ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

01 October 2010

tipu 1 malaysia ...sandiwara wang judi UMNO di pulau pinang....kita nak kasi dia marah...balik-balik kita yang marah....kasi balik duit aku...kasi balik...kasi balik"



Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara,

Ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

Ada pihak yang telah mendesak mereka... bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Sebenarnya  wang itu bukan daripada hasil judi, sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, semalam.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ihsan berkenaan.

Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan, sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram,” temberangnya lagi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Dakwaan Pemuda Umno bahawa kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas adalah untuk mencari publisiti murahan setelah parti haprak dan haramjadah ini kehilangan pengaruh di sebabkan terutamanya isu bapak judi dan judi bola yang hendak di halalkan oleh UMNO pusat.

Dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat awal bulan ini adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.

Daripada peruntukkan yang diberikan kerajaan negeri  telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas.

Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi.

Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini,.

Bila ditinjau gambar duit itu dekat-dekat di dalam tong dan di tangan warga emas itu, kita nampak wang itu semuanya serupa. Note RM50. Seorang dua keping.

Ah, baru keluar dari bank. Siapa punya? Yang pasti semua duit itu dipinjamkan kepada warga emas tersebut kemudian di"pulang"kan kepada tuannya.

Ini kisah Ahmad Nisfu yang ambil balik duit dari "pelakon sementara" di dalam cerita 3 Abdul.

"abdul wahud...abdul wahud...kita nak kasi dia marah...balik-balik kita yang marah....kasi balik duit aku...kasi balik...kasi balik"


Sayugia di ingatkan Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu warga emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya ditahan juga kerana menipu.

Ini bab mahu tipu satu Malaysia sudah tahu.

Tapi tropi sandiwara lucu sukar dimenangi sandiwara "Pulangkan" ini. Kelemahannya ketara. Manakala sandiwara "I'da World" lakonan Hang Kebun yang tak bergigi yang serahkan cek replika RM4b di Kelantan rasanya mendapat undi sms terbanyak.

Kata Sudin di dalam Seniman Bujang Lapok: Main-main kasar ..sekali aku cekik…gigi wak mana?...pergi bikin!

No comments:

Post a Comment