ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 April 2010

PENGHUNI FELDA.....PENGUNDI TOTOK YANG MASIH TAKUT DENGAN UGUTAN DAN JANJI MANIS BARISAN NAJIS

MARI KITA SELAMATKAN PENGHUNI FELDA INI


SETUJU atau tidak, kita mungkin terpaksa akui betapa kita masih belum berkesan di dalam menarik sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu terutamanya di Felda. Tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa penduduk-penduduk di Felda ini seperti terkongkong pemikiran mereka umpama berada di dalam dunia yang asing. Mereka tidak boleh disalahkan seratus peratus sekiranya mereka gagal memahami agenda perjuangan PR.

Kita masih bernasib baik kerana pengundi-pengundi di felda ini tidak menggunakan kaedah mengundi pos sebagaimana warga tentera atau Polis walaupun kebebasan berpolitik seperti dikawal. Mereka seolah-olah tidak bebas atau takut untuk mengundi PR sebagaimana yang berlaku di dalam tentera dan Polis. Mereka mengundi seperti kita semua juga, tetapi mengapa kita lihat begitu sukar untuk mereka memilih kita sedangkan mereka sedar kehidupan mereka tidak sesempurna mana.

Adakah kita tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan mereka bahawa kita mampu mengubah nasib mereka? Atau, mungkin kita telah lakukan untuk kebaikan masa depan mereka cumanya kita terlewat untuk bertindak? Cukupkah apa yang telah kita lakukan di dalam perancangan dan aktiviti kita untuk mendekati dan merakyatkan penghuni felda ini?

Itu semua mungkin akan difikirkan oleh pimpinan kita di dalam merumus segala masalah dan faktor-faktor mengapa golongan ini seolah-olah tidak berani mendampingi perjuangan kita. Masa belum terlambat lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Semua penghuni di felda amat memerlukan kehadiran kita untuk membantu mereka agar lebih terbuka mindanya menerima perubahan. Kita tidak boleh biarkan mereka sentiasa diperkotak-katikkan oleh Umno/Bn. Mereka orang Melayu yang perlu dibebaskan dari kongkongan Umno/Bn.

Tamatnya pilihanraya di Hulu Selangor ini tidak bererti tamatnya riwayat atau pengaruh Apco. Selagi Umno/Bn masih wujud, selagi itulah kita wajib berjuang. Bebaskan negara ini dari pengaruh mereka agar keadilan dapat terus dinikmati bersama. Teruskan usaha kita bersama, jangan menuding jari kepada sesiapa sebaliknya merenung kembali apa yang kurang kita lakukan khususnya kepada penghuni-penghuni felda ini. InsyaAllah, suatu hari nanti golongan ini akan lebih terbuka minda mereka dan akan lahirlah peneroka felda yang bijaksana


WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment