Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
03 September 2012
Parti KITA pun tak mau....malang sungguh jika berketuakan kaki dadah penghuni pulau jerejak...!!!

bekas kaki dadah dan penjual burger...bersara dari jual burger dengan menjadi broker UMNO membeli ahli parlimen pembangkang...!!!
Sering mandakwa atau mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di dada akhbar walaupun telah lama dipecat daripada Parti berkenaan, Zamil Ibrahim, seorang bekas penjual burger dan bekas penghuni pulau jerjak beristeri 3 itu kini boleh dikatakan bakal menjadi lebih kaya menjelanag pilihan raya akan datang.
Ini ekoran pendedahan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa Zamil Ibrahim menerima komisen berjuta-juta ringgit daripada Umno BN untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpaling tadah. Menurut Saifuddin , Zamil merupakan seorang penjual burger sebelum mengecapi kemewahan sejak kebelakangan ini.
“Zamil merupakan bekas Angkatan Muda KEADILAN Kedah. Dia keluar parti bersama-sama Ezam Mohd Nor. Kemudian dia menyertai Kita. Sebelum ini, dia hanya penjual burger. Isterinya pula hanya penjual kosmetik tradisional.
“Komisen yang diperoleh daripada Umno BN membolehkan dia hidup senang dan tinggal di banglo mewah di Kedah. Tidak mungkin kekayaannya hari ini hasil jualan burger dan ubat tradisional,” kata Saifuddin dalam sidang media semalam.
Ahli Parlimen Machang itu turut mendedahkan, Zamil adalah bekas tahanan di Pulau Jerjak bagi kes dadah.
“Saya cabar dia (Zamil) menafikan perkara ini jika pendedahan saya tidak benar,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan di Parlimen semalam, Zamil antara individu yang ada dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan.
Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan untuk lompat parti dengan tawaran RM2 juta.
Zamil dipercayai menerima komisen berdasarkan dialog dalam rakaman tersebut.
Tidak seperti parti-parti politik lain, tidak ada jawatan Presiden di dalam struktur organisasi Parti KITA. Jawatan tertinggi adalah Ketua Parti yang kini disandang oleh Datuk Zaid Ibrahim.
Zamil Ibrahim tidak ada hubungan kekeluargaan dengan Zaid Ibrahim
-
-
-
-
-
-
-
-
-




No comments:
Post a Comment