ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 December 2012

kroni UMNO cuba menghalalkan rompakan ke atas poket rakyat....Kontraktor AES cabar arahan Majlis Perbandaran Sepang di mahkama

Beta Tegap Sdn Bhd, salah sebuah syarikat yang menerima kontrak pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), mencabar arahan Majlis Perbandaran Sepang di mahkamah supaya membuka dua kamera perangkap laju itu yang dipasang di Selangor.

“Permohonan semakan kehakiman akan didengar pada 14 Februari,” kata seorang peguam pemegang konsesi tersebut, Alex De Silva, 

Pihak Berkuasa Tempatan Sepang dalam surat bertarikh 6 Disember mengarahkan Beta Tegap membuka dua kamera yang dipasang di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan dalam tempoh 14 hari.

Beta Tegap cuba untuk membuktikan phak berkuasa tempatan tidak mempunyai bidang kuasa di dua lebuh raya tersebut, tetapi kedudukan undang-undang syarikat mungkin akan akan dibangkitkan kerana ia adalah sebuah syarikat swasta yang memasang kamera tersebut, manakala saman trafik dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mana dianggap pihak berkuasa sah untuk mengeluarkan apa-apa cabaran terhadap undang-undang.

Peguam Negara (AGC) sudah mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman AES dihentikan untuk mengkaji isu undang-undang yang dibangkitkan walaupun ia berkata saman tersebut masih sah.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini mengakui kenyataan AGC itu sebagai “undang-undang yang betul” tetapi menegaskan “tidak perlu kelewatan dalam meletakkan pengakhiran kepada kaedah kotor ini yang membenarkan dua syarikat kroni BN untuk mengaut keuntungan berdasarkan komisen dikenakan ke atas setiap saman trafik yang kelihatan seperti penguatkuasa untuk mengurangkan kemalangan”.

Kelmarin di laporkan  Putrajaya  akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.

Difahamkan bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha merupakan salah seorang daripada beberapa menteri yang mempertahankan pelaksanaan AES.

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan "

Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.

Sumber lain berkata kerajaan mahu memastikan AES akan membantu memastikan pemandu mengikut had laju sepanjang perjalanan mereka dan bukannya hanya di kawasan-kawasan di mana kamera tersebut diletakkan.

“Sistem ini bertujuan untuk menguatkuasakan had laju dan memastikan keselamatan jalan raya,” katanya.

 

 

penypu sial

 

Beta Tegap  mengelupur kepanasan hanya  kerana  2 kamera untuk  di  hapuskan  seperti yang diarahkan, jadi tidak boleh "cari makan"? atau  untuk memberi makan  komisen  kepada perasuah  yang sedia mengangga mulut untuk di suapkan.

Mengapa tidak untuk setiap satu kilometer mereka (polis, JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan) meletakkan satu kamera. Kemudian anda akan membuat lebih banyak wang untuk syarikat-syarikat kroni kerana setiap kenderaan  akan menerima pelbagai saman .

kemudiaan biarkan setiap syarikat kroni meletakkan kamera  di jalan-jalan kampung  tentu lagi masyukkkk punya...!!!

Menteri Pengangkutan tterus senyap ... nampaknya dia mempunyai kepentingan dalam projek  kotor ini untuk mengumpul wang tanpa usaha.

Menteri-menteri BN, dan AG, hanyalah  sekumpulan monyet yang berjalan di sekitarnya, mempunyai idea melaksanakan satu skim yang tidak betul pemikirannya. Bagaimana ini  membolehkan  mereka untuk terus memerintah negara? Semua yang mereka fikirkan adalah bagaimana untuk menjadikan kroni mereka kaya.

No comments:

Post a Comment