ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 April 2010

Balasan Allah SWT agaknya....akibat polis semakin jahat....imej sendiri menerima padah....!!!



Polis Terengganu kini menjalankan siasatan terhadap tujuh anggotanya yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

Ketua Polis Terengganu SAC I Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan membabitkan tiga anggota daripada pasukan polis marin, dua dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan dua lagi anggota dari Balai Polis Gong Badak.

"Sampel air kencing kesemua anggota polis berkenaan sedang disaring dan sekiranya didapati positif tindakan sewajarnya akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menyertai Karnival PDRM Bersama Masyarakat Besut yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh di Besut hari ini.


Kisah polis Terengganu di atas mengingatkan kita tentang seorang anggotanya yang menembak secara rambang ke arah Suwandi dan Azman menyebabkan kedua-duanya terlantar di hospital dan anehnya undang-undang dipergunakan unuk menyalah Suwandi dan Azman manakala polis yang menembak, Wan Aziz Wan Omar, lepas bebas.

Di mahkamah anggota polis tersebut membuat pengakuan, beliau tidak pernah sembahyang dan minum arak sekali-sekala sekalipun di luar pejabat.

kini lebih ramai anggota polis yang dikesan tidak bermoral dan berdisiplin, malah terlibat dengan penagihan dadah.

Media dan blogger sering dibidas oleh polis kononnya mencemarkan nama mereka sedangkan yang mencemarkan nama pasukan PDRM tidak lain dari anggotanya sendiri



19/1/2010.....Penembak Suwandi dan Azman Mengaku Tak Pernah Solat


Saya tidak pernah solat!" Itulah antara jawapan yang diberikan oleh Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar (Gambar) antara saksi utama Tragedi Berdarah Batu Buruk, semalam.

Wan Aziz Wan Omar adalah anggota polis berpangkat Konstabel ketika itu yang melepaskan tembakan dan mengenai Suwandi dan Azman yang sedang dibicarakan. Sebelum itu Wan Aziz menjawab pertanyaan peguambela yang bertanyakan apakah dia tidak bersolat Maghrib memandangkan dia berada di tempat kejadian sejak petang.

Wan Aziz juga membuat pengakuan bahawa dia seorang peminum arak. Bagaimanapun dia mengaku melakukan perbuatan tersebut diluar waktu bertugas.

Dalam tragedi 2 tahun lalu itu, Suwandi mendakwa beliau telah ditembak secara berdepan oleh Wan Aziz, yang berlari dan kemudian berpusing untuk melepaskan tembakan kearahnya. Bagaimanapun, Wan Aziz mendakwa, beliau terjatuh dan ketika itu melepaskan tembakan.

Menurut salah seorang pasukan peguambela Mohd Kamaruzaman Wahab, beliau yakin kes ini dapat dimenangi nanti, insyaAllah. -amdang81

No comments:

Post a Comment