Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
14 March 2013
sandiwara kerajaan UMNO memperlekehkan pasukan keselamatan.....!!!!
Di hari pertama lagi ketika Zahid Hamidi tampil bersama Hishamuddin Hussein memberi sidang akhbar melaporkan perkembangan tragedi pencerobohan di Lahad Datu saya memerhati kredibiliti dan relevansi beliau dalam sidang akhbar itu.
Zahid khasnya cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa dan digeruni serta prihatin. Setidak-tidaknya secanggih kapal salam Scorpene.
Cara dia bercakap dan mimik muka yang dipamerkan di skrin tv seakan dia serius, bukan main-main. Zahid menanggalkan iras yang muka selamba dan hemah. Sememangnya didalam situasi sebegitu seorang menteri pertahanan seperti dia harus serius dan mencermin semangat juang yang tinggi. Perang bukan boleh main-main. Perang bukan pemilihan jawatan dalam Umno.
Selepas selesai menteri memberi laporan dengan mengutik political mileage daripadanya, sidang itu akan diteruskan pula oleh Ketua Polis Negara, Ismail Omar dan Ketua Turus Angkatan Tentera, Zulkefi Mohd Zain. Sama juga dengan dua menteri itu, penampilan kedua orang besar keselamatan ini tidak begitu licin dan tidak memberi jawaban yang tepat kepada pertanyaan wartawan. Tersekat-sekat macam bulldozer menaiki bukit.
Sidang akhbar itu disiarkan secara live oleh stesen tv, kononnya kerana ingin memberi maklumat terus dan segera kepada rakyat. Setiap tiga atau empat jam sekali, penonton tv berkenaan akan membawa mata orang ramai ke skrin tv mereka mengikut perkembangan di Sabah.
Sekali ingat, sidang media itu seperti siaran langsung (telecast) stesen tv pengampu yang menyiarkan lintas langsung semasa perhimpunan agung Umno. Selepas presiden menyampaikan ucapan dasar ia akan diulas oleh seorang pengulas politik dan disiarkan secara langsung. Menerusi ulasan pengulas bertaraf Prof yang memiliki sijil berjela-jela itu akan memuji ucapan presiden. Mengangkat presiden ke langit hijau. Seolah dari ayat pertama ucapan itu hingga ke ayat akhir, semuanya betul dan bernas. Pengulas dari golongan akademik ini melihat presiden Umnolah yang betul semuanya.
Timbul pertanyaan perlukah pihak keselamatan mengadakan sidang media untuk memberi maklumat mengenai pencerobohan itu? Mungkin sidang media perlu, kerana media dan rakyat mahu maklumat yang sahih atau rasmi. Tetapi mengadakan lintas langsung mempamirkan bagaimana wartawan menyoal menteri dan pegawai tinggi keselamatan, sesuatu yang tidak wajar. Apa lagi ada menteri atau pegawai tinggi keselamatan tergaru-garu hidung dan perut kelihatan semput, turun naik macam ombak di Lautan Sulu untuk menjawab soalan wartawan.
Satu perkara yang jelas kita nampak mereka tidak biasa berdepan dengan wartawan yang jauh lebih advance segala maklumat berbanding dengan mereka. Wartawan yang dihantar ke Felda Sahabat itu khususnya dari media asing bukan calang-calang. Mereka bukan seperti wartawan Malaysia yang suka menerima sampul berduit atau seronok terlompat-lompat macam lotong bila ada menteri atau PM ajak makan malam.
Paling buruk ada pegawai tinggi polis meninggi suara apabila gagal atau tidak boleh menjawab soalan wartawan kononnya atas dalih keselamatan dan strategi. Tidakkah gambaran atau aksi itu menyebabkan penonton akan hilang rasa hormat kepada polis? Jadi eloklah kalau sidang media yang dibawa secara langsung itu tidak diadakan lagi.
Berbalik kepada tindakan Zahid yang menasihat dan memberi amaran agar jangan ada orang memperlekeh dan memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan dan meminta rakyat bersatu padu berkali-kali itu ia menjadi tanda tanya. Siapakah yang memperkecil-kecil dan memperlekehkan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan kita?
Zahid tidak patut mengulangi perkara yang boleh ditafsirkan sebagai negatif itu. Bila beliau memfokuskan kepada itu seolah-olah ada orang atau pihak yang memperkecilkan pasukan keselamatan. Beliau tidak memberi gambaran spesifik mengenai hal itu dan hanya secara umum. Rasanya semua orang bencikan kepada perang, pembunuhan dan juga pembohongan. Elok Zahid mendedahkan mereka yang memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan itu. Kalau perlu tangkap dan dakwa mereka yang jelas tidak mempunyai tanggungjawab ke atas negara.
Nampaknya cara menangani dan melawan pencerobohan di Lahad Datu ada sedikit kelam kabut. Pasukan keselamatan seakan buntu untuk bertindak. Mulanya ia diserah kepada polis kemudian dipanggil askar, untuk bergabung atas nama Strategi Lautan Biru melawan penceroboh. Di sini jelas awal-awal lagi kelemahan pasukan keselamatan, risik tentera dan juga SB Polis lansung tak boleh pakai kerana tidak dapat mengagak dan membaca kekuatan musuh.
Kelam kabut dikatakan kerana tragedi itu tidak dirisik secara terperinci. Sebagai risik mereka seharusnya mendapat maklumat terperinci sebelum bertindak memasuki kawasan musuh atau bersedia untuk menerima tentangan musuh. Laporan dari risikan kedua pasukan itu hendaklah dinilai dan dikaji sebaik mungkin. Tetapi kerana tanggungjawab ini diabaikan maka berlakulah apa yang sudah berlaku itu.
Barang kali benar kata bekas Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid kegagalan agensi perisikan negara mengesan pencerobohan itu menyebabkan berlaku banyak kehilangan nyawa. Katanya jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan.
Beliau juga menyebut perisikan tentera tidak berfungsi sehinggakan mereka yang masuk tidak diketahui. Ini semua katanya disebabkan unit risikan telah disalah gunakan, bukan untuk merisik untuk keselamatan negara tetapi digunakan untuk kepentingan orang-orang politik tertentu.
Bila menyebut perkara ini teringat kita kepada seorang pegawai askar yang berkhidmat di Mindef, di mana seorang pegawai menghabiskan masanya sepanjang minggu bukan di Mindef tetapi di Bagan Dato’. Menghadiri majlis-majlis politik dianjurkan oleh Zahid.
Maklumat ini tidak boleh ditolak begitu saja dan dianggap fitnah. Kalau ketua mereka Zulkefli Zainal Zain boleh berada dalam “khemah Umno”, menghadiri program politik Najib di Kelantan, tentu mereka (pegawai Mindef) itu berfikir kenapa tidak dengan dia juga. Dia juga boleh hadir di Bagan Dato”?
Sebenarnya peranan perisikan atau dikenali dengan MIO ini sudah lama disalah gunakan. Ia bukan saja untuk memastikan orang politik menang tetapi MIO juga membuat risikan dan kerja untuk memenangkan mana-mana orang Umno dalam perhimpunan agung Umno. Keadaan inilah apa yang dimaksudkan Ghafir tadi bahawa perisikan askar telah tidak berfungsi sebagai betul.
Hal atau perkara ini sepatutnya ditegur dan dipantau oleh Zahid. Kalau dia boleh menegur pegawai tentera yang asyik dengan kayu golf, kenapa beliau tidak menegur pegawai-pegawai tertentu yang asyik keluar masuk pejabat orang politik? Boleh jadi juga tindakan beberapa orang pegawai tinggi tentera mengambil sikap terbuka menentang kerajaan dan menyokong Pakatan Rakyat kerana cuak dan tidak tahan dengan keadaan sebegini.
Dalam wawancara dengan televisyen seperti dilaporkan, Zahid menekan supaya rakyat tidak memperlekehkan pasukan keselamatan, khasnya ATM dan hendaklah bersatu memberi sokongan. Menyeru memang mudah, melaksanakan sangatlah payah. Saya mengira kata-kata itu hanya retorik saja bukan lahir dari dhamir yang ikhlas.
Kalau benar Zahid mahukan rakyat bersatu padu dan semua pihak terlibat memberi semangat dan sokongan, beliau harus membuka bilik gerakan perang di Lahad Datu untuk sama dikunjungi pemimpin pembangkang bagi mendapat taklimat. Untuk negara rasanya ia bukan dosa besar. Atau beliau atas sifatnya sebagai menteri pertahanan dan naib presiden Umno boleh mengadakan majlis khas untuk memberi taklimat kepada pimpinan pembangkang mengenai tragedi di Lahad Datu itu.
Kalau Najib takut untuk memanggil sidang khas parlimen, cara lain boleh dilakukan. Soalnya kini Zahid hanya tahu berkata-kata tetapi tidak tahu berbuat. Dia hanya pandai menanam tebu dibibir mulut saja untuk mempesonakan rakyat?
Tidak timbul rakyat tidak memberi sokongan. Apa yang perlu diperbetulkan persepsi orang ramai terhadap tragedi itu. Dengan tidak telusnya penjelasan berhubung kejadian itu serta ada unsur-unsur untuk melindungi fakta menyebabkan orang ramai kebingungan dan jadi keliru. Kekeliruan inilah mungkin ada yang berfikir siapakah yang benar dalam soal ini?
Kita percaya kalau rakyat diberi tahu apa yang sebenar, dan dedahkan maklumat secara profesional, bukan saja rakyat akan bersatu memberi sokongan moral, tetapi kalau dikerah untuk menjadi pagar kepada pasukan keselamatan di Lahad Datu pun mereka bersedia. Sebab tanggungjawab menjaga tanah air adalah satu cabang penting bukti seseorang itu berimam. Mereka yang tidak beriman saja yang akan mengkhianati negara, bangsa dan menghina agamanya siang malam, malam siang.
Di sini kita nak cabar Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan, pergilah tidur di Felda Sahabat 16 atau 17 atau Sahabat 1 atau 2, hatta sekerat hari saja. Dulu katanya tidur di rumah peneroka sebagai satu kegiatannya. Nah teruskan tradisi anda
-
transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan....!!!! - Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai...12 years ago
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...16 years ago
-
-
awas bahaya di musim banjir....Lintah masuk kemaluan...!!! - Yusrina (kiri) bersama ibunya semasa dirawat di Wad Anggerik, HRPZII, semalam. Muhammad Luqman Haziq (kanan) dipeluk ibunya di HRPZII, semalam. KOTA BHA...11 years ago
-
Tarbiyyah Menjelang Ramadhan.. - ALHAMDULILLAH, Saat ini kita telah memasuki bulan rajab yang termasuk salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT: إِنَّ عِدَّةَ الشُّ...16 years ago
-
Big joke from blind fools...Umno delegate defends Rosmah’s use of government jet - The use of a government jet by Datin Seri Rosmah Mansor for an official trip should not be questioned as it involved her security, said Federal Territ...11 years ago
-
life of aku - [image: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket] *لايؤمن أحدكم حتى يحب * *لأخيه ما يحب لنفسه * *Jagalah Persahabatan Kamu Sepertimana Kamu Menjag...16 years ago
-
Presiden PAS kupas isu Syria, balah mazhab & gangguan seksual UM.. - *Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulas perkembangan isu Syria pada Liqa' Fikri PAS Pusat di Bandar Baru Bangi, 14 Disember lalu. (F...4 hours ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ - ________________ ETCサービスをご利用のお客様へ: インフォメーションMAIL ________________ 平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます 今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました 本人操作確認するため為、一時使用制限を...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...4 years ago
-
Budak2 Melayu Sekarang.... - Tengahari semalam memenuhi jemputan walimatul urus kawan Varsity pramugari gua. Pramugari gua pi amik air dan booking tempat duduk, gua beratur nak ambil ...4 years ago
-
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON - *Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.* Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah per...6 years ago
-
-
PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu - Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-...6 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...9 years ago
-
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16...9 years ago
-
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...11 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...2 years ago
-
Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan ! - *Isu patung* yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timba...8 years ago
-
-
Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote - oleh AnakKedah007 Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC ...8 years ago
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
PR mampu pimpin negara - KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan neg...12 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment