ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

05 September 2010

kerajaan baghal UMNO-BN yang hangat hangat taik ayam....!!!!




Sembang aje lebih, tapi tindakan sampai hari belum lagi diambil. Sebenarnya isu ini bukannya baru berlaku, bahkan ini adalah kali kedua. Tapi kerajaan BN hanya hangat-hangat tahi ayam aje nak ambil tindakan dan sebagainya.

Nampak macam takut aje nak ambil tindakan atau mungkin ada sesuatu yang tidak kita ketahui.

Tapi kalau ianya melibatkan Pakatan Rakyat (PR), usah disuruh pun, pandai aje KDN atau pihak berkuasa bertindak. Tengoklah kes Raja Petra, sampai hari ini diburu.

Bila melibatkan kepentingan mereka tercabar dan kebobrokkan mereka dibongkarkan, maka sudah semestinya ISA akan digunakan. Tekan sana, tekan sini. Ugut sana, ugut sini. Tapi kalau pasal membangkit isu perkauman, bertepuk tanganlah dia orang ini. Sebab isu itu boleh ‘dimainkan’ dan memperlihatkan Umno adalah hero dalam hal ini dengan membuat kutukan.

Lebih menyeronokkan mereka, boleh membuatkan orang Melayu marah dan dalam masa yang sama, Umno akan tiupkan lagi api perkauman. Maka sudah tentu Umno akan ambil peluang untuk tarik kembali sokongan Melayu dengan membuat provok benci kepada bukan Melayu.

Itulah sebabnya sampai sekarang tiada tindakan diambil terhadap Namewee supaya ianya dapat terus menerus membangkitkan kemarahan orang Melayu agar Umno dapat menangguk di air keruh. Nak ambil tindakan hanyalah cakap kosong aje.


Kerajaan diminta lebih tegas

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah menggesa Kerajaan Pusat mengambil tindakan tegas terhadap remaja yang menerbitkan klip video yang menyemarakkan isu perkauman, Wee Meng Chee atau lebih dikenali Namewee kerana tidak serik mengulangi perbuatannya dengan menimbulkan kemarahan rakyat negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya kecewa kerana Kerajaan Pusat tidak tegas menangani isu seperti itu, yang disifatkan boleh menimbulkan kekacauan sekiranya dibiarkan.

“Kerajaan asyik cakap akan ambil tindakan terhadap remaja itu, tetapi sampai sekarang pun tidak buat apa-apa. Kelak orang akan menganggap undang-undang Malaysia longgar sebab rakyatnya boleh buat sesuka hati, termasuk menghina negara sendiri,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Azizan juga meminta Kerajaan Pusat memperjelaskan bentuk kesalahan yang dilakukan Namewee supaya tindakan undang-undang dapat dibuat ke atasnya.

“Saya minta Kerajaan tunjukkan dari aspek mana kesalahan dia, di bawah undang-undang atau seksyen mana supaya kita tahu adakah perbuatannya itu salah atau sebaliknya. Jika tiada undang-undang yang boleh disabitkan dengan kesalahannya, eloklah diwujudkan undang-undang berkaitan supaya tindakan dapat dibuat,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan hanya mengulangi pendirian akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap remaja itu, namun tidak melaksanakannya, seolah Kerajaan tidak serius menangani isu-isu perkauman.

“Isu ini boleh menimbulkan keresahan rakyat selain mencemarkan maruah dan imej negara, namun sehingga kini, tiada tindakan diambil. Jika benar dia bersalah, kenalah ambil tindakan, jangan bercakap sahaja, kelak rakyat tidak yakin lagi dengan sistem perundangan negara kerana tidak bertindak,” katanya.

Bagaimanapun, Azizan menyerahkan kepada pihak berkuasa mengenai bentuk tindakan yang wajar dikenakan kepada Namewee.

Azizan berharap isu ini mula dipandang serius supaya ianya tidak melarat dan tidak menjadi kebiasaan dalam kalangan anak muda untuk mencerca kedaulatan negara pada masa akan datang.

“Jika sekarang kita tidak buat apa-apa, nanti orang lain akan buat perkara yang sama. Perkara ini akan berterusan dan tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik untuk diperkatakan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kenyataan dan gesaan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini lebih cenderung kepada aspek politik dan bukannya untuk mendokong undang-undang sedia ada.

Ditanya sama ada Namewee wajar dikenakan hukuman buang negeri, Azizan berkata, perkara itu perlu dikaji secara mendalam berdasarkan perundangan sedia ada.

“Nak halau dia kita kena tahu kesalahan apa yang dia buat dahulu. Di bawah undang-undang apa. Tak boleh sesuka hati hukum dia," katanya. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment