ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 September 2010

apakah zaid ibrahim mahu jadi musuh dalam selimut PKR...????

BOIKOT UTUSAN, TETAPI DATO ZAID BERI `KREDIT' PADA UTUSAN

NASIHAT DS Anwar agar semua calon yang bertanding di dalam pemilihan parti PKR hendaklah berhemah, beradab dan berdisiplin nampaknya masih tidak didengari oleh beberapa calon yang menawarkan diri. Sebelum ini terdapat calon yang memperlekehkan pucuk pimpinan parti, mencipta berbagai isu yang tidak masuk akal tanpa bukti yang jelas semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya agar dipilih memegang jawatan yang ingin ditandinginya.

Saya fokus kepada Dato Zaid Ibrahim, kerana bagi saya beliau banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kempen pemilihan di dalam PKR. Lebih-lebih lagi beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR kununnya untuk memulihkan `kuasa' Presiden Parti yang dikatakan olehnya sebagai `boneka' itu. Itulah hebatnya Dato Zaid kerana dengan jawatan Timbalan Presiden beliau boleh menentukan `kuasa' Presiden.

Kehebatan Dato Zaid diserlahkan lagi oleh beliau sendiri yang menganggap DS Anwar hanyalah `ahli biasa' di dalam parti kerana jawatannya selaku Ketua Umum PKR tiada termaktub di dalam Perlembagaan dan Organisasi Parti. Bukan beliau tidak sedar mengapa jawatan Ketua Umum itu wujud di dalam parti dan semenjak bila ianya wujud. DS Anwar diiktiraf sebagai Ketua Umum PKR bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan oleh rakan-rakan di dalam PR. Benar, jawatan itu tidak wujud di dalam parti tetapi beradabkah Dato Zaid apabila menganggap DS Anwar hanya `ahli biasa'? Persoalannya, jika Presiden PKR itu `boneka' dan Ketua Umum PKR ibarat `ahli biasa', siapakah yang selama ini berkuasa di dalam PKR?

Di dalam kita semua berkempen untuk memboikot Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan Umno yang tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan PR, tiba-tiba Dato Zaid memberi `kredit' kepada akhbar pencacai itu di dalam wawancaranya. Inikah sikap seorang pemimpin yang bakal mewarisi kerusi No 2 di dalam parti? Tokoh seperti inikah yang boleh kita harapkan untuk membawa PR ke Putrajaya? Di dalam wawancaranya bersama akhbar tersebut, beliau tanpa berselindung menyebut bahawa `stail' atau caranya tidak akan berubah semenjak dari Umno hinggalah kini berada di dalam PKR.

Ini bermakna, Dato Zaid tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya bersama PKR yang sama sekali jauh berbeza dari politik Umno. Beliau seharusnya sedar di dalam PKR ruang mengkritik pemimpin terbuka luas tetapi mestilah dengan hujah dan fakta yang jelas. Hentam kromo ikut sesedap rasa bukan amalan di dalam PKR. Melabelkan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `nyanyok' bukan cara mengkritik pemimpin. Nampaknya Dato Zaid masih gagal mengubati `penyakit' yang diwarisinya sewaktu berada lama di dalam Umno.

Hari ini terbukti kita lihat bagaimana akhbar Utusan mengeksploitasikan `kredit' yang diberi oleh Dato Zaid. Maka berebut-rebut jugalah media TV 3 dan RTM untuk menganyang parti yang didukung oleh Dato Zaid ini. Setakat ini kita patut bersyukur kerana semakin banyak Dato Zaid `merapu' tentang partinya sendiri, ahli-ahli PKR yang diberi kuasa memilih siapa yang wajar dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden bijak untuk membuat keputusan. Kita tidak akan izinkan sesiapa sahaja yang memasuki parti ini dengan membawa `penyakit' lamanya sewaktu berada di dalam Umno, apatah lagi mengaku tidak akan berubah walau sedikit pun untuk terus merosakkan parti kesayangan kita ini.

Walau bagaimanapun, Dato Zaid boleh terus bertanding kerana beliau pastinya tidak akan di`pancung' seperti dakwaannya. Beliau tidak perlu takut kepada bayang-bayangnya sendiri kerana PKR bukan Umno yang ingin meng` Ghafar Baba' kan sesiapa. Walaupun beliau sebelum ini berkali-kali berjanji tidak akan bertanding atau merebut jawatan di dalam PKR, tetapi kita masih boleh terima keinginannya untuk bertanding sekarang. Soalnya, siapakah yang tergamak yang akan memilih pemimpin yang tidak boleh mengubah dirinya sendiri? Bagaimana beliau ingin mengubah ahli-ahli bawahannya?

WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment