ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 September 2010

Apa Jakim ,pusat islam dan mufti taik minyak UMNO sokong TV 3 satukan semua agama di bawah 1 payung 1 malaysia ke..??????



Iklan Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3, stesen televisyen yang dikaitkan dengan Umno dianggap satu usaha untuk menyatukan semua agama di negara ini di bawah konsep 1Malaysia selain menggalakkan amalan syirik di kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan kanak-kanak.

Semalam stesen televisyen tersebut membuat keputusan menarik balik iklan tersebut setelah dikritik hebat serta memohon maaf kepada umat Islam di negara ini.

Iklan tersebut jelas menunjukkan stesen swasta tersebut gagal dalam menyelami sensitiviti dan mengetahui batasan agama dan kaum walaupun setelah 26 tahun beroperasi.

Inilah bahananya apabila konsep 1Malaysia yang menjadi sloganan Perdana Menteri tidak difahami oleh rakyat Malaysia hatta pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri.

Akhirnya TV3 membuat tafsiran sambutan Aidilfitri mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan gugurnya akidah seseorang Muslim itu. Tak faham konsep 1Malaysia
sampaikan agama pun hendak disatukan sebab itu kita lihat ada unsur Kristian, Buddha, Hindu dalam iklan tersebut.

Malah lebih mengejutkan,kita patut mempersoalkan keberkesanan fungsi serta peranan yang dimainkan oleh agensi seperti Lembaga Penapis Filem yang memantau serta menapis bahan yang disiarkan melalui media elektronik seperti filem, drama, iklan dan dokumentari.

Kita lihat dalam kes iklan TV3 ini seolah-olah Lembaga Penapisan Filem lepas tangan atau terlepas pandang mengenai iklan tersebut walaupun mereka mempunyai panel syariah. Apa yang mereka buat sampai lalai begini?

Kita desak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap TV3 kerana menyiarkan iklan seperti itu yang menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada kanak-kanak yang menontonnya.

Kalau orang awam boleh menyedari iklan TV3 tersebut boleh menggugat akidah dan keimanan umat Islam bagaimana pula agensi seperti Pusat Islam, Jakim dan para Mufti di Malaysia boleh terlepas pandang....tido makan gaji buta atau duduk di celah jubor pemimpin UMNO.....haramjadah ko orang semua....soal akidah ko orang buat tak nampak atau tak pandang sebelah mata sekali pun....soal orang bukan islam datang menziarahi masjid nak sampaikan sumbangan ko politikkan....banggang !!!!

Iklan Aidilfitri terbitan stesen televisyen itu memaparkan beberapa babak yang boleh ditafsirkan mempunyai pengaruh agama Kristian dan Buddha.

Antara yang paling menonjol ialah adegan dimana seorang lelaki tua yang berkopiah muncul di luar tingkap sambil mengajak dua kanak-kanak menaiki becanya yang berwarna merah.

Beca itu pun secara magik terbang membawa kedua-dua kanak tersebut menjelajah alam di waktu malam.

Unsur ini jelas dilandaskan kepada perayaan Hari Natal di mana watak Santa Claus yang berpakaian serba merah dengan menaiki pedati terbang yang ditarik oleh sekumpulan rusa.

Begitu juga dengan adegan yang menunjukkan bunga teratai mengembang yang merupakan simbol daripada ajaran Buddha.

TV3 mempamerkan Aidilfitri itu sebagai satu sambutan perayaan yang sama taraf seperti sambutan parayaan agama dan kaum lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Walhal Aidilfitri ialah satu ibadah merupakan manifestasi kesyukuran umat Islam berpuasa melawan nafsu selama sebulan serta melatih jiwa dalam proses penyucian rohani atau spiritual seseorang islam itu.

Ia bukan majlis pesta seperti yang digambarkan oleh TV3 atau media milik Umno-BN yang mengosongkan jiwa Aidilfitri itu dengan sambutan ala jahiliyah yang dipenuhi gelak ketawa, makan minum serta pergaulan bebas tanpa ada had dan sempadan di mana halal dan di mana haram sesuatu perbuatan itu.

No comments:

Post a Comment