ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

05 September 2010

UMNO mencemari ramadhan dengan menipu

Berita yang keluar di tv dan surat khabar mengatakan 756 ahli PAS menyertai UMNO adalah bohong semata-mata. Makrof yang didakwa Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Bagan Baru Larut juga adalah bohong dan palsu.

Makrof baru sahaja diluluskan menjadi ahli PAS, sijilnya masih dalam simpanan PAS Kawasan Larut, ia tidak diserahkan kepadanya kerana dua bulan yang lalu diberitakan telah menyertai UMNO. Bagan Baru belum pun ditubuhkan PAS, baru ada Jawatankuasa Penaja PAS.

Bagan Baru adalah kubu kuat UMNO, ahli PAS tidak ada di situ, baru-baru ini PAS Larut dengan kerjasama PAS Negeri telah mengadakan program PAS For All di DUN Kubu Gajah. Kekuatan UMNO di Bagan Baru telah berjaya ditembusi dalam program tersebut. Dakwaan kononnya Makrof menjadi Timbalan Pengerusi PAS adalah pembohong, jawatan dalam PAS bukan Pengerusi tetapi Ketua. Nama jawatan pun tak betul. Nampak sangat pembohongnya. Mana mungkin Makrof pegang jawatan puluhan tahun sedangkan cawangan PAS pun tidak ada di situ, ahli pun baru lulus tetapi tak sempat terima sijil dah masuk UMNO.

Selepas YB Hj Nizar turun ke DUN Kubu Gajah 18 Julai yang lalu Jawatankuasa Penaja berjaya ditubuhkan dan 26 pemuda UMNO telah menyertai PAS. PAS pula berjaya menganjurkan pertandingan bola di Bagan Baru dan disertai ramai belia dan pemuda UMNO. Saya sebagai SU Perhubungan turut hadir dalam program tersebut.

Kesihan Zamry, datang jauh-jauh dari Ipoh semata-mata mahu ditipu di bulan Ramadhan yang mulia ini oleh Raja Zainuddin dan UMNO Larut. Kalau nak buat cerita tipu pun, tunggulah habis Ramadhan.

Ramadhan 2009 dulu, Zambry berbuka di pondok Pak Teh di Pengakalan Hulu, yang dulu dia yang menipu Pak Teh, dia kata tanah yang Hj Nizar lulus dulu sebenarnya dah lulus sejak Tajol Rosli jadi MB lagi, Hj Nizar hanya bagi geran sahaja. Dulu dia yang menipu, sekarang dia yang kena tipu oleh Raja Ahmad pula. Memang UMNO kaki menipu


berita menipu di sini



Seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Umno semakin teguh

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin BN juga mendorongnya untuk beralih arah kepada Umno.

"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian Umno secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih Umno menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak.

- Bernama

No comments:

Post a Comment