ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 March 2013

utusan di timpa musibah dan haramjadah....ABIM fail saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Melayu

 

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berhubung penyiaran artikel oleh akhbar itu pada 8 Feb lepas.

Presiden Abim, Amidi Abdul Manan sebagai plaintif memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Anwar Ismail & Associate di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Amidi menamakan Utusan Melayu dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti wartawannya Lukman Ismail sebagai defendan ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Amidi mendakwa artikel berjudul ‘Pas Benarkan Tarian Lucah, ABIM Hina Isteri Rasullulah’ yang diterbitkan pada 8 Feb lalu adalah berniat untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat pertubuhan itu.

Beliau mendakwa artikel itu membawa maksud bahawa Abim merupakan pertubuhan Islam yang jahat, tidak berintegriti dan pertubuhan yang tidak boleh dipercayai dan tiada kredibiliti.

Dalam writ saman itu, Amidi menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan, injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah serta kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. — Bernama