ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 September 2010

setelah 52 tahun memerintah....dengan rakusnya UMNO-BN mampu mencemari ramadhan dan syawal bulan yang mulia umat islam....

Ramadahan mampu menjana jatidiri yang teguh dan semakin kukuh di dalam diri pejuang penegak maaruf penentang mungkar walaupun Ramadhan masih tercemar dengan beberapa kejadian yang bertentangan dengan tarbiyah Ramadhan.Kes bunuh diri, kes pembohongan yang berpanjangan sepanjang usia Ramadhan, kes musibah kerana mercun dan kemuncaknya, kes bunuh dan bakar di Morib merupakan beberapa siri pencemaran Ramadhan yang dilakukan oleh orang Islam pada ketika keperihatian orang orang bukan Islam terhadap puasa yang dilalui oleh orang Islam.

Sungguh sedih memikirkan betapa tokey tokey Cina memberi cuti panjang kepada pekerja perkeja Islam mereka disamping bonus raya yang dipercayai mencukupi bagi para pekerja mereka merayakan 1 Syawal, begitu juga sedih memikirkan MP Serdang diserang bertubi tubi kerana masuki ruang solat sebuah surau semata mata untuk memberi sumbangan kepada surau tersebut.Sedih kerana serangan ini dilakukan oleh orang Islam dan orang yang bertanggungjawab menjaga Islam sedangkan pada masa yang sama Ramadhan dibiarkan dicemari oleh orang Islam sendiri.

Lebih parah apabila 1 Syawal yang dianugerah oleh ALLAH sebagai hari merayakan kejayaan kembali kepada fitrah sesudah ditarbiyahkan sepanjang Ramadhan ditukar kepada hari untuk merayakan kegembiraan secara mungkar dan jauh bertentangan dengan ajaran Islam.1 Syawal diberitahu oleh Baginda Nabi supaya dihiasi dengan takbir telah ditukar dengan acara nyanyian(termasuk oleh seorang ustaz yang dulunya terkenal dengan ungkapan, dulu rock sekarang dakwah), tarian, drama raya, lawak jenaka raya, jangan lupa lirik edisi raya dan percampuran bebasa antara lelaki perempuan serta pendedahan aurat di sana sini(termasuk oleh isteri PM yang muncul di kaca TV di pagi 1 Syawal).Yang masih belum ada ialah hantu raya.

Syawal kemudiannya ditukar kepada bulan hiburan melampau.Inilah pencemaran yang tidak harus diterima oleh umat Islam apatah lagi di bulan ini ada tawaran pahala puasa sepanjang tahun hanya dengan tambahan 6 hari puasa sahaja.Syawal sudah ditukar kepada bulan artis melalaikan umat dan Syawal sudah dihiasai oleh permainan mercun oleh anak muda(yang setengahnyan dikesan ditaja oleh ibupada yang menjadi pemimpin parti pemerintah melayu).

Inilah budaya melayu yang sudah dipupuk lebih 50 tahun lalu di mana kesannya semakin dirasai hari ini.Ramadhan dan Syawal sudah semakin teruk dicemari dan mungkin akan terus dicemari sekiranya parti pembela melayu terus disokong oleh orang Islam.Para artis yang terlibat sebagai agen pencemaran Ramadhan dan Syawal serta ahli ahli parti pemerintah melayu yang terlibat setengahnya sudahpun ada title Haji, sementara ustaz dan ustazah mereka ada yang ada PHD tetapi kemungkaran tetap diutamakan, kemaksiatan didahulukan dalam setiap perlakuan mereka.Tidak ada tanda pengakhiran dalam tindak tanduk mereka, aurat tidak diiktiraf malah dilihat sebagai perkara remeh sahaja, bersalam salaman antara lelaki perempuan terus dibudayakan pada ketika mereka mendakwa merekalah pembela agama dan bangsa.


Membaca quran ketika tidak menutup aurat ketika membaca quran tidak dilihat salah tetapi dipertahankan sebagai usaha seorang muslimah yang mahu membaca quran.Inilah budaya parti melayu yang selama ini mendakwa Malaysia milik mereka(secara tersirat daripada dakwaan mereka) dan orang lain yang membangkang (terutamanya yang bersama jemaah PAS) dianggap meyemak di dalam Malaysia(tetapi bila kutip cukai orang PAS pun kena bayar).

Budaya yang mencemarkan dua bulan yang telah dimuliakan ALLAH untuk umat Islam.

No comments:

Post a Comment