ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 December 2011

kalau ada kote...SPRM wajar memanggil muhyiddin dan haji najib untuk siasatan...!!!

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis di gesa agar turut memanggil anggota kabinet yang ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ini  termasuklah  memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada tahun 2008.

Selain Muhyiddin , SPRM juga perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek tersebut di luar kabinet.

SPRM dan polis perlu tunjuk ketelusan dan integriti mereka dengan memanggil anggota kabinet termasuk PM dan TPM.

Kita tidak mahu ianya hanya sekadar menyiasat ke mana dana RM250 juta itu dibelanjakan oleh syarikat NFC..

Semalam SPRM mengumumkan akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat aduan berhubung NFC.Pasukan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Kita juga mahu SPRM menyiasat laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang disalurkan sepenuhnya pada 2008 hingga 2009 namun perjanjian hanya dibuat penghujung 2010.

Nampaknya setakat ini SPRM tidak bersedia meluaskan siasatan kepada anggota kabinet yang terlibat.Seperti ada yang cuba  di sempitkan siasatan hanya kepada NFC dan Shahrizat..

Aduan ke SPRM itu  telah dibuat  oleh beberapa pihak termasuk kelmarin oleh PKR yang membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Shah Alam.

Laporan tersebut menjurus kepada kerugian dialami syarikat NFC yang dimiliki suami Menteri Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan penyelewengan dana RM250 juta yang diberikan kerajaan.

Ianya termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar dan pembiayaan percutian keluarga Shahrizat ke luar negara.

Selain itu, NFC juga sebelum ini didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

Terbaru, keluarga Shahrizat turut didakwa membeli kondominium mewah berharga RM9.9 juta di Singapura, yang turut disyaki menggunakan wang NFC.

Jika amalan ini (tidak menyiasat anggota kabinet terlibat) berterusan, ia adalah berbuatan curang..

No comments:

Post a Comment