ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 April 2010

mahkamah kanggaroo 1 israel.....Anwar gagal batal pembelaan Hamzah dalam saman fitnah RM10 juta

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pembelaan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin dalam saman fitnah bernilai RM10 juta yang dikemukakan Ketua Pembangkang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa adalah tidak adil baginya untuk membatalkan pembelaan peringkat interlokutori dan memerintahkan satu perbicaraan penuh kes itu diadakan. Tiada tarikh ditetapkan lagi untuk perbicaraan kes itu.

Prasad, bagaimanapun, memerintahkan Hamzah, yang diwakili peguam S. Murali, untuk membayar kos RM2,500 kepada Anwar kerana lewat mengemukakan butiran-butiran berkaitan pernyataan pembelaannya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Anwar, S.N.Nair berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Anwar memohon untuk membatalkan pembelaan Hamzah pada November 2009 atas alasan Hamzah telah melengah-lengahkan penyediaan butiran-butiran berkaitan pembelaannya sebagaimana diarahkan Mahkamah Tinggi pada Mei.

Pada 22 Ogos, 2008, Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008, artikel fitnah itu ditulis “Anwar Harrassed My Wife”.

Anwar mendakwa perkataan berkenaan yang disiarkan dalam artikel itu, bermakna dan difahami bahawa beliau telah secara langsung dan atau tidak langsung dan atau oleh innuendo, diberikan sebagai gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang dan atau dalam aktiviti yang sama, ialah seorang yang bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 Nov 2008, berkata perkataan dalam artikel itu adalah wajar. — Bernama

No comments:

Post a Comment