ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 September 2010

UMNO islam phobia nak ajar AS jangan islam phobia....!!!!

“CA yang rundung Islamofobia kerana UMNO?” Kini, timbul lagi isu Islamofobia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bangkitkan di Amerika Syarikat (AS) sempena beliau di New York dalam rangka menghadiri Perhimpunan Agung ke-65 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Ia adalah suatu nilai yang dilihat dialectical dengan apa yang dipraktikkan dalam dasar pentadbirannya yang memakai 1Malaysia dan menolak Islam Hadhari anjuran perdana menteri sebelumnya.

Persoalannya, apakah kekuatan yang ada pada Mohd Najib yang telah menawar diri untuk mengajar Islam kepada masyarakat AS? Sedangkan setiap penjuru alam Malaysia ini sudah tahu, betapa rakan Umno––MCA, MIC dan Gerakan, sampai sekarang terus dirundung Islamofobia!

Maksud Islamofobia

Persoalan Islamofobia biasanya dikaitkan dengan kesan-kesan yang timbul akibat sikap dan tindakan strategi musuh Islam, terutamanya golongan Yahudi yang sengaja melakukan serangan psikologi terhadap Islam. Justeru Islamofobia difahami sebagai prasangka terhadap Islam atau Muslim. Berdasarkan takrif British Runnymede Trust (1997), “Islamofobia sebagai ketakutan atau kebencian terhadap Islam dan kerana itu timbul rasa takut dan tidak suka terhadap semua orang Islam.”

Lebih mempengaruhi lagi, apabila peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas menara kembar World Trade Center (WTC) di New York City, AS telah dikaitkan dengan Islam. Justeru itu, Islamofobia secara khusus ditujukan kepada amalan diskriminasi ke atas umat Islam yang melibatkan tindakan mendiskriminasi ekonomi, sosial dan kehidupan mereka dalam sebuah negara.

Gagasan Mohd Najib

Di New York, Mohd Najib hadir atas nama Perdana Menteri Malaysia. Namun, pangkatnya masih selaku Presiden Umno, meskipun keberadaannya di sana atas urusan Perhimpunan Agung PBB. Kaitan Mohd Najib dalam isu Islamofobia cukup jelas, iaitu sejarah sudah cukup membuktikan betapa karenah Umno yang menjadi tulang belakang kepada dasar-dasar dan amalan mengurus Negara selama 53 tahun, hakikatnya telah banyak membawa kesan kepada Islam itu sendiri.

Meskipun Islam diperundangkan dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, sebagai agama persekutuan dan merupakan anutan lebih 60 peratus warganegara, namun kekeliruan terhadap Islam masih muncul dan kadang kala menjadi fitnah sesama Islam. Sehingga, pernah pertaruhan judi loteri dijadikan sumber kebajikan untuk rakyat dan tertubuhnya salah satu pusat judi kasino terbesar di Asia berada di puncak gunung berhawa sejuk dalam sebuah negeri bergelar darulmakmur. Malah turut terbongkar bagaimana kelulusan perjudian bola sepak turut diluluskan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd pada era Mohd Najib.

Maka agak mengejutkan tatkala di New York, Mohd Najib dilaporkan mengeluarkan gagasan kepada wartawan Malaysia di sana, iaitu “kerjasama AS amat perlu bagi mengurangkan salah faham dan pandangan negatif terhadap Islam sehingga memperlihatkan peningkatan fenomena Islamofobia termasuk di kalangan rakyat AS.”

Seterusnya, menurut Mohd Najib, “pengetahuan asas tentang perkara seperti ini (Islam) adalah rendah, jadi kefahaman tentang Islam perlu dipertingkatkan.

“Malaysia boleh menyumbang dari segi pelaksanaan kefahaman kepada masyarakat AS dengan menekankan ajaran Islam membawa nilai-nilai sejagat dan selari dengan konsep pemodenan serta progresif, selain menjamin hak bukan sahaja orang Islam tetapi juga hak bukan Islam,” kata Mohd Najib lagi.

Memahami gagasan Mohd Najib itu, boleh dikatakan Malaysia sedia menjadi guru kepada warganegara AS untuk mendalami Islam dan menghapuskan Islamofobia!

Mahathir penyumbang Islamofobia

Dr. Mahathir ketika kempen pilihan raya kecil Bukit Payung Terengganu (21 April 1992) telah mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan dan membenarkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam (hudud). Ekoran daripada itu, Enakmen Jenayah Syariah II (1993) telah diluluskan dan pihak Kerajaan Negeri Kelantan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyerahkan enakmen itu kepada Perdana Menteri. Namun sikap Islamofobia jelas terserlah, apabila Dr. Mahathir menolak pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu. Bukan sekadar menolak, malah dalam sepucuk surat rasmi bertarikh 15 Julai 1994, Dr. Mahathir telah mengugut untuk mengambil tindakan sekiranya pelaksanaan undang-undang Islam itu diteruskan.

Selepas itu, berapa ramai pemimpin dari Umno yang kemudiannya ditiru oleh pemimpin MCA, MIC dan rakan-rakan Barisan Nasional yang lain telah mengeluarkan kenyataan memperlekeh hukum Islam yang merupakan petintah Allah SWT di dalam al-Quran. Ia satu gambaran salutan fobia yang sudah terlekat pada wajah mereka hasil tindakan Dr. Mahathir mencetuskan Islamofobia.

Justeru itu, tatkala berucap di depan keretapi Pasir Mas dalam misinya untuk memperkasa perjuangan Ibrahim Ali yang sudah dikutuk oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor, maka Dr. Mahathir sudah mempalitkan isu hudud kepada DAP pula. Sejarah 15 tahun dulu sudah dilupakan, lalu menuduh PAS dikatakan bertolak ansur dengan DAP atas isu tidak melaksanakan hudud. Sanggup pula memfitnah PAS sebagai parti yang sedia melaksanakan hudud, tiba-tiba dikatakan berubah kerana timbul penentangan dari DAP!

Jelas, pendirian dan perasaan Dr. Mahathir yang sudah tercatat sebagai perdana menteri yang menolak hudud, kini (pada 25 September lalu) bertindak membersihkan penyakit Islamfobianya dengan menghambur fobia itu kepada DAP. Persoalan di sini, adakah hudud gagal dilaksanakan dalam Negara ini disebabkan suara DAP atau kuasa Umno yang sudah berkuasa 53 tahun? Jawapannya adalah terletak atas bahu pihak yang berkuasa, bukannya pihak yang bersuara! Jika begitu, Umno lebih nyata mengidap Islamofobia bukannya DAP.

Ciri Islamofobia

Kalau di Indonesia, kerajaannya dilihat terlalu takutkan pergerakan Jemaah Islamiah (JI) kerana dipimpin oleh seorang ulama kental, Abu Bakar Bashir. JI telah dicop sebagai pergerakan pengganas dan labelnya adalah menggugat keteraman awam. Lalu digambarkan setiap gerak laku disamakan dengan peristiwa 11 September di AS. Ada sahaja peristiwa pengeboman, maka Abu Bakar atau pengikutnya sedia ditangkap, dikurung dan dihukum. Ini adalah ciri Islamofobia tajaan penguasa AS era George Bush yang turut dihidapi oleh banyak pemimpin di negara umat Islam.

Sebenarnya, ciri Islamofobia seperti berlaku di Indonesia sudah lama wujud di Malaysia. Sekitar tahun 1960-an, ketika menghadapi pilihan raya 1965 dan 1969 berapa ramai ulama’ dan tok-tok guru di Negara ini ditangkap menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penahanan tanpa bicara, dikurung dan didera fikirannya atas semata-mata tuduhan tanpa bukti kononnya tok-tok guru mengajar umat mengkafirkan Umno. Apa yang jelas mana-mana tokoh ulama’ yang lantang bersuara menegakkan perjuangan Islam, mengupas kadungan al-Quran menurut acuan Islam dan mendesak kerajaan BN kembali kepada dasar politik Islam, maka mereka akan menjadi mangsa. Kebetulan ulama’ itu bersama perjuangan PAS, maka ulama’ dan parti PAS sudah acap kali menjadi mangsa Islamofobia pihak berkuasa Umno!

Justeru itu, Mursyidul Am PAS selaku Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempersoalkan, tidakkah Umno yang terlebih awal dirasok Islamofobia? Lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz merungkaikan persoalannya dengan merujuk kepada beberapa peristiwa.

“Di antaranya Ustaz Aziz seorang tok guru pondok Pasir Tumbuh, Kelantan dihukum oleh mahkamah kononnya terlibat dengan fatwa kafir mengkafir dan arwah Ustaz Mawardi, cucu Tok Kenali seorang lulusan universiti Islam dari Tanah Arab tergamak ditukar jauh ke pedalaman atas tuduhan menghasut pelajar menyokong PAS.

“Lagi, peristiwa yang meragut nyawa Ustaz Ibrahim Mahmood dari pondok Memali, Baling, Kedah. Kemudian serangan gas pemedih mata dan keganasan polis simpanan khas (FRU) ke atas ceramah di pekarangan Masjid Batu Enam, Terengganu. Diikuti pula serangan polis ke atas ceramah PAS di Batu Buruk. Dan terbaru, putaran isu kononnya orang bukan Islam dilarang memasuki masjid dan isu bacaan doa kepada Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat.

Jika diteliti, kesemua sasaran tindakan pihak berkuasa itu ada kaitannya dengan Umno, kerana partinya yang berkuasa ke atas semua yang berlaku. Justeru itu pihak yang menjadi sasaran adalah ulama’ yang menyokong atau memimpin parti Islam dan rakan atau mereka yang simpati kepada perjuangan Islam. Maka, soal Tuan Guru Nik Abdul Aziz siapakah sebenarnya yang menghidap Islamofobia?

Umno doktor Islamofobia?

Bertolak daripada persoalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, adakah layak pemimpin atau kerajaan Umno hatta presidennya berlagak sebagai doctor untuk merawat Islamofobia di AS? Apakah pengetahuan Islam umat AS terlalu rendah tentang Islam, sehingga dikatakan masyarakat AS sekarang diserang wabak Islamofobia? Sedangkan di sana sudah beratus universiti muncul dengan pusat kajian ilmu-ilmu Islam! Apabila hasil kajian majalah Time mendapati 26 peratus rakyat AS percaya yang Presiden Obama adalah seorang Islam, maka sudah dikatakan masyarakat AS menghadapi Islamofobia. Sebenarnya ia bukan petunjuk yang mutlak. Ataukah kerana muncul sebahagian masyarakat AS yang menentang persetujuan Obama bagi pembinaan masjid dan kompleks Islam di tapak WTC yang dibom itu, maka AS kini dilanda wabak Islamofobia?

Jika demikian, layakkah Umno menjadi doktor kepada mengubati Islamofobia masyarakat AS? Sedangkan pihak kerajaan dipimpin Umno sendiri turut menyekat bantuan pelajaran kepada sekolah-sekolah agama, menggam berapa ramai ustaz berceramah di televisyen dan masjid, dan pernah melarang guru-guru berkopiah semasa mengajar di sekolah serta mencemuh langkah Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham. Malah, tindakan menyekat wang royalti petroleum dan membekukan lebih dari 100 projek pembangunan untuk Kelantan, negeri umat Islam teramai di Negara ini juga tidak keterlaluan untuk dikatakan, “hakikatnya pihak berkuasa Umno sudah teruk dipengaruhi Islamofobia!” Ke manakah akhirnya wajah Islamofobia Umno? Hanya Tuhan Yang Maha Esa bakal menzahirkan penghujungnya.




Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

No comments:

Post a Comment