ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 April 2010

MIC MENANG TAPI JADI BARANG GADAIAN UMNO?

Tiada pun riak gembira dimuka Presiden dan Timbalan Presiden MIC sebaik sahaja diumumkan calon MIC pilihan UMNO memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Kehadiran lewat Presiden MIC semasa pengumuman kemenangan calon MIC tajaan UMNO menunjukkan beliau tidak serius menerima kemenangan Kamalanathan, apa tidaknya Presiden MIC itu terjerat dengan janji beliau sendiri iaitu akan segera mengosongkan jawatan presiden jika calon MIC menang untuk diserahkan kepada Palanivel.

Hebat yang pertama calon MIC bernama Kamalanathan tajaan UMNO ini ialah beliau mengalahkan Palanivel bakal Presiden MIC untuk menjadi calon padahal Palanivel ialah satu-satunya calon pilihan keramat MIC. Palanivel hilang membawa diri dan berkempen seorang diri membawa hati yang luka. Hebat yang kedua Kamalanathan ialah kemenangan beliau bakal menyingkirkan pula sifu segala sifu dalam MIC iaitu Presiden Samy Vellu yang berjanji akan menyerahkan tampuk kuasa kepada Palanivel secepat mungkin.

Kesemua ini adalah agenda tersirat UMNO yang akan terus membuli MIC yang semakin tenat dan lemah dikalangan kaum India. Akhirnya MIC akan melutut sehingga mati dikaki UMNO. Bayangkanlah, calon sahaja dari MIC tapi semua projek yang berjuta-juta yang ditaburkan semuanya dari kantung UMNO, UMNO boleh membelanjakan berpuloh juta untuk membeli undi dengan harga RM 65,000.00 setiap orang,

UMNO juga yang membuat semua kerja pilihanraya, yang keluarkan kenyataan media ialah UMNO, yang bawa calon MIC berkempen kehulu kehilir ialah UMNO, yang buat poster calon ialah UMNO, tangan yang dicium oleh calon MIC ialah tangan TPM dari UMNO, yang buat visi calon ialah UMNO, yang memberikan makan minum kepada petugas ialah UMNO, yang bergaduh semasa berkempen ialah Pemuda UMNO,bilik gerakan pun dibuatkan UMNO, akhirnya soalan kepada Samy Vellu? Mana dia pemimpin MIC bertaraf Menteri dan sebagainya yang menaburkan projek berjuta-juta untuk pengundi? Mana dia Pemuda MIC? Mana dia Wanita MIC? Mana dia poster besar Presiden MIC disebelah calon? Mana dia bilik Gerakan MIC? Mana dia Palanivel dan Mugilan?

MIC akan berkubur sedikit masa lagi, pengundi India yang adapun hanyalah pengundi India tegar di ladang dan kampung dalaman tidak di kawasan urban bandar. Selepas ini YB Kamalanathan akan dibiarkan keseorangan, janji-janji projek BN akan dibolot oleh semua kroni UMNO. MIC perlu keluar dari BN setelah teruk dibuli oleh UMNO kerana tidak mustahil MCA juga akan meninggalkan BN kerana perahu BN semakin karam. BN kini hidup dengan menggunakan tiub pernafasan yang berlambangkan duit dan projek sahaja, gah diluar mereput di dalam. PRU 13 nanti mampukan MIC mengeluarkan duit berjuta-juta untuk menampung kos seluruh kawasan Parlimen dan DUN yang ditandingi? Jika kawasan Hulu Selangor pun sudah tidak mampu dibiayai sehingga terpaksa bergadai dengan pilihan calonnya kerana pembulian UMNO, maka masih panjangkah hayat MIC kelak? Akhirnya MIC akan menjadi barang gadaian oleh UMNO.

Putera Melaka.

No comments:

Post a Comment