ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 December 2011

rakyat johor bakal kena santau merasuk dengan hantu tol MRCB...!!!



Kita  membantah sekeras-kerasnya cadangan kadar tol Lebuh Raya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) sebanyak RM9.10 sehala oleh pemilik konsesi, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Kadar tol yang tinggi itu menjadi beban terutama kepada rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan perlu membelanjakan kira-kira RM18 sehari bagi berulang alik ke negara republik itu.

Ini memberikan keuntungan mega kepada kroni Umno, berpuluh-puluh ribu warga Johor keluar masuk ke Singapura. Adakah mereka perlu menanggung kos tol yang tinggi ini?..

Cadangan kadar tol yang keterlaluan ini akan turut menjejaskan industri pelancongan di Johor Bahru.

Semua ini semata-mata hendak menguntungkan kroninya dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat. Rakyat akan mendapat tambahan beban dari aspek kewangan, dan ia juga melibatkan orang Singapura yang akan berkira-kira masuk ke JB. Walaupun mata wang singapura lebih tinggi, tetapi RM18.20 adalah jumlah yang besar..

Kadar tol yang tinggi itu memberi kesan kepada ekonomi Johor Bahru JB.Paling terkesan ialah pendapatan pemandu teksi Johor Bahru-Singapura yang akan merosot teruk. Kadar tol ini menjadi punca kerana kos minima bagi sebuah kereta bagi perjalanan pergi balik adalah sebanyak RM18.20..

EDL dibina dengan kos RM977 juta sepanjang 8.1 km dari Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bersambung ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) melalui susur keluar Pandan.
Pembinaannya bermula Februari 2008 dan dijangka beroperasi pada Februari 2012.

Kita juga turut mempersoalkan mengapa  pemegangan konsesi selama 34 tahun yang tidak munasabah oleh MRCB. Syarikat itu bakal menerima perolehan berjumlah RM5.647 bilion, sedangkan kos pembinaannya hanya RM1 bilion.

Jika kita ambil RM9.10 bagi sebuah kereta dengan lebih kurang 50,000 kenderaan masuk keluar setiap hari, ini bermakna kutipan tol sehari ialah RM455,000. Dalam sebulan, RM13.8 juta dan setahun RM166 juta (keuntungan)...

No comments:

Post a Comment