ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 April 2010

ada yang mula kunun sebagai seorang pejuang berdegar degar lagaknya....rupanya seekor pertualang...tetapi seekor petualang tak mungkin menjadi seorang pejuang...!!!

MENGENALI PEJUANG DAN MENANGANI PETUALANG..

Beruk, kera atau monyet yang bengis tuannya akan menambat berantaikan besi bertali ditambang diperdu kekabu. Kerbau yang garang dibuboh kong-kong dihidungnya kira-kira dua setengah depa, baru disambung dengan tali ditambat diperdu gelam supaya tidak menyondoi dan menanduk tuannya. Itu adalah formula dulu-dulu untuk menjinak haiwan peliharaan yang liar.

Kepandaian dan kesabaran sesetengah manusia ia mampu menjinakkan harimau, singa, gajah dan serba haiwan buas yang berprofil tinggi untuk sajian tuntunan digelanggang sarkas. Kadang-kadang haiwan yang dijinakkan itu, silap-silap teknik, penjagaan, pengawasan ketika dan masa, ia bertukar wajah asal menjadi liar. Makanya penjinak tadi menjadi peliar (bukan maksud anu). Itu adalah kaedah lama mengawasi hewan peliharaan bukan untuk manusia disudut mendidik menjinaknya.

Mengawasi dan menjinak haiwan ternakkan samada dari jenis jinak maupun jenis mengganas, adalah lebih mudah mengendali dan jenis mahluk haiwan berotak tidak berakal. Walau kadang-kadang dalam jinak itu ia mampu membunuh tuan memeliharanya menjadi mangsa serakah tidaklah banyak bilangan dicatatkan. Untuk menjinak dan mengawal jenis haiwan yang bernama manusia, berotak dan berakal ianya tidaklah pelaksanaan mengawal dan mengawasinya untuk taat setia dan akur dengan kesepakatan organisasi seperti kaedah yang digunakan kepada haiwan-haiwan tersebut dijanakan. Haiwan yang bernama manusia ia memilik nafsu syahwat dan sakan nafsunya bila iman mereka kecundang apabila nafsu amarah menguasai dan menjadi tuan untuknya.

Samalah fenomina ramai yang takut naik kapal terbang kerana jatuh dan mati tidak berkubur. Dalam tempoh 20 tahun rekod dalam negara kita berapa ramaikah rakyat mati kerana pesawat terhumban? Pesawat penumpang sifar. Tetapi rakyat negara mangli dan buta rekod bahawa jalanraya dan lebuhrayalah telah menjadi gelanggang utama pembunuh no 1 rakyat negara setiap hari, setiap minggu cukup ramai yang menjadi aruah cukup usia hidup kerana kemalangan dilebuhraya. Orang takut dengan harimau ganas tetapi berapa kerat mati kerana terkaman cakaran harimau? Sedangkan nyamok unggas yang kecil menjadi pembunuh utama negara menyebabkan kematian, manusia tidak takut kepada nyamok kerana saiznya bukan pada peranan bisanya.

Beras disukat dengan cupak dan gantang. Orang dulu-dulu mengukur keluasan tanah dengan jemba yang satu jemba itu 8’ panjangnya. Menentukan waktu dengan langut kelangit, teropong dengan tangan didahi tengok kedudukan matahari ketika ditahun 1950han dulu didapat mengagak masanya. lani masa ditentukan dengan melihat jam. Gula tepung ditimbang dengan kati untuk ketahui beratnya. Semuanya mempunyai kaedah-kaedah tertentu sebagai piawaian mengenali, zat dan sifat haiwan dan benda-benda yang lain. Tetapi dari jenis ini tidak terdapat dalam kamus kehidupan untuk mengenali dan cam betoi-betoi iaitu haiwan dikalangan manusia untuk kita tentukan mereka itu PEJUANG atau PETUALANG.

Saripati dan intipati samada ianya PEJUANG atau PETUALANG, ia tidaklah ditentukan seperti membeli gula atau ikan dengan pengesahan beratnya disahkan menerusi timbangan. Tetapi PEJUANG atau PETUALANG ianya akan disahkan oleh manusia yang pasti menjadi pencatat sejarah dan membuat rekod keatas setiap individu. Penghuni dunia mengekori menghukumnya sebelum masuk kelubang kubur yang gelap gulita. Hukuman dan balasan muktamatnya adalah dari Allah di hari kiamat kelak. PEJUANG atau PETUALANG samalah seperti kita dapat melihat gula, garam, cabai dan seruntun. Manis, masin, pedas dan pahit wajib ada, cuma ianya dapat dirasai deria tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar maupun dibawah teropong pembesar sejuta ganda.

Demikianlah juga kita mampu melihat batang tubuh pejuang, mulanya kita kagumi kehebatannya. Tetapi dalam masa yang sama sampah sarap yang sarat dalam qalbunya kita tidak dapat mengesaninya. Masa dan keadaanlah yang sentiasa memutuskan samada pejuang tadi menjadi petualang. Pejuang mampu menjadi petualang dan petualang pula biasa menemui terowong kebenaran berkesudahan menjadi pejuang. Persepsi ini adalah kenyataan sekarang untuk mereka yang bernama wakil rakyat samada Adun atau Ahli Parlimen. Pejuang menjadi petualang ramai dalam kawah kancah perjuangan dari masa kesemasa. Bilangan mereka bertambah dan bercambah boleh membawa rebah kepada parti siasah yang menjadi kerajaan Ianya bermula dari pejuang menjadi petualang.

Fenomina ini sedang dialami oleh Pakatan Rakyat yang gejalanya adalah dilihat betapa rapohnya Adun dan Ahli Parlimen PKR dan DAP meninggalkan perjuangan mereka setelah darap dan tolak untuk jangka pendek tempolak pedal mereka mendapat habuan lumayan sekalipun bernama rasuah, akhirnya mereka mulanya dalam PKR dan DAP dalam PR sebagai pejuang pada pandangan penyokong dan ahli PR. Sekelip mata sahaja mereka bawa kerusi dimenangi atas nama PAS, DAP dan PKR bersekali dengan elaunnya menjadi petualang menjadi barua, terompah kepada BN. Mereka adalah petualang haram jadah, bukan Adun bebas atau Ahli Parlimen bebas. Mereka adalah ndir sebusuk air danok.

Pinya mereka disumpah seranah oleh pengundi-pengundi mereka. Pengundi mengundi mereka adalah mereka telah dipilih dan mewakili PAS, DAP atau PKR. Menang mereka kerana parti yang mereka menaungi. Tobat lahum, ungka dan ungas-unggas ini tidak punya tempat dalam arus politik negeri-negeri dan negara kalaulah mereka tidak bergayut dengan PAS, DAP dan PKR, kalau mereka bertanding sebagai calun bebas pasti deposit mereka ditelan bumi. Sekarang ungka unggas ini ditatang macam minyak jelatang oleh BN, dengan permaidani biru yang berduri. Sekarang mereka dijulang diatas dulang lepas ni mereka ditendang menjadi anjing jalang. Ungkas dan unka ini pasti UMno haram 7 keturunan untuk mengambil ungka unggas petualang ini sebagai calun BN dalam PRU13 nanti. Ungka dan unggas ini adalah terompah, atau selipar Jepun sebagai alat titi dan laluan kepada pemimpin BN untuk melintas menyeberang, itulah realitinya.

Untuk menemui dan menentu ianya pejuang terbilang atau petualang malang, ia akan diukur disukat, sebaik ia menamatkan perkhidmatannya serta konsistan dengan pegangan perjuanganya digengam sampai mati dibawa kelubang kuburnya. Semasa hidup dan semata matinya sentiasa didoakan oleh rakyat dan diingati jasa istiqam perjuangannya sepanjang zaman dengan iklas oleh rakyat. bukan ingatan berbentuk propoganda dan bermatlamat retorit gegar gempita saja umpama serampang bermata nenas.

Jadi rakyat pengundi kenalilah diantara PEJUANG dengan PETUALANG.


Ibn Abdullah Al Awab

No comments:

Post a Comment