Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
26 December 2012
7 Perkara Momokan UMNO takutkan rakyat....tetapi rakyat bukan bodoh sangat untuk menilainya
Tujuh perkara ini diasak betul-betul kepada rakyat terutamanya yang tidak begitu celik IT dan warga tua di kampung-kampung. Mereka yang menerima pandangan hanya dari satu lorong (one way) dan tidak mempunyai otak kreatif terus mempercayainya.
Cuba sama-sama kita renung dan kaji tujuh perkara ini sejauh manakah kebenaran dan kesahihannya. Saya akan membuat matemetik politik berhubung perkara ini dengan memberi jawaban seringkas mungkin.
Tujuh perkara itu ialah;
Konon sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ke-13 ini negara akan jadi huruhara.
Kononnya akan berlaku huruhara sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bentuk huruhara yang diuar-uarkan kepada rakyat kononnnya akan berlaku situasi perbalahan kaum seperti 13 Mei 1969. Mari kita tanya siapakah yang akan mencetuskan keadaan itu kalau ia benar berlaku? Apakah orang Cina, atau orang Melayu atau orang India? Di pihak Pakatan Rakyat pasti tidak akan memulakan kerana mereka suka kerana menang. Jadi potensi kalau berlaku yang akan memulakan ialah pihak yang membuat momokan itu.
Sehubungan itu disebarkan kononnya tentera akan mengambil alih kerajaan ini kalau Pakatan menang. Kenapa? Apakah tentera tidak menghormati kepada demokrasi? Sediakan tentera untuk mengambil tindakan demikain. Di sinilah jelas pihak yang membuat spekulasi itu hanya menuduh semata-mata bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengundi Pakatan Rakyat. Tentera boleh mengambil alih kerajaan kalau kerajaan tidak stabil dan berlaku huruhara.
Ternyata juga pihak yang membuat isu berfikiran jahat, dengki dan tidak boleh menerima hakikat berlaku perubahan hatta pun untuk kebaikan rakyat.
PAS menjadi alat kepada DAP.
PAS menjadi sasaran dituduh sebagai alat DAP. Pihak yang membuat tuduhan itu telah merendah-rendahkan martabat para pemimpin PAS. Mereka mengira pemimpin PAS budak-budak yang tidak ada prinsip. Tuduhan ini asalnya datang dari beberapa pemimpin PAS sendiri yang tidak dapat 'menguah' dan popular dari kalangan ahli PAS kerana kesongsangan politik mereka.
PAS sebagai sebuah parti berwibawa ia mempunyai perlembagaan tubuhnya. PAS berpegang kepada perlembagaan yang dikonsepkan dari ajaran al Quran, Hadith, Qias ulama dan ijtihad pemimpin. Sesiapa pun tidak boleh memperalatkan PAS kerana ia ada perlembagaan. Seperkara lagi yang membuat keputusan didalam PAS ialah ahlinya bukan saja segelintir pemimpin. PAS ada muktamar dan persidangannya bagi menentukan hala tujuan dan matlamatnya. PAS dipancu secara jemaah bukan individu apa lagi otokrasi.
Tuduhan begitu adalah datang dari mereka yang tidak tahu kaedah atau memahami apa itu pertubuhan dan organisasi.
Anwar akan jual Malaysia kepada Yahudi atau kuasa asing.
Kononnya kalau Pakatan Rakyat menang dan Anwar jadi PM, negara ini akan menjadi milik kuasa asing, Amerika dan Yahudi. Negara asing akan memerintah negara ini. Ini juga tuduhan dangkal dan tidak berasas. Mereka yang membuat tuduhan ini sekali lagi tidak tahu konsep sesebuah negara dibangunkan secara demokrasi. Kalau benar Anwar ada bermaksud begitu ia tidak semudah untuk menjual anak kucing. Dalam Pakatan Rakyat ada PAS dan DAP. Peraturan demokrasi dan semangat pakatan ini kena fahami.
Dakyah dan fitnah itu boleh dilihat kepada perjuangan Anwar kini. Kalau Anwar ingin menjualkan negara ini kepada kuasa asing beliau tidak akan mempertahankan prinsipnya semasa dalam BN dulu. Beliau ikut kehendak Mahathir termasuk membenarkan wang negara dirompak dan disamun semewahnya oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Orang yang mempertahankan hak negara, prinsip bangsa dan maruah tanah air tidak akan berbuat demikian.Sekali lagi dinyatakan rakan Pakatan Rakyat PAS terutamanya tidak akan membenarkannya.
Negara akan bankrup.
Negara ini akan bankrup sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Ini dirujukkan kepada beberapa polisi dan dasar membantu rakyat yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat seperti mana terkandung dalam Buku Jingga. Antara perancangan kerajaan itu termasuk, menghapuskan tol di lebuh raya, menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar cukai harga kereta, memberi tambahan 15% royalti petroleum kepada negeri-negeri yang menghasilkan minyak dan gas.
Penurunan kadar itu bagi meringan beban rakyat, ia dibuat dari formula dengan menghapuskan rasuah dan memansuhkan bayaran-bayaran yang tidak sepatutnya. Ironisnya kalau segala pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini tidak pula dianggap sebagai bankrup. Perhatikan betapa banyak wang negara dibazirkan artau pun digunakan tidak pada tempatnya. Penyelewengan, rasuah dan bayaran-bayaran tidak wajar berlaku itu semua merugikan negara.
Jelas ia hanya tuduhan semata-mata bagi mencerminkan kelemahan dan kebobrokan kerajaan Pakatan Rakyat. Walhal yang sudah terbukti menyeleweng, samun harta rakyat dan khianat ke atas rakyat dan negara ialah pemimpin kerajaan hari ini.
Ini boleh dirujukan kepada berbagai skandal berlaku yang melibatkan wang rakyat dan negara mengalami kerugian berbillion ringgit. Contoh paling baru ialah bagaimana projek lembu gemuk (NFC) wang rakyat dimanipulasikan untuk kepentingan individu.
Pembangkang tidak ada pengalaman.
Pihak parti kerajaan selalu menguar-uarkan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah kerana mereka tidak ada pengalaman. Ini hujah yang cetek dan naif sekali. Hujah kebudak-budakan. Memang Pakatan Rakyat tidak ada pengalaman dalam soal ini kerana belum pernah menjadi kerajaan. Kalau orang yang berpendapat demikian cerdik dan tidak 'ssumbat' dan masuk air dia tidak akan tergamak memberi hujah demikian. Macam mana Pakatan Rakyat mempunyai pengalaman sebab belum memerintah. Hal yang sama juga berlaku kepada BN dulu, sebelum tahun 1971 ia juga tidak ada pengalaman. Dan Umno sendiri asalnya tidak pun wujud, ia diwujudkan kemudian. Umno semasa mula menjadi kerajaan tidak ada pengalaman dan mereka dibimbing oleh British.
Pengalaman akan ada apabila ia menjadi kerajaan. Setelah itu baru dapat diukur ada pengalaman mampu atau tidak. Pandangan atau panduan awal boleh dibuat ke atas empat kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ketika ini; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Baru empat tahun (kecuali Kelantan) Pakatan Rakyat memerintah sudah nampak perubahan positif sekurang-kurang dari aspek kemanusian dan integriti. Ia boleh disaksi sendiri. Jangan saksi atau baca butiran dan dakyah dilemparkan menerusi media massa tetapi cuba selidik sendiri.
Pencapaian dari segi ketelusan (integriti) kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri-negeri lain. Misalnya Kelantan dalam keadaan ditekan dan dihindik namun negeri itu masih berjaya membawa rakyat selari dengan negeri-negeri lain, sebaliknya pembangunan dari segi rohanian dan kemanusiaan Kelantan mendahului negeri-negeri diperintah oleh BN. Hutang kerajaan Kelantan dengan federal jauh lebih rendah berbanding dengan Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan lain-lain.
Pembangkang tidak tunai janji.
Ini satu lagi tuduhan dangkal dan kurang cerik. Apabila BN melaungkan slogan "Janji ditepai" mereka menuduh pembangkang tidak menunaikan janji. Ini dirujuk kepada manifesto pilihan raya dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Contoh diambil ialah Selangor. Jikalau manifesto yang dirujuk, bukan saja Pakatan Rakyat tidak menunaikan janji tetapi BN juga banyak janji-janji yang diikrarkan dalam manifesto tidak ditunaikan.
Orang yang sihat akan dapat berfikir kenapa janji manifesto itu tidak ditunai semuanya, sebabnya Pakatan Rakyat tidak berjaya membentuk kerajaan Pusat. Sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Malaysia semua janji itu akan dipenuhi kerana sebahagian besar janji perlu dilaksanakan bila kewangan mencukupi. Sesetengah bukan kerajaan Pakatan Rakya sengaja tidak mahu laksanakan tetapi terhalang disebabkan perbezaan kerajaan. Contohnya kerajaan Kelantan tidak dapat untuk merancakkan industeri berat kerana tidak ada kelulusan dan kerjasama dari kerajaan Pusat yang memegang atau berkuasa ke atas bidang-bidang tertentu.
Malaysia akan jadi seperti Singapura.
Tuduhan ini juga merupakan imiginasi yang tidak berasas sama sekali. Kononya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia akan jadi seperti Singapura... orang Melayu tidak akan berkuasa dan Islam tidak akan berdaulat. Hujah yang digunakan kononnya DAP akan mengubah corak pemerintahan Malaysia ke arah republik dan liberal tanpa menjadikan bangsa dan agama sebagai asasnya. Tuduhan ini satu fitnah besar yang datang dari orang yang tidak mendapat pendidikan secara teratur.
Kebimbangan seperti ini seharusnya tidak timbul kalau mereka - si penuduh mengenali sejarah bagaimana nasib dan apa yang berlaku ke atas Singapura dahulu. Siapa yang menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Apakah orang itu kini berada didalam Pakatan Rakyat? Tuduhan atau anggapan demikian oleh Umno seperti meludah ke muka sendiri. Apa yang menimpa ke atas Singapura tetap dijadikan azimat dan iktibar bukan saja kepada Melayu tetapi Cina juga.
Kalau takdirlah DAP berhasrat menjadikan Malaysia seperti Singapura, apakah parti itu cukup kuat dan berkuasa? Dan apakah Melayu di dalam Umno akan hanya melihat saja tatkala Melayu dan Islam di dalam Pakatan Rakyat bangkit mempertahankan kehendak DAP itu? Kalau itulah berlaku maka jelas yang ada hasrat untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura adalah Melayu di dalam Umno. Perlu diketahui Malaysia tidak boleh dijadikan seperti Singapura selagi perlembagaan tidak dirombak... sedangkan untuk merombak perlembagaan orang Cina memerlukan 2/3 kuasa di parlimen. Juga bukan semudah itu kerana ada bab-bab tertentu di dalam perlembagaan negara ianya tidak boleh diubah meskipun ada kuasa 2/3.
Itulah di antara tujuh perkara yang dijaja oleh UBN untuk mengabui mata rakyat agar tidak menyokong Pakatan Rakyat. Kesemua tuduhan itu direkacipta yang terbit dari ilusi rasa gerun dan takut UBN kepada kemampuan Pakatan Rakyat. Sebenarnya selain dari tujuh perkara itu ada beberapa perkara lagi yang ditimbul dan dimainkan untuk mengelirukan rakyat.
-
transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan....!!!! - Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai...12 years ago
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...16 years ago
-
-
awas bahaya di musim banjir....Lintah masuk kemaluan...!!! - Yusrina (kiri) bersama ibunya semasa dirawat di Wad Anggerik, HRPZII, semalam. Muhammad Luqman Haziq (kanan) dipeluk ibunya di HRPZII, semalam. KOTA BHA...11 years ago
-
Tarbiyyah Menjelang Ramadhan.. - ALHAMDULILLAH, Saat ini kita telah memasuki bulan rajab yang termasuk salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT: إِنَّ عِدَّةَ الشُّ...16 years ago
-
Big joke from blind fools...Umno delegate defends Rosmah’s use of government jet - The use of a government jet by Datin Seri Rosmah Mansor for an official trip should not be questioned as it involved her security, said Federal Territ...11 years ago
-
life of aku - [image: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket] *لايؤمن أحدكم حتى يحب * *لأخيه ما يحب لنفسه * *Jagalah Persahabatan Kamu Sepertimana Kamu Menjag...16 years ago
-
Orang Melayu terancam, 'Hate Speech' G/Eng & .. - *1. Dasar berbaur liberal: Hak Melayu terancam March 9, 2023 * *Mohd Zai Mustafa* KUALA LUMPUR: Nasib ekonomi dan hak orang Melayu semakin terabai dan te...1 day ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ - ________________ ETCサービスをご利用のお客様へ: インフォメーションMAIL ________________ 平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます 今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました 本人操作確認するため為、一時使用制限を...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...4 years ago
-
Budak2 Melayu Sekarang.... - Tengahari semalam memenuhi jemputan walimatul urus kawan Varsity pramugari gua. Pramugari gua pi amik air dan booking tempat duduk, gua beratur nak ambil ...4 years ago
-
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON - *Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.* Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah per...6 years ago
-
-
PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu - Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-...6 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...9 years ago
-
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16...9 years ago
-
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...11 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...2 years ago
-
Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan ! - *Isu patung* yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timba...8 years ago
-
-
Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote - oleh AnakKedah007 Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC ...8 years ago
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
PR mampu pimpin negara - KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan neg...12 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...13 years ago
-
-
-
Kalau dah cam tu, jgn Bagii parti lain ujud selain umgok tu. Boleh la ko joli sakan duit rakyat tanpa gangguan
ReplyDelete