ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 September 2010

Ada dalang hantui Indonesia-Malaysia



Beberapa percubaan telah dibuat di Nusantara bagi mewujudkan ketidakstabilan (imbalance) oleh tangan-tangan ghaib dan dalang yang ingin mengambil kesempatan untuk menjaga kepentingan mereka.Tidak mustahil, suasana ketegangan yang sedang diwujudkan antara Indonesia-Malaysia adalah inisiatif Amerika yang didalangi oleh Israel. Laskar merah-putih mungkin dibiayai oleh mereka untuk menimbulkan ketegangan ini. Laskar merah-putih mungkin diupah oleh Amerika-Israel. Mengapa?

Nusantara ini dlihat sebagai kawasan paling ramai umat Islam dalam dunia dan paling stabil dan harmonis. Kekecohan di Indonesia untuk perebutan kuasa dan pergolakan politik nampaknya sudah reda sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Nah, sekarang tiba masa untuk Indonesia dicucuk oleh dalang supaya mereka berpaling ke Malaysia.

Kita jangan lupa peristiwa perang saudara di Ambon dan Maluku bermula dengan pembakaran masjid dan gereja oleh pihak tertentu. Peristiwa ini disyakki dilakukan oleh pihak barat bagi mewujudkan ketidakstabilan di rantau ini agar menjadi sebab untuk PBB dan tentera PBB (khususnya tentera Amerika) untuk masuk dan membuka pangkalan mereka di sini sebagai salah satu stesyen Amerika untuk menjaga kepentingan mereka. Mujur Malaysia tidak diheret sama dalam peristiwa ini.

Kita jangan lupa Amerika mempunyai kepentingan di Singapura. Dan Singapura mempunyai penasihat ketenteraan dan keselamatan dari Israel. Amerika mempunyai kepentingan mereka di sebelah Asia iaitu Korea Selatan, Filipina, dan Taiwan. Amerika memerlukan pangkalan untuk meletakkan stesyen tenteranya bagi mengawal keadaan dan bersiap sedia jika berlaku peperangan. Amerika menganggap Korea Utara dan China sebagai 'musuh' berpotensi kerana keduanya mempunyai kekuatan nuklear. Oleh itu, bagi menjustifikasi keperluan untuk hadir di rantau ini, maka menimbulkan ketegangan di kalangan negara Asean, satu atau dua negara sudah memadai untuk menjadi alasan Amerika atas nama PBB untuk masuk ke sini. Amerika pernah cuba melaga-lagakan Singapura dengan Malaysia sebelum ini dengan isu Tanjung Pagar, isu air dengan kerjasama BN-UMNO tetapi gagal.

Kini dalang di belakang tabir cuba melaga-lagakan Indonesia dengan Malaysia. Siri-siri percubaan melaga-lagakan Indonesia sudah dibuat sebelum ini tetapi belum menampakkan hasil yang positif, misalnya

* Isu lagu Raya Sayang yang dikatakan Malaysia mencuri lagu dari Indonesia
* Isu tarian yang dikatakan Malaysia menciloknya dari Indonesia
* Isu 'buluh runcing' ganyang Malaysia
* Isu pemuda Indonesia mahu serang Malaysia melalui selatan Johor
* Isu hak milik pulau di antara Indonesa-Malaysia
* Isu demonstrasi di Batam terhadap Malaysia
* Sekarang ini isu baling najis dan pencerobohan pemuda Indonesia ke Kedutaan Malaysia

Tidak mustahil juga ada dalang tambahan dalam isu Indonesia-Malaysia ini iaitulah UMNO sendiri. Di saat kerajaan BN dan UMNO ini lemah dengan kehilangan 4 negeri dari pemerintahan BN, ketika MCA sudah kehilangan kekuatan dan kredibiliti serta tidak ada tokoh MCA atau Tionghua yang dihormati lagi, dan ketika MIC juga kehilangan pengaruhnya di kalangan masyarakat India, serta tidak ada tokoh MIC atau India yang dihormati lagi, mereka bimbang BN yang diterajui oleh UMNO ini akan tumbang pada pilihanraya umum ke 13 ini.

Oleh itu, salah satu cara yang perlu dilakukan ialah mengalihkan tumpuan masyarakat daripada masalah dalaman negara kepada masalah luar negara. Harapan mereka ialah supaya rakyat Malaysia akan bersatu atas nama 1 Malaysia untuk hadapi ancaman dari Indonesia. Semboyan patriotik akan ditiup semula dan dilagukan agar rakyat akan kembali cinta kepada keamanan di bawah BN-UMNO.

Apakah dalang utama dan dalang tambahan tidak ada hubungan lansung? Mustahil. Bagaimana dengan APCO -Yahudi yang dibayar gaji oleh Malaysia? Apakah APCO tidak ada agenda dan misiya di sini selain daripada menguruskan sistem pertahanan dan keselamatan Malaysia di Bukit Aman?

Kita berharap Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak diheret dalam permainan politik halus Amerika, BN-APCO-UMNO ini.

Rakyat Malaysia jangan mudah naik berang, marah, amok, dan panas baran dengan Indonesia kerana ia akan merugikan Malaysia dan Indonesia

Rakyat Indonesia juga jangan mudah ditipu oleh dalang-dalang dibelakang tabir di sekeliling Indonesia yang dengki melihat kestabilan Indonesa dewasa ini. Selepas Sukarno jatuh, Indonesia bergolak begitu lama dan kini suasana di Indonesia sudah hampir pulih dan stabil.

Indonesia, jangan lupa, bahwa sebahagian besar rakyat Melayu Malaysia adalah saudara mara sedarah sedaging dengan rakyat Indonesia. Jangan jadi balaci atau badut kepada dalang-dalang yang cuba menghantui hubungan baik Indonesia-Malaysia.

Tidak mustahil dengan kejatuhan BN-UMNO-APCO dalam PRU 13 kelak, kekuatan umat Islam Malaysia akan berpadu dengan kekuatan mega umat Islam Indonesia yang mempunyai bilangan Muslim paling ramai dalam dunia. Apakah ini tidak ditakuti oleh Amerika? Bukankah barat takut kalau Melayu Islam Indonesia dan Melayu Islam Malaysia bergabung dan menjadi megapower? Dan bukankah kerana itu penjajah barat membawa masuk pekerja estat dari India ke Malaysia dan pekerja lombong bijih dari China ke Malaysia, dan tidak membawa masuk pekerja dari Indonesia(Melayu Islam) sebagai satu strategi 'pecah dan perintah" (divide and rule) penjajah? Bukankah bekas PM Singapura juga takut kalau Melayu PAS dan Melayu UMNO bersatu?

BN-UMNO harus meletakkan kepentingan keselamatan dan kebajikan raykat serta negara lebih tinggi dari kepentingan parti mereka dan kepentingan individu pemimpin parti mereka.


albangi

No comments:

Post a Comment