ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

04 September 2010

dah nak mampos masih nak jadi tukang fitnah....PAS buat laporan polis terhadap zam

Dewan Pemuda Selangor dan Perak membuat laporan polis hari ini terhadap Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) berhubung kenyataannya yang mengaitkan PAS dengan ekstrem.

Ustaz Hasbullah mengetuai Pemuda PAS Selangor membuat laporan berkenaan di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, Bukit Idaman pada jam 10.00 pagi.

Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh pula dijangka akan membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh pada jam 3.00 petang.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah membuat laporan berhubung kenyataan bekas Menteri Penerangan itu di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib, di sini.

Zam mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Idris berkata, PAS menganggap tuduhan yang dibuat oleh Zainuddin itu sangat serius dan yakin ianya bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada parti itu.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat,” katanya.

Harakahdaily

No comments:

Post a Comment