ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 July 2012

skandal PANDI-KUTTY sebagai kontraktor scorpene dan projek LRT..... penglibatan Thales, syarikat berkait skandal Scorpene dalam projek LRT Ampang di persoal....!!!!

 

Penglibatan syarikat kontroversi Perancis, Thales International, yang dikaitkan dengan skandal kapal selam Scorpene dalam usaha sama dengan George Kent untuk bidaan projek penyambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang di persoalkan .

Ini kerana  Thales adalah sebahagian dariapada Konsortium George Kent yang dikatakan telah dianugerahkan kontrak berkenaan.

Daripada lapan bidaan, tiga daripadanya adalah usahasama antara Thales dengan syarikat lain berdasarkan laporan teknikal yang dikeluarkan oleh perunding Harclow iaitu, George Kent-Wijet-Thales, Colas-CMC-Thales and Samsung-LG-Thales.

Daripada senarai pembida, tidak ada satu syarikat pembekal teknologi pengangkutan lain dibenarkan menghantar lebih dari satu bidaan, kecualilah Thales  yang mana ”keistimewaan” itu adalah bercanggah dengan “amalan kontrak yang baik dalam proses tender.”

Kita tidak menolak kemungkinan “hubungan rapat antara Thales dan Najib telah terjalin sejak pembelian Scorpene lagi.

Merujuk kepada Thales, , syarikat Perancis itu kini masih lagi disiasat pihak berkuasa Perancis atas tuduhan merasuah pihak-pihak tertentu yang rapat dengan kerajaan Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dokumen mahkamah Perancis turut menunjukkan syarikat itu telah membuat satu transaksi kepada Terasasi, syarikat yang dikaitkan dengan bekas pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

Kita turut mengulangi dakwaan bahawa Putrajaya telah mengarahkan projek penyambungan LRT Ampang itu diserahkan kepada George Kent, dan  Najib telah campur tangan selepas konsortium berkenaan tewas bidaan.

Selasa lalu, pengarah strategi PKR ,rafizi ramli telah  mengemukakan bukti salinan surat kebenaran Kementerian Kewangan bertarikh 25 Jun untuk menganugerahkan projek itu kepada George Kent.

Bagaimanapun, kerajaan masih lagi belum mengumumkan pemenang bidaan kontrak tersebut.

Keputusan awal Putrajaya adalah untuk menyerahkan projek itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invesys, yang menurut Rafizi lebih layak untuk mendapat kontrak tersebut.

Konsortium British itu adalah pembida terendah untuk projek LRT tersebut melalui tender terbuka yang tamat tempoh bidaan pada 16 Jun tahun lalu dengan nilai bidaan berjumlah RM950 juta berbanding RM1.45 bilion untuk jumlah tertinggi bidaan tersebut

No comments:

Post a Comment