ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 September 2010

sandiwara UMNO-PERKASA....suntutkan najib wira tengik 1 malaysia...

Babak kali ini menyaksikan penulis editorial Utusan Malaysia membidas Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana menjauhkan diri dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, pimpinan Ibrahim Ali.

Ada pihak yang berpendapat Najib tidak lagi mampu mengekang pemberontakan blok konservatif dalam Umno.

Namun bagi pembaca setia kolum Awang Selamat, skrip kali ini disyaki untuk mengangkat Najib sebagai wira mempertahankan 1Malaysia dari tekanan puak-puak rasis.

Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dakwaan bahawa Umno perlu menjarakkan diri dari Perkasa jika ia mahu menarik sokongan bukan Melayu. Bagi Awang Selamat, Umno perlu mempertahankan teras masyarakat yang diwakilinya, sepertimana badan-badan yang mewakili etnik-etnik lain di negara ini.

Semalam, kepimpinan kanan Umno ditayangkan media seperti berbahagi pendapat. Ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz dan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar Perkasa, Ketua Penerangan Ahmad Maslan, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Noh Omar berkata Perkasa adalah perlu untuk mempertahankan kepentingan Melayu.

Bagi kita, babak sandiwara ini tidak mempunyai perisa secukupnya untuk mengamit imaginasi rakyat Malaysia, yang umumnya sedar Perkasa dinaungi Umno.

Umno selama ini pun bukan juara orang Melayu pun, hanya retorik. Hakikatnya dibawah cengkaman Umno, Melayu tidak maju dan berkembang manapun.

Buat masa ini, Perkasa dilihat tidak menguntungkan sudut politik. Maka mereka perlu membuat kenyataan seolah-olah untuk meminggirkan Perkasa,.

Umno dalam dilema menghadapi Pilihanraya Umum akan datang , dengan  menyedari sokongan pengundi atas pagar dan pengundi bukan Melayu adalah penting untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Sandiwara ini membuktikan Najib sedang merencana strategi untuk menawarkan sesuatu yang seakan-akan sama dengan komitmen Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan yang berteraskan merit, keadilan dan lapangan peluang yang saksama untuk semua kaum yang memerlukan bantuan.

Hanya Pakatan Rakyat akan mengisi tuntutan-tuntutan rakyat Malaysia, untuk Melayu, untuk Islam. Bukan lagi Umno atau Perkasa,.

No comments:

Post a Comment