Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
07 January 2013
Main Facebook ketika waktu pejabat adalah pecah amanah, kata SPRM....kah kah kah....ini macam sama taraf dengan kes lembu NFC RM 250 juta ke.???...kah kah kah....dunia oh dunia ...untung jadi lembu dari manusia...lembu berjuta juta boleh duduk di kondo tak kena apa apa....malangnya manusia...pasti jatuh dari kondo.... SPRM....!!!.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkategorikan pekerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi sebagai pecah amanah.
Menurut timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Sutinah Sutan, jika seseorang menggunakan tiga jam di pejabat untuk kegunaan peribadi, ia dilihat sebagai satu bentuk pecah amanah kerana kerajaan mempercayai dan membayar mereka untuk menyiapkan tugas yang diberi.
"Mereka yang melayari Facebook atau apa juga media sosial, boleh dianggap sebagai mengelakkan diri dari kerja yang dispefikasikan kepadanya," kata beliau yang dipetik dari portal berita The Star Online.
Sutinah berkata, sikap suka menggunakan waktu bekerja untuk kegiatan peribadi boleh dilihat sebagai melanggar kontrak kerja, dan patut dikenakan tindakan disiplin oleh pihak majikan.
Beliau berkata, walaupun kesalahan tersebut tidak diletakkan di bawah Akta SPRM, tetapi suruhanjaya tersebut akan menasihati apa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak jabatan kerajaan dan GLC dalam menangani pekerja yang ingkar.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman menyeru agar pekerja kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kerja ketika waktu pejabat.
"Sementara penggunaan sosial media adalah baik untuk menggalakkan orang ramai untuk lebih arif dalam teknologi dalam mendapatkan maklumat, tetapi pekerja juga harus berdedikasi terhadap kementerian, jabatan dan agensi mereka," kata Omar yang dipetik portal berita berbahasa Inggeris itu.
Beliau mencadangkan mekanisme untuk menentukan laman web mana yang boleh dilayari oleh pekerja kerajaan bagi menepati skop pekerjaan.
"Sepatutnya kita perlu ada panduan yang jelas, bukan hanya untuk pekerja faham perlakuan mereka boleh diambil tindakan, kita juga perlu untuk menubuhkan jawatankuasa disiplin dalam menentukan yang mana (laman web) di dalam skop pekerjaan dan yang mana bukan," kata Omar yang dipetik dari laporan portal berita The Star Online
penyapu sial
ini macem meniaga lembu lebih untung dari main facebookk.....kah kah kah....kesalahanya sama tapi hukuman nya berbeza....untung jadi lembu...malang jadi manusia kerna lembu bisa duduk di kondo tapi manusia bisa jatuh dari kondo SPRM....kah kah kah
-
-
-
-
-
-
-
-
-




No comments:
Post a Comment