ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 October 2010

PERKOSA hanya perkakas UMNO untuk menganggu negeri negeri yang di tadbir oleh kerajaan PR...!!!

Agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang  dan membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan.

Malahan PERKASA hanya dilihat vokal dan lantang di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sahaja.

Kita serba maklum bahawa demontrasi dan memorandum bantahan yang dikemukakan oleh PERKASA adalah sekadar gimik politik yang dipimpin oleh ahli politik umno yang semakin dipinggirkan dalam arena politik negara.

Isu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu juga seolah-olah hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat sedangkan PERKASA perlu tegas dan berani membawa tuntutan kepada kerajaan pusat yang kini di bawah UMNO/BN.

Apakah relevennya kemujudan PERKASA ini, sedangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malahan isu mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu yang kononnya PERKASA perjuangkan sebenarnya lebih banyak terhakis hilang hak keistimewaan tersebut di bawah pemerintahan UMNO/BN semenjak 50 tahun sebelum ini.

PERKASA ingin dilihat kononnya berjuang membela nasib orang-orang Melayu yang katanya kian terpinggir.

Namun, ia sebenarnya lebih sekadar gimik dan modal politik yang diperkudakan untuk meraih populariti di kalangan orang-orang Melayu apabila jelas UMNO kini semakin ditolak oleh rakyat dan orang-orang Melayu sendiri.

Jika PERKASA mahu membela nasib orang Melayu di Negara ini, terlebih dahulu PERKASA perlu memberi desakan dan tuntutan kepada parti pemerintah negara ini yang mana jelas dan nyata selama ini gagal membangunkan dan memperkasakan kekuatan bangsa Melayu daripada aspek ekonomi, sahsiah, minda dan politik sejak 50 tahun lepas.

Kita melihat agenda politik yang membawa fahaman berjuang sekadar untuk membela nasib sesuatu kaum adalah bersifat untuk kepentingan sendiri dan elit-elit tertentu sahaja.

Sedangkan agenda memperkasakan rakyat pelbagai bangsa di negara ini perlu menjadi keutamaan bagi memastikan negara ini hidup bersama secara harmoni dan berkasih-sayang.”

Malahan agenda pembanterasan jenayah rasuah dan memperkukuh nilai keadilan dalam pentadbiran adalah keutamaan untuk membina negara ini memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara.”

Jika di perhatikan dengan segala tindak tanduk melampau masakini... PERKASA adalah perkakas kepada UMNO, jika dilihat mirip dan modus operandi apa yang kononnya diperjuangkan adalah sama sahaja iaitu sentimen perkauman yang menebal dalam agenda perjuangannya.

Kita mempertikaikan apa motif PERKASA yang hanya lantang di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi membisu, lesu dan kaku apabila berada di negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Ke manakah suara pembelaan PERKASA apabila melihat nasib Bahasa Melayu semakin dipinggirkan? Ke manakah pembelaan PERKASA tatkala undang-undang Islam dipermain-mainkan apabila Mahkamah Syariah dianggap tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil?

Ke manakah suara-suara vokal PERKASA apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berbangsa Melayu terpalit dengan pelbagai skandal moral, rasuah dan penyelewengan kuasa?

Justeru,kita  sekali lagi mengingatkan agar rakyat bijak dan pintar menilai agenda sempit yang dibawa oleh PERKASA dari masa ke masa. .

Bangsa Melayu kian terpinggir dalam dunia persaingan sejagat adalah berpunca dari kegagalan UMNO sendiri selaku pentadbir negara selama 50 tahun ini kerana gagal menterjemahkan Islam sebagai cara hidup atau serta tidak melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini.

No comments:

Post a Comment