ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 September 2010

Arak,judi,bukan Islam masuk masjid....taktik adik beradik UMNO YAHUDI laknatullah....!!!!

Ketika PRK Hulu Selangor, 1Malaysia digegarkan dengan pendedahan DZI sebagai seorang pemabuk tegar dan gambar gambar DZI sedang memegang gelas arak diedarkan macam goreng pisang panas.Kerja UMNO sehingga saban hari dan malam akhbar penjilat serta TV pengampu dipenuhi dengan berita berita pemabuk DZI.Tetapi apabila dicabar oleh LKS, tidak pula ada seorang pemimpin UMNO yang gentleman yang tampil menyahut cabaran tersebut.Akhbar dan TV pula macam bisu, langsung tidak menyiar dan mengulas cabaran ini.

LKS mendakwa di parlimen bahawa arak menjadi budaya kepada UMNO dan mencabar pemimpin mereka termasuk PM dan Nazri Aziz menafikan dan menyatakan kedudukan sebenarnya hubungan arak dan UMNO.Sehingga kini tidak seorangpun pemimpin UMNO termasuk Ali Rustam yang petah berceramah menuduh DZI ketika di Hulu Selangor tampil membuat sidang akhbar untuk menafikan dakwaan LKS tersebut dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka adalah pengamal Islam yang patuh sekalipun Ali Rustam baru sahaja memulakan sekolah hamil bagi menangani permasalahan anak zina di kalangan remaja Islam serta mencadangkan agar remaja dibenarkan kahwin sewaktu masih bersekolah untuk tujuan yang sama.

Akhirnya isu arak hilang dan UMNO gagal membuktikan mereka anti arak dan anti pemabuk seperti di PRK Hulu Selangor dan aktiviti UMNO kembali macam biasa, tiada perubahan.Tetapi UMNO tetap berhutang kepada LKS dan kepada rakyat kerana masih gagal menjelaskan hubungan antara arak dan UMNO serta mengambil sikap pengecut yang baling batu sembunyi tangan.UMNO kantoi dalam usaha menjadi penentang kemungkaran berkaitan arak.

Lepas itu, UMNO menjadikan MP Teo Nie Ching sebagai objek serangan apabila mendakwa kehadiran beliau di ruang solat sebuah surau sebagai haram kerana tidak mandi wajib dan tidak menutup aurat.Sekali lagi akhbar dan TV UMNO bergema dengan penghinaan yang dibuat oleh pemimpin PR.Pendapat mufti diambil dan berita disebarkan dengan menggantikan perkataan surau dengan masjid.Satu gambaran bagaimana prihatinnya UMNO menjaga kesucian masjid dan agama.

Tetapi kemudianyan terlondeh semua perbuatan pemimpin UMNO termasuk isteri PM yang mencemarkan masjid dan surau dengan perbuatan yang jauh lebih mungkar dari MP Teo dan UMNO kantoi.

Tetapi malangnya, UMNO tidak menyedari bahawa tindak tanduk mereka selama ini di dalam masjid sudah dirakamkan.Apabila UMNO cuba menunjukkan kebiadapan orang bukan Islam dengan izin orang Islam sendiri terhadap masjid, maka terkeluarlah semua perbuatan mereka terhadap masjid dan agama dan akhirnya UMNO kantoi lagi.

Kini, judi pula dijadikan senjata menyerang PR.Kerajaan Penang dua kali diserang kerana berita yang disiarkan oleh blog pisau.net.Berita pertama ialah mengenai surat vincent tan yang ditolak oleh kerajaan Penang ketika isu judi bola dulu dan surat kedua mengenai sumbangan kelab lumba kuda kepada dana bantuan orang orang miskin.Rezal Marican ketika mendakwa kerajaan PR menggunakan dan judi untuk tujuan bantuan orang miskin seolah tidak sedar bagaimana hubungan UMNO dengan judi dan tokey judi utama dalam negara serta tidak mengendakan berapa banyak dana perolehan judi yang digunakan oleh kerajaan UMNO untuk membayar gaji kakitangan serta bayaran tuntutan kontraktor selain untuk tujuan bantuan seperi wang ehsan, wang raya adan sebagainya.

Untuk itu, wajar disorok kembali bagaimana Lim Goh Thong memperolehi Genting Highland secara percuma dari kerajaan UMNO dengan keluasan yang begitu besar serta hubungan UMNO dengan vincent tan dan ananda krisnan.Uncle Lim sudah menulis buku yang dijual kepada umum menceritakan bagaimana dia membangunkan Genting Hingland sebagai pusat perjudian dengan kerjasama erat kerajaan UMNO.Tanah dianugerahkan oleh kerajaan UMNO, lesen perjudian oleh kerajaan UMNO dan cukai dikutip oleh kerajaan UMNO.Itu belum dikira sumbangan sumbangan lain uncle Lim kepada UMNO yang jauh lebih besar dari sumbangan kelab lumba kuda kepada kerajaan Penang .Uncle Lim turut menyatakan dengan bangganya tentang hubungan dia dengan kesemua PM ketika hayatnya.Dari Tengku hingga PakLah, kata uncle Lim semuanya rapat dengan dia.Kenapa Rezal Marican tak beri tahu rakyat tentang PM yang rapat dengan tokey judi no 1 negara sebelum mendakwa kerajaan Penang yang diketuai oleh seorang bukan Islam sebegitu rupa?

Vincent tan pula didedahkan oleh VK Linggam sementara ananda krisnan didedahkan oleh sebuah akhbar Turki ketika menghadiahkan bot mewah bernilai jutaan ringgit kepada PakLah. Kesemua perkara ini menunjukkan Rezal Marican sebagai seorang yang tak ada sifat malu dalam dirinya ketika menuduh LGE dan kerajaan Penang menggunakan dana judi untuk membantu rakyat sedangkan LGE jauh lebih tahu dana mana yang nak digunakan kepada orang Islam dan orang bukan Islam berbanding UMNO yang memberi bantuan(ala UMNO )secara pukal.Bayangkan berapa billion hasi judi yang telah digunakan oleh UMNO untuk diagihkan kepada rakyat dalam bentuk gaji, tuntutan bayaran kontrak, subsidi dan sebagainya tanpa sedikitpun mengambil kira agama anutan rakyat.Cadangan mengasingkan hasil judi, arak dan babi langsung tidak diendahkan UMNO tetapi dilaksanakan oleh kerajaan PR Penang, Kedah, Selangor dan sudah lama dilaksanakan di kelantan.

Akhirnya Rezal Marican dan UMNO kantoi lagi.begitu jugalah isu isu lain yang digunakan untuk menyerang kerajaan PR seperti isu babi, khutbah jumaat dan seumpamanya semuanya kantoi.Ini kerana UMNO sudah kehabisan isu dek kerana perbuatan mereka sendiri.Kini segala apa yang cuba dibangkitkan mereka akan terbalik semula kepada mereka.

Padam muka mung,UMNO

No comments:

Post a Comment