ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 December 2011

pengundi hantu tentukan kerajaan hantu di PRU 13...

 

 

Kita beranggapan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh ‘pengundi hantu’.

Kalau kita tidak bercakap mengenai hantu, kita akan dihantui dengan keputusan pilihan raya yang tidak mencerminkan kehendak rakyat.

Amat bahaya jika cadangan PSC tidak dilaksanakan..Jika ‘pengundi hantu’ itu ditangkap kuasa sebenar adalah pengundi di Sabah dan Sarawak.

Mereka akan tentukan sama ada kita boleh dapatkan angka ajaib - 112 (bagi majoriti di Parlimen)..

Kita mahu apa yang dituntut oleh Jawatankuasa khas Parlimen (PSC) menjadi kenyataan sebelum PRU13 dan biarlah ia berlaku secara adil dan telus.

Undi Sabah dan Sarawak jugalah yang akan membolehkan parti mendapat angka ajaib 112 di Parlimen.

Itu pun jika  rakyat di Sabah dan Sarawak berani membuat perubahan bagi mencari satu kelainan dalam pemerintahan yang akan datang.

Rakyat seharusnya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk parti itu membuktikan kepada rakyat bahawa pentadbiran yang dilaksanakan akan bersikap telus tanpa ada sebarang unsur rasuah serta kroni...

Pakatan Rakyat memang tiada pengalaman dalam mentadbir sebuah kerajaan yang besar tetapi Pakatan Rakyat juga tiada pengalaman dalam mengamalkan rasuah serta kroni dalam pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Kita juga  menyifatkan PRU13 adalah bergantung kepada Umno-Barisan Nasional.Kalau pada pilihanraya 1999 kita melihat pengundi Melayu menjadi penentu, manakala pada 2008 pula era di mana undi kaum Cina pula penentu kepada kebangkitan Pakatan Rakyat.

Tetapi untuk PRU13 ini pula ia bergantung kepada Umno-Barisan Nasional, yang mana pada julung kalinya PSC menuntut agar ada perubahan pada sistem pilihanraya dan ini nyata kerajaan terpaksa mengakui bahawa selama ini jelas wujud kelemahan di dalam sistem pilihanraya di negara ini..

Rakyat sekarang tidak kira apa jua kaum sedang menunggu adakah kerajaan sanggup melakukan perubahan seperti mana yang dituntut oleh PCS.

Perkara pokok yang perlu dilaksanakan sekarang ialah daftar pemilih yang meragukan itu perlu dibersihkan.

Dan di dalam waktu yang sama sebuah Suruhanjaya Siasatan perlu dilakukan untuk menyiasat SPR dan JPN yang sudah tercemar dengan pelbagai konspirasi dan salah-laku.

Yang bersalah perlu didakwa dan dihukum seadil-adilnya sebelum rakyat bangkit secara menyeluruh menuntut kebenaran dan keadilan dilaksanakan.

Kalau menang Pilihanraya pun  gunakan pengundi hantu,apa gunanya itu sebabnya kerajaan jadi Kerajaan Hantu.Apa yang diharapkan dari Kerajaan Hantu?

No comments:

Post a Comment