ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 December 2011

Salahguna Wang Zakat...Bukti Jamil Khir Khianati Islam ,Orang Miskin Dan Beliau Sememangnya Tidak Amanah ....!!!!

Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan..

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dankita  tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat..

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).

Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.

Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik..

Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat)..

Meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.

Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya..

 

 

penyapu sial

 

Puak-puak UMNO ini sudah sampai ke peringkat maksima mempermainkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Mereka ini sebenarnya bukan memperbodohkan umat Islam tetapi sudah sampai keperingkat main-main dengan peraturan Allah s.w.t.
Kalau inilah bangsa Melayu boleh lagi untuk mengangkatnya menjadi pemimpin, apa nak dikata lagi tunggulah pengajaran yang akan diturunkan oleh Allah s.w.t. kerana janji Allah itu adalah benar

No comments:

Post a Comment