ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 April 2010

selagi UMNO APCO memerintah jangan haraplah pilihanraya adil....

Sukarnya pastikan pilihan raya adil

Kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), kini sedang bergelut untuk memastikan kemenangan calon masing-masing pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad ini. Sebenarnya kedua-dua pihak telah pun memulakan kempen sebaik-baik saja Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Dr Zainal Abidin Ahmad, meninggal dunia hujung bulan lalu.
Sebagaimana lazim, isu pengendalian pilihan raya yang tempang dan berat sebelah menjadi isu. Ini sudah menjadi ciri tetap pilihan raya di negara ini. Dalam soal ini, Malaysia masih berada dalam kelompok negara-negara yang autokratik dan mundur demokrasinya seperti Singapura, Zimbabwe dan Myanmar. Ini memalukan kerana rakan-rakan dalam Asean seperti Filipina, Indonesia dan Thailand sudah jauh meninggalkan kita dalam soal proses pilihan raya.

Hanya kerana BN tewas tidak bermakna sistem dan mekanisme pilihan raya di negara ini bebas dan adil. Ada beberapa ciri dan syarat yang perlu wujud dalam sistem ini sebelum ia boleh dikatakan bebas dan adil. Ini semua ditentukan piawaian antarabangsa yang diterima kebanyakan negara.

Ruangan ini tidak cukup besar untuk menjelaskan piawaian itu. Dan saya rasa semua orang tahu dan maklum, meskipun tidak secara terperinci, apa yang dikatakan 'bebas dan adil' dalam konteks pilihan raya.

Seperti yang kita duga, BN menerima pukulan pertama daripada Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) kerana dikatakan gagal mematuhi undang-undang pilihan raya. Ini mendapat respons yang keras daripada BN apabila Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyanggah dakwaan itu selain mempertikaikan kredibiliti Mafrel sendiri. Selama ini, badan pemantau pilihan raya itu diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kerja-kerjanya.

Kita tidak pasti sama ada SPR mempunyai asas undang-undang atau tidak dalam mengiktiraf Mafrel. Walaupun ia sepatutnya bebas daripada kerajaan, mereka yang arif dan berpengalaman dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia kebanyakan tidak memberikan markah yang tinggi kepada badan yang penubuhannya diperincikan oleh perlembagaan itu. Ini kerana SPR sentiasa memperlihatkan gelagat yang sama; bila berdepan dengan isu-isu yang mempunyai potensi negatif kepada BN, SPR mengambil sikap tidak kisah atau mengatakan mereka tidak mempunyai kuasa undang-undang. SPR juga banyak mengambil langkah menyusahkan parti-parti lawan BN.

Gelagat SPR ini tidak berbeza dengan pasukan polis. Bagaimanapun polis lain kerana ia adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam. SPR adalah badan bebas. Kedudukan dan peranan SPR adalah sesuatu yang tidak perlu dipertikaikan jika kita faham sifat perlawanan dan pertandingan pilihan raya itu sendiri. Dan sememangnya Laporan Suruhanjaya Reid sendiri membincangkan dengan terperinci kedudukan SPR.

Dalam pilihan raya kecil kali ini, nampaknya bukan BN sahaja yang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kemudahan awam. Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin PR pun dikatakan melakukan perkara sama. Ini tidak dinafikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Tetapi saya tidak pasti apakah jenis dan darjah penyalahgunaan itu sama dengan apa yang didakwa dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Walau apa pun kenyataan Khalid itu disoal oleh sebuah portal berita: apakah PR akan melakukan apa sahaja hanya kerana ia dilakukan oleh BN?

Saya tidak fikir soalan itu salah atau tidak patut. Mungkin ia sengaja ditimbulkan oleh portal berita itu supaya PR jangan pergi jauh sangat dan lupa bahawa mereka menjanjikan sesuatu yang berbeza dengan BN.

Saya fikir apa yang penting dalam keadaan yang ada di Malaysia sekarang ialah supaya PR cerdik dan berhati-hati. Tidak lurus bendul. Ini kerana sebelum ini Kerajaan Negeri Kelantan pun pernah dikatakan menggunakan kemudahan kerajaan oleh pasukan pemantau Mafrel. Tetapi kita harus ingat bahawa mereka hanya menyatakan fakta dan apa yang berlaku. Selain itu, apa yang boleh kita lakukan dalam keadaan agensi-agensi berkenaan seperti SPR atau polis hatta mahkamah tidak dapat sepenuhnya meyakinkan.

Di sisi undang-undang, terutamanya undang-undang antarabangsa, ada satu prinsip atau doktrin yang dipanggil doctrine of proportionality di mana sesuatu yang tindakan itu dinilai atau diadili dalam konteks yang sebenar. Di bawah prinsip ini, sesuatu tindakan atau respons tidak boleh melebihi apa yang cuba hendak ditangani. Dalam undang-undang jenayah atau undang-undang pentadbiran pun konsep sedemikian wujud dengan nama yang berbeza.

Berbalik kepada isu pilihan raya bebas dan adil tadi, adalah jelas bahawa ia memerlukan sebuah prasarana yang mendarah daging dalam masyarakat. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Kita di Malaysia bukan tidak cukup undang-undang. Sebaliknya sudah berlebihan hinggakan Ahli Parlimen pun tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneliti rang undang-undang yang dibentangkan di hadapan mereka.

Pilihan raya yang bebas dan adil boleh wujud jika rakyat faham dan sedar kepentingannya. Apabila ini sudah kelihatan, pihak-pihak yang berkaitan, baik parti-parti politik mahupun polis dan SPR, tidak mempunyai pilihan: mereka perlu mematuhi peraturan, baik dari segi peruntukan mahupun semangatnya.


ABDUL AZIZ BARI

No comments:

Post a Comment