ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 July 2012

sembunyi fakta stastistik kadar peningkatan jenayah....kerajaan lebih utamakan keselamatan ahli politik BN dari keselamatan rakyat dan cuba menipu pelancong asing tahap keselamatam yang amat buruk di negara ini....!!!

 

Orang ramai bimbang dan keliru dengan sikap pihak berkuasa yang didakwa masih menyembunyikan statistik sebenar tentang jenayah yang berlaku di negara.

Apabila pihak polis hanya memberikan statistik yang menyenangkan hati orang ramai, rakyat yang menyedari tentang jenayah yang sedang berlaku, sukar mempercayai statistik yang diberikan oleh polis, PEMANDU dan Kementerian Dalam Negeri.

Kita percaya ada menteri yang terlibat untuk memastikan statistik yang tepat tidak dikeluarkan, terutamanya selepas Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) diwujudkan pada tahun 2009.

Jangan beri statistik yang menyenangkan hati orang ramai tapi tidak beritahu statistik yang sebenar,Kita tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa ‘persepsi’ rakyat mengenai keselamatan lebih penting daripada kejadian jenayah yang sedia ada.

Justeru  itu kita  meminta Kementerian Dalam Negeri lebih telus ketika mengeluarkan statistik kadar jenayah serta membuat perubahan yang drastik agar dapat mengubah persepsi dan keyakinan rakyat terhadap keselamatan mereka.

Sehingga hari ini kita  masih belum menerima apa-apa jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri mengenai statistik jenis jenayah dan mengikut pecahan daerah yang telah diminta semasa sesi Parlimen yang lepas...

PDRM  di sarankan agar mencontohi sikap profesional polis di United Kingdom dengan mengemaskinikan statistik di setiap kawasan agar orang ramai dapat berjaga-jaga semasa berada di tempat berkenaan.

Jadi untuk mencapai ke tahap sepertimana yang dilakukan oleh polis di United Kingdom, polis Malaysia perlu menyiarkan semua data statistik jenayah yang berlaku sekurang-kurangnya sebulan sekali .Statistik sedemikian perlu menyertakan kategori mengikut jenis jenayah, bulan serta daerah yang juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang kerajaan.

No comments:

Post a Comment