ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 October 2010

Kasihan, Melayu Miskin dan Bodoh.....!

Kadang - kadang bila terlihatkan benda - benda macam ni kita pun boleh terfikir kenapa begitu susah jadi orang melayu ni. Segala benda mesti di kelentong dan segala hal "mesti" ikut kelentong .Bila jadi melayu kena ikut kata UMNO,bila jadi melayu kena ikut kelentong UMNO.Cukup kesian kita bila lihat melayu menjadi sebegini rupa bukan bukan kerana miskin harta tapi terlalu miskin minda

Dalam program - program TV3 suku yang yang sering di laporkan juga adalah mengenai kemiskinan orang melayu,kedaifan orang melayu yang sering akan kita ambil simpati akan keadaan itu.Kadang kala kita terfikir mengapa melayu?

Keruntuhan Moral seperti Buang anak,Seks bebas,Sumbang mahram dan penagihan dadah yang banyak di "highlight" kan adalah datangnya dari orang melayu sedangkan bangsa - bangsa lain seperti Cina dan India agak kurang di babitkan dengan Kes - kes Ini tapi mengapa melayu?

Esok kita akan tonton lagi episod - episod "kedaifan" melayu ini di kaca - kaca TV milik Media tukang - tukang canang UMNO dan Barisan Nasional hampir keseluruhannya di paparkan tentang kemiskinan orang melayu.

Hari demi hari ada yang tertanya - tanya mengapa melayu miskin?

Tetapi pada hari ni jelas di depan mata akhirnya terserlah jawapan mengapa melayu itu terus miskin,Melayu miskin bukan kerana Kerajaan tak bantu tapi melayu miskin kerana fikrah dan pemikirannya di relakan untuk terus bergelumang dalam pembodohan.

Pernah di ungkapkan oleh Usman Awang yang melayu itu setia tanpa sempadan biarpun terpaksa setia kepada pembodohan yang tidak bersempadan.Kesian melayu! Pemikiran bangsa telah di "bonsai"kan selama 52 tahun UMNO mencengkam kan kuku regimnya.

Kasihan makcik - makcik tua,yang dah tak larat mengangkat kerusi atau meja lebih rela membiarkan perut mereka kosong semata - mata mahu menumpahkan taat setia kepada UMNO.Mungkin bila dah tua sebegini otak yang beku dan likat amat sukar unuk berfikir.

Kalau dahulu bila susah minta tolong dengan masyarakat,merayu bantuan pada kerajaaan,tapi hari ini hanya kerana di kelentongkan sanggup mereka pulangkan semula bantuan yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib mereka.

Kalau dahulu mereka kata Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah meminggirkan orang melayu tetapi hari ni di Pinang Pinang, siapa yang paling ramai dapat peluang - peluang perniagaan hasil dari amalan pemberian kontrak dan tender secara terbuka? yang pasti nya orang melayu!

Dan hari ini wang bantuan yang di salurkan pada Orang Melayu kini di kaitkan pula dengan hasil judi.Oleh kerana itu wang itu di pulangkan semula,agaknya di manakah letaknya pemikiran orang melayu sampai sebegitu sekali ianya di bodohkan.

Selama ini sumber - sumber keuntungan negara dari Syarikat genting highland yang membayar cukai pada kerajaan malaysia dengan hasil perniagaan CASINO.Syarikat Magnum pula di sertai oleh beberapa orang penting dalam politik melayu.Vincent Tan pula adalah tauke judi yang terkenal turut menjadi aset kerajaan UMNO yang paling berguna.

Tapi tak berapa bulan yang lalu di kala Piala Dunia Afrika membuka tirai gelanggang buat seluruh jaguh Dunia Manakala KerajaanUMNO dan Barisan Nasional menjadi jaguh dan juara dalam memberikan lesen Judi piala dunia kepada sahabat judinya iaitu Vincent Tan.

Manakala Vincent Tan pula tanpa segan silu pula mengakui yang dia akan mendermakan Wang hasil judi itu kepada Badan - badan kebajikan namun tak kedengaran atau terlihat akan kita yang orang melayu akan keluar beramai - ramai dan memulang wang bantuan kebajikan masyarakat kerana di situ jelas mereka saksikan wang itu adalah hasil dari cukai yang di pungut dari perniagaan Judi Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Masih lagi teringat kira - kira 3 tahun lepas setelah Barisan Alternatif dan selepas itu di kenali sebagai pakatan rakyat berjaya menakluki Selangor.Sebaik sahaja memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri selangor terus umumkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri selangor.

Tak hairan lah sampai ke tahap itu pun ada orang melayu yang masih enggan menerima air percuma pemberian kerajaan.Tapi andai difikir - fikirakan keadaan dan fikrah pemikiran melayu yang lama ini akan terbit lah rasa Kasihan...Kasihan bukan kerana melayu itu Miskin tapi Kasihan kerana Melayu itu Bodoh


lss

No comments:

Post a Comment