Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
20 January 2013
umno kuat merembat rakyat makin merempat...rakyat johor makin miskin dan merempat....UMNO Johor rembat tanah di Johor beri kepada warga asing....!!!!
Lagu "Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang” merupakan lagu yang sering dilagukan oleh UMNO untuk membakar sentimen orang Melayu agar terus BERTUHANKAN UMNO namun hakikatnya adalah lagu ini mencerminkan betapa memang selama ini orang Melayu Johor telah lama bermain dengan api apabila memilih UMNO/BN untuk memerintahkan negeri ini sehingga menyebabkan tergadainya tanah-tanah negeri ini kepada negara lain.
Kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia mendedahkan hakikat kegagalan UMNO untuk memartabatkan orang Melayu di negeri kelahirannya ini. Perkara ini sememangnya bukanlah satu rahsia lagi. Ia sebenarnya telah menjadi pengetahuan umum di sekitar bandaraya Johor Bahru betapa sukarnya anak bangsa ini untuk memiliki rumah sendiri. Apatah lagi anak muda yang baru saja menamatkan pelajaran, mendapat pekerjaan dan ingin memulakan hidup mereka.
Sikap tutup mata Kerajaan Negeri pimpinan Ghani Othman yang tidak dapat melihat kemunduran dan peminggiran orang Melayu di negeri Johor ini sangat sangat di kesali. Tambah mendukacitakan lagi, apabila Kerajaan Negeri lebih berminat kepada orang luar seperti daripada Singapura, Timur Tengah dan United Kingdom.
Desakan hidup dan ketidakmampuan rakyat Johor untuk memiliki rumah di sekitar Bandaraya Johor Bahru termasuklah di Wilayah Pembangunan Iskandar mengakibatkan ramai rakyat terpaksa memilih daerah-daerah berjiran untuk dijadikan kawasan tempat tinggal. Bukankah ini merupakan satu dasar halus untuk menghalau rakyat negeri ini daripada mengecapi nikmat kemajuan? Ini adalah satu bukti bahawa rejim Ghani Othman ini sedang melaksanakan agenda "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".
Apa rasionalnya pulangan bermanfaat dan keuntungan kepada rakyat Johor dalam projek pembangunan Iskandar Malaysia seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa projek ini telah melepasi sasaran pelaburan RM100 billion. Menteri Besar perlu memberikan penjelasan komorehensif berhubung manfaat yang diterima oleh rakyat Johor keseluruhannya.
Sesuatu yang pelik sedang berlaku kerana di sebalik limpahan pelaburan RM100 billion di Iskandar Malaysia dan pelaburan RM60 billion di projek Hab Petrokimia Pengerang, namun DPMM telah mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu Johor lebih miskin daripada Melayu Kelantan. Apakah limpahan kemakmuran ekonomi ini hanya berlegar di kalangan segelintir yang rapat dengan UMNO/BN semata-mata?
Imbas kembali dalam himpunan Tanah yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru sekitar pertengahan tahun 2012 , penganjur telah dengan tegas menyebut mengenai perkara ini namun ia dipandang sepi oleh rejim Ghani Othman. Kali ini, isu yang sama muncul kembali. Tidak mungkin isu ini hanya satu isu remeh.
Sehubungan itu, kita mendesak :
Penjelasan penuh Kerajaan Negeri Johor berhubung pemilikan tanah, aset dan ekuiti Negeri Johor oleh rakyat negara luar.
Penyertaan 30% Melayu/Bumiputera dalam pemilikan tanah, aset dan ekuiti di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.
Menghentikan segala kegiatan penafian hak masyarakat peneroka bandar.
Menghentikan segala kegiatan menjual kepentingan negeri ini kepada individu atau institusi luar negara.
Mendesak Kerajaan Negeri Johor untuk segera melaksanakan 10 tuntutan Himpunan Tanah Rakyat.
Sesungguhnya Menteri Besar Johor dan barisan Exco Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap dakwaan bahawa Melayu Johor merupakan Melayu yang termiskin di Malaysia. Ketidakupayaan Menteri Besar dan UMNO/BN Johor untuk memastikan rakyat negeri ini untuk menikmati limpahan kemakmuran ekonomi menunjukkan bahawa barisan kepimpinan negeri ini berada di dalam masalah kredibiliti yang sangat serius. Johor tidak memerlukan barisan kepimpinan yang tidak kompeten.
Kalaupun tidak berdiri sama tinggi dengan Singapura, Johor perlu menjadi sebuah negeri yang menjadi lawan yang hebat dan juga sepatutnya menerima sedikit kesan limpahan ekonomi Singapura apabila kemasukkan rakyat Singapura yang berbelanja di negeri ini sepatutnya memberikan banyak keuntungan kepada rakyat Johor. Seharusnya, Johor menjadi sebuah negeri yang memakmurkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyatnya bukannya mengutamakan rakyat negara lain.
Pembongkaran DPMM ini seharusnya dijadikan titik kebangkitan untuk semua rakyat Negeri Johor tanpa mengira bangsa dan agama bersama- sama bersatu hati menokhtahkan pemerintahan UMNO/BN yang tidak pernah menjaga kepentingan rakyat. Masanya telah tiba untuk kita hukum pemimpin yang culas dalam memartabatkan rakyat sendiri. Masanya telah tiba untuk kita tunjukkan kepada pemimpin yang berkiblatkan keuntungan diri semata-mata bahawa Suara Rakyat adalah Suara Keramat.
Jadi kita menyeru setiap warga Melayu Johor untuk menolak UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 ekoran daripada kegagalan dahsyat yang telah dilakukan mereka. Pengkhianatan yang mereka lakukan ini terlalu besar dosanya. Ia tidak boleh dimaafkan dengan memberikan mereka mandat sekali lagi untuk mengemudi negeri ini. Sudah banyak tanah dan kepentingan kita digadaikan oleh pemimpin UMNO/BN tanpa maruah. Cukuplah, demi masa depan anak cucu kita nanti, ayuh berubah Rakyat Johor.
"Rakyat Bangkit, Tolak Penindasan"
-
transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan....!!!! - Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai...12 years ago
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...16 years ago
-
-
awas bahaya di musim banjir....Lintah masuk kemaluan...!!! - Yusrina (kiri) bersama ibunya semasa dirawat di Wad Anggerik, HRPZII, semalam. Muhammad Luqman Haziq (kanan) dipeluk ibunya di HRPZII, semalam. KOTA BHA...11 years ago
-
Tarbiyyah Menjelang Ramadhan.. - ALHAMDULILLAH, Saat ini kita telah memasuki bulan rajab yang termasuk salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT: إِنَّ عِدَّةَ الشُّ...16 years ago
-
Big joke from blind fools...Umno delegate defends Rosmah’s use of government jet - The use of a government jet by Datin Seri Rosmah Mansor for an official trip should not be questioned as it involved her security, said Federal Territ...11 years ago
-
life of aku - [image: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket] *لايؤمن أحدكم حتى يحب * *لأخيه ما يحب لنفسه * *Jagalah Persahabatan Kamu Sepertimana Kamu Menjag...16 years ago
-
Orang Melayu terancam, 'Hate Speech' G/Eng & .. - *1. Dasar berbaur liberal: Hak Melayu terancam March 9, 2023 * *Mohd Zai Mustafa* KUALA LUMPUR: Nasib ekonomi dan hak orang Melayu semakin terabai dan te...1 day ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ - ________________ ETCサービスをご利用のお客様へ: インフォメーションMAIL ________________ 平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます 今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました 本人操作確認するため為、一時使用制限を...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...4 years ago
-
Budak2 Melayu Sekarang.... - Tengahari semalam memenuhi jemputan walimatul urus kawan Varsity pramugari gua. Pramugari gua pi amik air dan booking tempat duduk, gua beratur nak ambil ...4 years ago
-
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON - *Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.* Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah per...6 years ago
-
-
PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu - Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-...6 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...9 years ago
-
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16...9 years ago
-
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...11 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...2 years ago
-
Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan ! - *Isu patung* yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timba...8 years ago
-
-
Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote - oleh AnakKedah007 Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC ...8 years ago
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
PR mampu pimpin negara - KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan neg...12 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment