ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

29 April 2010

utusan meloya merapu.........Jangan hanya pandai tuduh orang lain beli undi

Kalau hendak dikatakan trend di kalangan pemimpin pembangkang menghamburkan tuduhan-tuduhan melulu setiap kali tewas pada mana-mana pilihan raya, mungkin ada benarnya.

Tetapi Barisan Nasional (BN) kena mengambil sikap bertenang dalam menerima ‘lontaran batu-batu’ itu daripada pembangkang.

Jangan diikut rentak dan gaya politik pembangkang yang tidak boleh terima kekalahan. Apabila tewas maka bermacam-macam cerita rekaan akan keluar. Inilah hakikat yang berlaku sekarang selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahannya tetapi mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih. Beliau mendakwa, BN menang kerana membeli sokongan pengundi di kawasan itu.

Pemimpin pakatan pembangkang dakwa BN guna dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen itu.

Tuduhan yang dilakukan oleh PKR itu adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat. Kalau pemimpin-pemimpin BN berani seperti pemimpin pembangkang, mereka juga boleh mengambil tindakan saman atas dakwaan itu.

Tetapi kita percaya pemimpin BN tidak kalut hingga perlu ambil tindakan sedemikian.

Barangkali penjelasan Perdana Menteri sudah cukup menepis tuduhan itu. Apa yang dilakukan dalam kempen pilihan raya kecil itu, kerajaan tidak membeli undi tetapi menyelesaikan masalah sebenar rakyat yang tidak ditangani dalam sesuatu tempoh masa yang lama.

Ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk Hulu Selangor. Contohnya projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya. orang ramai mahukan projek itu dan ia dilaksanakan oleh PLUS (PLUS Expressways Bhd), bukannya dana awam.

Tak cukup dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga ada pendedahannya.

Kita mungkin tertanya-tanya kenapa PKR mengagihkan wang RM200 selain barangan keperluan seperti beras kepada beberapa pengundi di kawasan berkenaan, kalau bukan beli undi namanya?

Kerajaan negeri juga melakukan pelbagai cara untuk menarik pengundi sehingga mengagihkan borang 5A iaitu borang untuk memohon tanah. Tetapi ada syaratnya, kalau PKR kalah, borang 5A akan ditarik balik dan tanah tidak akan diberikan kepada rakyat.

Kepada pemilik premis perniagaan yang tidak diduduki misalnya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, kerajaan negeri dikatakan membuat keputusan mengecualikan bayaran cukai pintu.

Begitu banyak peruntukan kerajaan negeri diturunkan untuk menurap jalan, memberi bantuan kepada orang miskin dan juga menyampaikan cek-cek sumbangan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Tidakkah ini juga ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan pengundi. Inilah taktik dan strategi alih perhatian rakyat yang bijak dimainkan oleh PKR. Begitu bijak mereka menuduh BN membeli undi, sedangkan perbuatan itu yang dilakukan oleh mereka.

Bukankah itu semua merupakan satu sogokan? Nampaknya sekarang pakatan pembangkang kena menelan ludah sendiri. Janganlah sudah lempar batu, sembunyikan tangan.




penyapu sial


PKR dah lama bagi bantuan macam ni lah.....Pergi tengok sendiri dun dun yang masih dibawah PR..BN jek yang tak pernah buat, makan bersama dengan kroni dan ahli keluarga masing masing....

Apakah jawapan Utusan Malaysia berkaitan dgn pemberian wang tiga juta untuk pengundi Cina dan bayaran RM 50000 untuk pengundi di Sg Buaya. PM sendiri secara langsung menyebut dalam telivisyen spt disiarkan dalam TV3 bahawa wang itu akan diberikan bersyaratkan BN menang pilihanraya.

Soal kedua ialah mengapakah semua masalah itu hanya diselesaikan apabila tiba pilihanraya ? Masalah Sg Buaya telah berlarutan drpd zaman Dr Mahathir dan Muhamad Mat Taib lagi.

Apakah perbezaan antara rasuah yang dilakukan oleh Tan Sri Isa Samad yang dituduh menggunakan kedudukan menterinya untuk memenangi jawatan naib presiden dalam pemilihan UMNO 2004 dengan penggunaan jentera kerajaan dalam PRK Hulu Selangor ?

No comments:

Post a Comment