ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 September 2010

kenangan manis kununnnn...pigidah....MUSA..NG hassan dengan kenangan paling buruk...usung tilam dan jadi pecacai angkat najis kerajaan UMNO-BN samseng 1 malaysia....

IGP jadi 'penarik beca' bagi tangkap pengedar dadah



Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang akan bersara pada 13 Sept ini berkata antara kenangan manis sepanjang 41 tahun perkhidmatannya ialah kejayaan memberkas seorang pengedar dadah semasa beliau menyamar sebagai seorang penarik beca.

Kejayaan itu dicapai sekitar tahun 1981 dan 1982 semasa beliau bertugas di Pulau Pinang dalam satu operasi dadah, katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

"Itu (kenangan) paling manis kerana saya tangkap pengedar dadah semasa menyamar sebagai penarik beca," katanya.

Musa berkata semasa bertugas di Pulau Pinang bersama-sama Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang pada masa itu baru sahaja menyertai polis, mereka turut menyamar sebagai penjual air tebu dalam usaha memberkas pengedar-pengedar dadah di sana.

Mengenai rancangan beliau selepas bersara nanti, Musa berkata beliau akan berehat dan mungkin akan mengajar orang atau cucunya mengaji, selain daripada menjaga cucunya.

"Tak ada masalah, kita reda dengan apa yang Allah dah beri," katanya.

Senarai nama jawatan kanan

Ditanya sama ada beliau akan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Musa berkata beliau akan mengerjakan umrah pada hari raya dan mahu berehat di Mekah.

Ditanya mengapa beberapa kekosongan jawatan seperti Ketua Polis Daerah Cheras yang sehingga kini belum diisi, Musa berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Katanya beliau telah menghantar nama-nama pegawai yang telah dicadangkan bagi mengisi kekosongan itu sejak November tahun lalu.

"Saya tak tahu mengapa tidak diisi. Saya tak mahu pula nanti orang kata saya tidak buat kerja, bukan?. Saya dah hantar awal dulu," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment