebagai perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Saya cuma takut penyakit yang sama juga melanda penyokong2 PAS dan Pakatan Rakyat terutama mereka yang dahulunya UMNO. Kadang-kadang unsur UMNO itu masih kuat melekat dalam diri-diri mereka sehingga terbawa-bawa perkara tersebut dalam parti baru mereka.

Sehingga ada kesedaran di kalangan orang Melayu terhadap halal haram dalam sumber pendapatan mereka, maka sehingga itulah masaalah korupsi ini tidak selesai.

Selagi korupsi wujud, selagi itu orang Melayu ekal terkebelakang dalam ekonomi Malaysia

No comments:

Post a Comment